Biasiswa MyBrainSc ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA) dan universiti terkemuka dunia atau bertaraf Ivy League.
Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berjiwa besar dan berani menyahut cabaran menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.
Meliputi bidang pengajian seperti:
Kimia,Fizik,Biologi dan matematik
Syarat² permohonan adalah berdasarkan 3 kategori berikut;

1.PhD
Calon adalah warganegara Malaysia;Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh memohon;Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama;Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;Calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana secara penyelidikan penuh akan diberi keutamaan; danCalon sedang mengikuti pengajian Ph.D atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti melalui portal permohonan.
2.Sarjana
Calon adalah warganegara Malaysia;Berumur tidak melebihi 28 tahun pada tarikh memohon;Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama;Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa; danCalon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti yang disenaraikan melalui portal permohonan.
3.Ijazah pertama
Calon adalah warganegara Malaysia;Umur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh memohon;Calon memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.6 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma, Skala 1800/2400 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 dalam IB dan 4A dalam A Level;Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di semua IPT; danPelajar belum lagi menerima menerima sebarang biasiswa / tajaan / ikatan perjanjian dari mana-mana penaja
.
Permohonan
Permohonan dibuka setahun sekali bermula pada 4 Januari 2016 hingga 29 Februari 2016Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) melalui Portal KPTPermohonan perlu dibuat secara atas talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diprosesPemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia bagi peringkat pengajian Sarjana dan PhDSemua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil (capture) menggunakan kamera tidak akan diterima.
Klik disini untuk maklumat lanjut

Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon