KISAH SERAM - PERJANJIAN




-Perjanjian-

Kalau ditanya budak UUM,Sintok tahun 2010-2011 mesti pernah dengar kisah tiga pelajar yang nyawanya dimahukan oleh "penunggu" kerana perjanjian yang tamat. Waktu tu saya baru semester 2. Kisah bermula dari cerita yang dihebohkan petang itu. Seorang pelajar lelaki dikatakan solat Zohor berkali-kali. Lepastu tiba-tibabudak lelaki tu berlari di koridor bilik hostel tingkat 2 kemudian terjun ke bawah. Terus berlari ke jalan dan terjun ke dalam gaung. Terpekik ah budak-budak minta tolong pak guard yang ada dekat post guard. Dari cerita pak guard yang turun tengok budak terjun gaung tadi. Badan budak tu bercalar balar pastu merangkak seperti biawak. Terus bawak ke hospital Jitra. Malam tu dapat berita budak lelaki tersebut dah meninggal dunia. Selang beberapa jam ada seorang pelajar perempuan baru balik kelas malam pula tak sedar dalam bilik hostelnya selepas menegur terbau sirih yang kuat semasa menunggu bas terakhir malam itu. Panggil ambulans ke hospital Jitra juga. Budak perempuan tu kaku macam lumpuh. Puas doktor ketuk geletek pelajar tersebut tetap tak ada respon. Xray, buat ecg semua normal. Tapi tetap pelajar perempuan tu tak dapat gerakkan badannya. Warden call parents pelajar tu di JB dan malam tu family pelajar tu datang sekali dengan sekumpul pengamal perubatan islam. Sampai jek ustaz tersebut di hospital. Panas lain bahangnya kata ustaz. Datang ke pelajar perempuan minta tutup tirai baca AlFatihah dan beberapa ayat suci lain dan dilurutkan ke kaki pelajar tersebut. Alhamdulilah. Dah boleh berlari terus pelajar tersebut. Kata ustaz yang datang dari JB tersebut. Ada perjanjian dilakukan dahulu naun perjanjian tersebut telah tamat. Jadinya "benda" tu menuntut tiga nyawa. Nyawa pertama sudah dapat dan pelajar perempuan tersebut adalah nyawa kedua. Pelajar perempuan tersebut perlu dibawa jauh dari situ. Familynya membawa pulang ke JB. Dengar cerita lagi. Semasa dalam perjalanan pulang. Satu kereta dengan pelajar perempuan tadi terbau sirih yang terlalu kuat dan tak semena pelajar tadi kembali kaku lumpuh. Mujur ustaz masih bersama. Perjalanan diteruskan hingga ke JB. Kemudian kami mendapat berita pula seorang pelajar perempuan lain meninggal didalam biliknya selepas pelajar perempuan tadi balik ke JB. Pelajar tersebut merupakan nyawa yang ketiga. Kiranya "benda" tu dapat dua nyawa jeklah. Satu nyawa da dibawa keluar dari situ. Mujur cepat. Kata ustaz. Jika terlewat. Nyawa yang kedua tu turut sama ikut. Wallahualam.

SUMBER ; kalimah paranormal team x
Previous
Next Post »