KISAH SERAM - SEKOLAH RENDAH *rugi takbaca


Gambar Hiasan
Kisah ini admin ambil dari sebuah forum.Sebuah kisah benar yg diceritakan oleh seorang hamba Allah ni....sebuah sekolah di daerah pontian johor..sila komen klau nk tau skolah mane..hehe
SIRI PERTAMA

cerita bermula pada awal tahun 2005... saya namakan watak utamanya "cikgu humeera"... bukan nama sebenar.

cikgu humeera diarahkan berpindah ke sebuah sekolah rendah baru di buka di satu daerah di negeri Johor... untuk mengajar subjek sains. waktu tu cikgu humeera sedang hamil anak kembar... kandungan berusia 5 bulan. 

nak salahkan arkitek yang bina sekolah tu, bangunan tu jenis yang empat segi... dataran perhimpunan berada di tengah... sepatutnya semua pintu menghadap ke tengah... tapi bangunan yang satu tu semuanya menghadap ke luar.. ke pemandangan hutan pulak tu. bangunan empat tingkat. 
(sekadar gambar hiasan)
bilik guru di bangunan 1... makmal sains di bangunan 3... jadi, cikgu humeera stay di makmal sains je.. yang pintunya menghadap hutan tu... sebab dia di tingkat 3 ..pregnant kan.. tak larat nak jenjalan jauh2.

waktu rehat, cikgu humeera tak turun kantin... dia kata, ada satu budak perempuan selalu lalu di koridor dpn makmal sains tu.. (koridor tu jarang budak lalu sbb jauh je dari kantin).. jadi cikgu humeera tulis note atas kertas, apa makanan yg dia nak beli, kemudian kirim pd budak tu beserta duit sekali... dan cikgu humeera pesan, baki duit suh budak tu ambil je buat belanja sendiri. cikgu humeera kata, nama pada tag budak tu 'saidatul'. silapnya, cikgu humeera tidaklah peramah sangat, jadi tak de la bertanya berbual bagai dgn budak tu.

jeng...jeng...jeng... nak jadi cerita... satu hari budak tu xde lalu... cikgu humeera tunggu sampai habis masa rehat...tak de... esoknya, cikgu humeera ni terasa nak cek dalam register, senarai nama budak... habis di teliti... dari tahun 1 sampai tahun 6, tak ada satu pun budak perempuan yang namanya 'saidatul'. tak cukup, siasat lagi dari kelas ke kelas, tanya ada tak budak nama 'saidatul'... al kisahnya tak ada... SIAPAKAH 'SAIDATUL'?  selepas hari kejadian, cikgu humeeera tak pernah nampak dah budak tu lalu di koridor....

SIRI KE-2

cikgu humeera meneruskan kehidupan seperti biasa. berani gak cikgu humeera ni. 

cikgu humeera kata, dia selalu nampak macam seseorang...macam seorang budak perempuan (berdasarkan pakaiannya) bersembunyi di luar makmal sains tu. maksud bersembunyi tu, macam melindungkan diri daripada terlihat sepenuhnya oleh cikgu humeera. 

ada sekali, cikgu humeera ternampak macam budak pempuan tu berdiri balik pintu.. (daun pintu sekolah kan menghadap ke luar)... nampak sedikit bahagian bajunya.. cikgu humeera pun panggil "Awak, kenapa berdiri belakang pintu tu? awak takde kelas ke? perhi masuk kelas."

lepas cikgu humeera tegur tu, terus hilang kelibat di balik pintu tu. cikgu humeera bersangka baik, dah pergi masuk kelas dah budak tu.

hari yang lain pula... cikgu humeera nampak, macam seorang budak perempuan menunduk sembunyi di balik dinding bertingkap...



cikgu humeera bangun, pergi jenguk... tak nampak apa pun...bila duduk semula di mejanya, nampak lagi kelibat tu... cikgu humeera bangu g jenguk dari pintu, tak ada sesapa pun... tapi bila duduk, nampak lagi... cikgu humeera ambil pendekatan bersuara.."awak kenapa sembunyi balik tingkap? masuk kelas ye. nnt kalau kalau cikgu nak minta tolong apa-apa, cikgu panggil awk.''   wuuuuuu...miracle!! bila cikgu humeera berkomunikasi, kelibat tu hilang dah. cikgu humeera cepat2 g keluar nak tgk kalau2 ada murid berjalan pergi di koridor yang panjang itu... tetapi... tiada sesiapa...

apa ye, sebenarnya? 

SIRI KE-3

masa tu, petang, ada majlis rewang (ni perkataan johor riau - maksudnya gotong royong untuk masak)... untuk sambtan maulidurrasul keesokannya..

cikgu humeera duduk di kantin... tolong kupas2 bawang... tetiba sekumpulan murid lelaki tahun 6 datang.. tapi diorang terkejut bila tgk cikgu humeera ada di kantin. dorg tanya, "eh, bila cikgu turun sini? cepatnya cikgu turun."

laaaa... mmg sejak datang tadi cikgu duduk sini je... mana la cikgu larat nak ke sana sini... kenpa?

"kitorang baru turun dari makmal komputer ( makmal komputer ni tingakat 4..bangunan 2).. kitorang nampak cikgu tgh turun tangga dari makmal sains (tingkat 3, bangunan 3)... "

betul ke yg awak nampak tu cikgu, orang lain kot..

"betullah cikgu... inilah baju yang cikgu pakai ni... baju merah ni"

 siapakah yang mereka lihat? nota kaki... cikgu humeera memang suka pakai baju merah... pelbagai jenis baju tetap pilihan warnaya merah... sbb tu saya namakan dia 'cikgu humeera' - yang kemerah-merahan... 

gambar haisan saja....



SIRI KE-4

(saya rasa... mahkluk tu attack cikgu humeera je laaa... dia berkenan kot... speku awalan dulu... )

waktu perhimpunan rasmi pagi isnin (masa tu johor masih cuti sabtu-ahad...sekarang je dah cuti jumaat-sabtu)... semua cikgu berada atas pentas... murid 2 di bawah... di dataran perhimpunan...

selesai nyanyian menaikkan bendera...selesai ikrar...pengawas bertugas memanggil guru penolong kanan pentadbiran (1) tampil memberi ucapan (kan bergilir2 setiap minggu antara gurubesar dan gpk2)...  cari2...pusing2... tak ada... di mana gpk 1 berada?

kemudian, ada seorg pengawas beritahu, tadi dia nampak gpk 1 pergi ke bilik air di bangunan tepi dataran tu dgn anak dia.. bilik air tu sebelah bilik pemulihan khas.. tetiba jadi kecoh jap... sbb cikgu yg berdiri berhampiran bangunan tu dgr bunyi ketukan bertalu2 dari dalam bilik air... 

untuk mengelakkan kekecohan, perhimpunan diteruskan dengan ucapan gpk hal ehwal murid (untuk mengalihkan perhatiaan murid2 yg sedang berhimpun tu)... 

beberapa org guru lelaki menuju ke bilik air... bilik air tu berkunci... masalahnya dari luar pun tak dapat buka, dari dalam pun tak dapat buka... setengah jam... guru kemahiran hidup menggunakan kemahirannya menbuka pintu ....alhamdulillah... 

gpk1 keluar bersama anaknya dgn pucat lesi dan menggigil2... 

untuk mengelakkan kekecohan (sbb peristiwa berlaku di hadapan murid2)... diumumkan ada kesilapan teknikal pada kunci pintu tandas...

cerita sebenarnya... gpk1 kata, waktu dia masuk bilik air, ada cikgu humeera dalam bilik air tu... di sinki... tanpa menoleh, cikgu humeera terus masuk ke dalam salah satu toilet (dalam tu ada 4 toilet)... gpk1 dan anaknya menggunakan bilik air seperti biasa... bila nak keluar, tak boleh... macam terkunci dari luar.... gpk 1 ktuk pintu toilet yg tadi dia nampak cikgu humeera masuk... tapi pintu tu terbuka tanpa ada sesiapa di dalam... 

tu yang gpk1 terus panik...

siapakah di dalam? 

cikgu humeera terkebik2 dgr cerita... sbb dari awal perhimpunan dia berada di atas pentas tanpa ke mana2... disahkan oleh cikgu2 yd berada dui kiri kanannya..

.SIRI KE-5

cikgu humeer dah mula rasa tak sedap hati.... tapi... bertahan je... sbb due date bersalin dah dekat... 

bermulalah tragedi... cikgu humeera cuti bersalin...... kembar perempuan... satu hidup...satu meninggal...(innalillahi wainnailaihiraaji'un)

selepas kembali dari hospital... kengkawan sekolah datang melawat cikgu humeera di rumah... sebelum kengkawan masuk, cikgu humeera terdengar suaminya berbisik pd kengkawannya "jangan cerita apa2 pd humeera'... errr... telinga cikgu humeera ni telinga kuali, mudah je mendengar walaupun berbisik... cikgu humeera agak pelik tapi tak bertanya apa2... happy2 je semua tgk baby... wpun nampak cikgu humeera agak sedih dgn kehilangan pasangan kembar anaknya...

setiap hari, apabila suami cikgu humeera balik kerja...dia akan tenung muka isterinya sambil mulut kumat kamit membaca sesuatu...isteri dia cikgu humeera la tu... sehingga cikgu humeera jadi pelik... dan akhirnya bertanya knp suaminya begitu... ringkas je suaminya jawab "nak pastikan ini betul isteri abang, humeera".... 

kesian sgt cikgu humeera masa tu... kalau berjalan g supermarket ke.. pasar malam ke... kalau terserempak dgn murid2nya, murid tu takut je... pastu parents tu siap cakap..."ooo...ini ke cikgu humeera yang ada hantu tu"

cuti bersalin 2 bulan pun tamat... cikgu humeera kembali ke sekolah... berbaju kurung merah.... setiba di sekolah, semua murid bertempiaran lari mengelakkan diri dari cikgu humeera.... ... sehingga suatu pengumumam khas dibuat oleh guru besar "perhatian..pada hari ini cikgu humeera telah mula ke sekolah untuk mengajar. cikgu yang berbaju merah yang murid2 nampak di sekolah pada hari ini adalah benar2 cikgu humeera"

pelik tak? kenapa ye? 

SIRI KE-6

Cikgu humeera dipanggil ke pejabat guru besar... dalam tu ada gpk2, ustaz dan ustazah...
cikgu humeera diberi penjelasan sejelas2nya...

al kisah... hari pertama cikgu humeera bercuti, makhluk2 tidak dikenali di sekitar sekolah tu mula menampakkan diri...(guru besar kata, agaknya mengamuk makhluk2 tu sbb tak nampak cikgu humeera... ... rindu la kot)

mulanya ada seorang murid tahun 1, ternampak perempuan berjubah putih duduk2 di tingkap kelas... sampai budak tu tak nak duduk dalam kelas... takut... ikut je cikgunya ke mana2...budak tu disoal siasat... cemane muka pempuan tu... budak tu kata..."muka dia macam kayu".... ...wallahualalam... tak tahu lah budak tu nampak muka kayu tu cemane... hehehe... kelakar pun ada...

lagi scary... ada sorg cikgu lelaki... dia kata kipas makmal sains berpusing... dia nak masuk offkan tapi pintu bermangga (sejak cikgu humeera cuti, pintu mmg mmg dimangga)...jadi cikgu tu masukkan tangan... kebetulan suis mmg di dinding dekat dgn tingkap tu... ooohhh suis mmg on, jadi cikgu tu offkan... tunggu sampai kipas berhenti pusing... tapi dah 5 minit tetap berpusing ligat... cikgu tu kata...aku nak lari pun ketar lutut... boleh jalan je perlahan2 nak pergi dari situ...malang dia menoleh pulak... ternampak kelibat cikgu humeera dalam makmal sains berdiri tenung dia... huwaaaaa.... 
mula dia nak agak, kesilapan pemasangan wayar elektrik... tapi bila tgk tu terus tak jadi bersangka baik... hehehe..

kemudian... murid perempuan mula diserang histeria... tapi tak menjerit2... jatuh pengan je... bila sedar... kebanyakannya menggigil sambil tangan menunjuk ke arah makmal sains... tak boleh bersuara... takut sangat la kot... cikgu2 tanya nampak apa? diam je semua... bila disebut, nampak cikgu humeera ke? dorg mengangguk... 

cikgu humeera kata, guru besar ada gak tanya... tapi dgn berhati2lah kot... bimbang cikgu humeera terasa hati... 

gurubesar tanya, cikgu humeera ni ada membela2 ke? apa jawapan cikgu humeera? 

SIRI KE-7

tipula kalau kata Cikgu Humeera tu tak sedih kan... di kata ada hantu laaa... pastu ada membela laa... dah la anak yang baru dilahirkan meninggal seorang..

cikgu humeera cadangkan lagi baiklah kita solat hajat dan baca yassin sekali agar makhluk2 tu tak mengganas... gb, gpk, ustaz dan ustazah pun mmg ada bercadang mcm tu... so, minggu pertama ckgu humeera naik sekolah tu solat hajat dan bacaan yassin pun dibuat di surau sekolah, buat hari jumaat  malam sabtu...dihadiri semua guru, ibu bapa dan murid2 tahun 6 (sekali buat solat hajay dan baca yassin utk upsr)... alhamdulilah cikgu humeera tak de apa2 pun sepanjang majlis tu.. maknanya cikgu humeera suci dan bersih daripada membela2 hantu tu..kan..

hari sabtu ahad cuti... isnin naik sekolah, cikgu humeera tgk pintu makmal sains kopak.. mamal sains berselerak...macam kena pecah masuk... guard dipanggil... kena soal siasat... guru besar buat laporan ke ppd (pejabat pendidikan daerah)...

dalam pukul 10 lebih kurang... 2 org pegawai ppd datang... terus ke lokasi kejadian... cikgu humeera, pegawai ppd, guru besar dan seorang ustazah sekolah sedang berada di lokasi... tetiba datang seorang budak perempuan tahun 4 (kita namakan dia siti bukan nama sebenar ).. masuk je makmal sains siti terus pengsan... renjis2 air..tampar2 sikit sedar... duduk bersimpuh... kepala tunduk... tapi mata dia mengerling... scary pulak... 

dia beri salam... suara mcm perempuan dewasa gitu... ustazah panggil nama dia ... dia jawab... "siti tidur.. saya bukan siti"...
hahaha... guru besar dah angin je... awak jangan main2... pegawai ppd ada depan awak ni... dia jawab "bagus. pegawai tu boleh tangkap budak2 yang mencuri di istana kami ni." 

soal jawab pun berlaku.. begini kisahnya:

Siti kata nama dia SAIDATUL ... dia ketua orang suruhan di istana tersebut. istana tu milik MALISA. siti tunjuk cikgu humeera (maksudnya dia nak kata cikgu humeera tu ialah malisa). malam semalam ada 7 org budak curi mainan anak org gaji di istana tersebut. dia kata dia boleh panggil semua budak2 tu.

gurubesar suruh dia sebut nama ke7-7. ok... dia sebut... ustazah panggil semua. miracle!!! mmg betul budak2 tu yg pecah masuk makmal sains. semua mengaku. diorang ambil brg2 dlm makmal sains... guli...lampu suluh... kereta mainan utk eksperimen kelajuan tu... tanah liat... bateri... mentol...wayar penyambung... (ini yg saidatul tu sebut mainan... )... dia suruh budak2 tu minta maaf pada cikgu humeera. dia kata, malisa belikan mainan utk anak2 kami...pulangkan. pegawai ppd tu spechless laaa tgk adegan tu... 

siti tu. dia pengsan tetiba je pulak... belum sempat majlis bermaaf2an... hehehe


oleh kerana pegawai ppd sendiri dah lihat dgn mata sebenar... senang sikit ceritanya... tak perlu susah2 nak jelaskan pd ppd... maklumlah...cerita misteri macam ni bukan semua orang percaya, kan...

kes curi ditutup.. tak perlu buat report polis... peliknya bebudak lelaki tu tak takut pulak... agaknya anak jantan kan.. hehehe...

ppd tu kata... nak percaya mcm tak percaya... tapi betullah pulak budak2 yg disebut namanya tu yg mencuri... 

budak yg nama siti tu tak tahu apa2 pun... sedar siap nangis lagi... dia kata takut tgk cikgu humeera... cikgu humeera ada dua org kata dia.. satu lawa... satu lagi muka terbakar sebelah... ....haaaa   apa pulak tu?

ppd dan gurubesar bincang untuk settlekan perkara ni... tak nak berlarutan... kesian budak2 nnt takut nak g sekolah...

so... dipanggillah seorang bijak pandai utk menghalau makhluk2 yang sudah menampakkan diri tu... tapinya.... lain pula yang jadi... apakah?

SIRI KE-8

makin menakutkan pulak lepas ada orang yg kononnya nak pulihkan sekolah tu...dia ikat kain warna merah dan kuning (dah macam selangor fan-club pulak )... penuh keliling sekolah... terutama di setiap tangga... budak2 makin takut tengok byk kain tangkal macam tu...


pastu tetiba datang burung yang badannya hitam matanya merah di kawasan sekolah... burung apa namanya tu ye? 


mmg menakutkan... budak2 mmg tak berani jalan sendiri... nak pergi mana2 paling sikit pun ber-4...


Orang tu kata camni (boleh kot kita gelarkan dia PAWANG PERTAMA):


sekolah ni kan baru dibuka... baru tahun pertama... budak2 tu diambil dari sekolah2 berhampiran dipindahkan ke situ mengikut alamat rumah mereka yang paling hampir... jadi, ada beberapa murid yang tak dapat pindah situ, parents ada yg tak puas hati... adalah yg mengambil kesempatan menguji ilmu... jadi dihantarkan hantu2 kat sekolah tu...


cikgu2 situ macam tak puas hati dgn penerangan PAWANG PERTAMA tu... sbb macam langsung tak de kaitan dgn kes cikgu humeera tu...  budak2 pulak makin ramai yang asyik pengsan2 je...


budak2 yang pengsan2 tu... bila sedar kali pertama, mesti jadi makhluk lain... ada satu cikgu ni kita panggil dia cikgu Sally bukan nama sebenar... dia pandai gakla berinteraksi dgn makhluk2 ni.. jadi, bila makhluk2 tu masuk dalam badan budak2, cikgu Sally rajin berkomunikasi... dapatlah cerita macam ni:


tapak sekolah tu adalah sebuah istana kediaman jin yang dah berusia lebih 800 tahun dahulu. pemiliknya adalah jin islam Tuan Haji ..(apa ntah tak ingat pulak saya)... dia berkahwin dengan jin kfir yang diislamkan.. Puan Hajjah...(ini pun saya tak ingat dah nama dia)... ada 2 orang anak perempuan kembar tak seiras, nama Malisa dan Elisa. 

sambung:Tuan Haji tu... nak beristeri lagi satu... tapi Puan Hajjah bersedih... lalu dia terjun dari atas bangunan istana lalu mati.. 

yang atas ni... ada kaitan dgn budak2 yg selalu pengsan... budak2 tu kata dorg terkejut tgk ada perempuan cantik jatuh dari bangunan tingkat 4...

sambung:

Tuan Haji berduka atas kematian isterinya... dikuburkan di belakang istana... dan tuan haji buat satu pondok utk dirinya sendiri bersebelahan kubur arwah isterinya (lokasinya berdekatan makmal sains tu..)

makmal sains tu pula adalah tapak bilik malisa dan elisa.... malisa adalah kakak... dan elisa adik... (kembar)... elisa selalu cemburukan malisa kerana malisa perwatakannya lembut dan mudah mesra dgn pembantu2 rumah...jadi, malisa disenangi dan disukai di istana itu... sebab itu wajah elisa dinampakkan buruk sebelah mukanya kerana hatinya yang tidak baik... inilah yg selalu murid2 nampak... mereka sering berpakaian merah... dan wajah pun (mungkinlah kot) ada iras cikgu humeera... tu yang pembantu2 istana tu pun ingat cikgu humeera tu malisa kot... 

budak2 kata kalau yang baik tu malisa... yang jahat tu elisa... 

yang budak2 selalu nampak perempuan berjubah putih tu bukan hantu... tapi semua tu pembantu2 istana yg sedang menjalankan tugas...

dah tu tempat asal makhluk2 tu... cemane nak halau ye?

PAWANG PERTAMA dah ditamatkan perkhidmatnnya... pihak sekolah ambil PAWANG KEDUA pulak untuk meneutralkan sekolah yang belum ada kesudahan ni...

(kalau ada forumer sini yang merupakan cikgu2 yang penah mengajar di situ... atau bekas murid yang pernah belajar di situ, mesti tahu dan ingat kisah ni)

SIRI KE-9

UPSR bermula... budak2 yang sering pengsan dikenalpasti... kesian sebenarnya kat budak2 ni... sebab makhluk2 tu akan muncul tetiba je... budak tgh berjalan tetiba jatuh...kepala terhantuk kat lantai... kesiah seyh...nak keluar pun sukati je... budak tgh belajar terjatuh dari kerusi...terhantuk2 kepala budak...yg nak menjelma pun sukati dia je... budak2 terkejut dah pengsan pulak...


hari upsr... bebudak yg dikenalpasti sering histeria tu di asingkan di bilik lain... hari pertama peperiksaan sekolah tu di tunda sehingga petang.. sbb asyik pengsan je murid2 tu...murid2 lain mmg dah dicutikan semua...kecuali murid upsar lah ... cikgu2 pun   kena balik lewat....ada sorg pengawas peperiksaan perempuan...cikgu cina perempuan ketakutan.. esoknya dia tukar dgn cikgu cina lelaki... kelakar pulak... 

hari kedua... pegawai lembaga peperiksaan pun datang sekolah... pegawai dari kpm pun datang... pegawai dari jpnj pun datang... dari ppd pun datang.. cikgu cina lelaki tu siap pakai tangkal kertas kuning tu pada dahi dia...

hari ketiga... cikgu cina tu beritahu dia dah boleh agak siapa yang akan pengsan... sbb hari ke dua dia perhatikan betul2... budak2 tu akan pengsan kalau diorg pandang tangga yang berada di tengah2 dataran perhimpunan... eh, betullah cikgu cina tu cakap... 

bila tanya bebudak yg pengsan tu... mmg dorg cakap, dorg sebenarnya nampak perempuan jatuh dari tingkat 4... lokasinya tempat jatuh di tangga tengah tu la... masa jatuh pempuan tu mata dia mmg renung budak2 yg tengok dia tu...

PAWANG KE-DUA tu cerita... yang budak2 tu nampak, bayangan je... selebihnya adalah permainan syaitan...

dan.... jeng...jeng...jeng... PAWANG KE-DUA cakap, PAWANG PERTAMA pun ada hantar hantu2 dia serang sekolah... alasannya sebab sekolah tak percayakan dia... 
jadi...kisah tak habis... sambung lagi... lagi teruk lepas ni...

SIRI KE-11

hari terakhir upsr... sorg budak ni kena rasuk dgn hantu apa pun tak tahulaa... dia kata, esok...semua murid tahun 6 mesti hadir... kalau ada yang tak hadir, ada yang akan mati... pergh..... lahanat betul itu syaitannirraajim... 

cikgu2 kata, cuti je semua murid tahun 6 sbb dah penatkan...exam upsr... tapi parents murid tahun 6 yang ambil anak haritu tak berani nak cuti.. guru besar kata, jangan ikut cakap syaitan tu... tapi keputusannya esok semua sekolah....   huh

sebelum tahu apa sebenarnya disebalik kejadian... baca dulu tragedi2 yang berlaku selepas UPSR:

1.  bebduak tahun 6 diberi aktiviti indoor... main karom, dam...dan sebagainya... tetiba... bebudak pempuan yang sedang main karom ni melompat mencangkung atas kerusi... tangan meggaru2 badan...tak boleh bercakap... cuma sebut ugh argh...ugh argh... perlakuan sebijik macam kera... dah kenapa?

2. budak2 pempuan tahun lain yang sedang menulis tetiba tulis tulisan cina... 

3. beberapa budak perempuan lain tetiba bergaduh... tanggal semua tudung... tarik2 rambut... suara mengilai2...hadoi... 

4. murid2 lelaki tetiba berlari2 ada yang naik ke tingat atas... ada yang berlari ke padang... ... jenuh la cikgu2 dan murid2 lain berpecah mengejar dorang...

5. seorang murid perempuan yang agak comel dan bijak...tetiba jari2 tangannya terkepit sendiri... menangis2 dia montak tolong... ibu bapanya dpanggil datang... pun menangis tengok anak dia macam tu...

6. murid2 kelas cikgu humeera... asyik pengsan dan menggigil sambil jari memasing tunjuk2 cikgu humeera...dgn muka masing2 pucat lesi....apakah?

virus apa yang sedang melanda sekolah itu? 

Sambungan....

1.  bebudak tahun 6 diberi aktiviti indoor... main karom, dam...dan sebagainya... tetiba... bebudak pempuan yang sedang main karom ni melompat mencangkung atas kerusi... tangan meggaru2 badan...tak boleh bercakap... cuma sebut ugh argh...ugh argh... perlakuan sebijik macam kera... dah kenapa?


kalau ikut penerangan pawang ke dua tu... ada hantu beruk juga dalam kawasan sekolah tu... memang hutan tu kawasan asal dia pun...dia keluar sbb banyak hantu luar dah masuk dalam kawasan tu... jadi, sebenarnya yang main karom tu beruk2 tu laaa... kesian kat bebudak pempuan tu semua...bila beruk2 tu keluar, jatuh2 bebudak tu atas lantai... sakit tu... masa tu la arwah en yaacob tu ada datang... arwah tu macam tak percaya dia kata budak2 tu mengolok... haaa siap kena balun dgn beruk2 tu...

2. budak2 pempuan tahun lain yang sedang menulis tetiba tulis tulisan cina... 
yang kedua atas ni dah cerita tadi kan... so sambung yang bawah ni pulak:

3. beberapa budak perempuan lain tetiba bergaduh... tanggal semua tudung... tarik2 rambut... suara mengilai2...hadoi... 


yang ni, cikgu sally tu rajin berkomunikasi... tengah gaduh tu cikgu tu tanya... ni siapa yang gaduh ni... 
satu puak tu tunjuk kat pokok tebu tepi sekolah... ooo hantu pokok tebu rupanya... hantu penduduk situ je laaa... 
satu puak lagi pulak boleh bercakap... suara garau2 gitu.. dorg kata dorg dari kg ulu choh... 
cikgu sally tanya kenapa ada kat sini... dorg jawap, atuk hantar... (pawang pertama tu la)...

hadoi... cikgu sally halau hantu pokok tebu suh balik... boleh pulak dorg jalan terbongkok2 menuju tebu tu.. menjerit cikgu sally tu, hei korang je balik, budak2 tu tinggalkan sini... faham pulak tu... hantu2 tu keluar...pengsan bebudak yg kena rasuk tu... 

yg dari ulu choh tu tak nak balik.. katanya tak tahu jalan balik... 

cikgu sally kata, g tolong jaga kelas... cikgu2 sibuk nak uruskan budak pengsan ni... pergi bebudak tu masuk kelas yg tak de cikgu, kecut perut semua budak2 dalam kelas tu...... budak2 yang kena rasuk, cikgu2 tu kata ada satu je cara nak kenal... kepala dorg sentiasa tunduk, tapi mata mengerling dan bercahaya... 

ada beberapa org cikgu tak percaya benda2 ni semua... ada sorg cikgu lelaki tu, dia panggil sorg budak yg tengah kena rasuk tu... dia tengking2 budak tu, kata budak tu main2... budak tu tenung mata dia, tapi dari ekor mata dia la... sambil tangan dia tunjuk arah kelas cikgu tu... mmg diluar jangkaan laaa... budak dlm kelas tu jatuh atas lantai satu persatu... kesian laaaa... terdiam cikgu tu...  
4. murid2 lelaki tetiba berlari2 ada yang naik ke tingat atas... ada yang berlari ke padang... .. jenuh la cikgu2 dan murid2 lain berpecah mengejar dorang...


hahaha... yang ni sebenarnya seronok gak... 

budak yang lari ke padang tu... budak lelaki tahun 2... memanglah kena kejar...sebab bimbang dia lari ke jalan raya... 

yang lari naik ke atas pulak, memang kena kejar juga... sbb bimbang sampai atas tu nanti dia terjun pulak ke bawah...

meriah sekolah... sana berlari sini berlari... lari naik turun tangga pulak tu... dah la bangunan sekolah tu memang kelilingnya tangga je... latihan larian percuma...

sukan zon tahun depannya tu...sekolah ni juara seyh... pelari2 sekolah ni lari laju semacam, macam naik basikal...kompius... budak yang berlari ke, hantu yang berlari?

5. seorang murid perempuan yang agak comel dan bijak...tetiba jari2 tangannya terkepit sendiri... menangis2 dia montak tolong... ibu bapanya dpanggil datang... pun menangis tengok anak dia macam tu...


yang ni pulak... budak perempuan tu tahun 4... comel...pakai cermin mata... sekarang ni kat universiti kot... sebab bijak budak ni... waktu tu tghri dalam pukul 12 camtu... tetiba dia lari masuk bilik guru... dia nangis tunjuk jari2 tangan dia terkepit... 


dia kata... hantu burung... ada burung besar depan dia... cikgu sally baca ayat kursiy... budak tu kata, burung tu ketawakan je cikgu... dia tak takut...dia ikut cikgu baca ayat tu... hadoi.... burung... burung...kenapa kau burung....


cikgu sally tanya... burung tu nak apa... budak tu jawab, atuk suruh bunuh budak2 sekolah ni... sebab cikgu2 sekolah ni sombong... 

call parents budak tu... sbb dah nak habis waktu persekolahan... parents dia datang pun tak boleh buat apa... nangis je semua... last2 ada sorang cikgu lelaki tu azan kuat2 kat telinga budak tu... sian budak sekolah kecik2 tu kena kacau... 

Bersambung....nanti kan update..

ps:sila share jika menarik bagi anda
Previous
Next Post »