KELIBAT
PART 1
Lisa membuka pintu rumah. Angin kusam yang datang dari rumah mula menekan hidung. Dah seminggu rumah teres ini ditinggalkan. Seminggu masa bercuti di kampung memang tak puas. Lagi-lagi cuti hari raya, memang banyak berkumpul adik beradik. Lagilah berat rasa hati untuk pulang semula ke banda seterusnya menjalani kehidupan sebagai kerani biasa di sebuah syarikat bumiputera itu. Rumah teres ini Lisa duduk bersama dua orang lagi rakan sepejabatnya iaitu Mira dan Melur. Di rumah teres kecil yang mempunyai dua bilik dan satu tandas itu terletak di perumahan kos seder bandaraya Kuala Lumpur itu. Rumah ini adalah rumah milik syarikat yang syarikat sewakan untuk pekerjanya.
Selepas menyapu bilik, Lisa duduk di sofa sambil bermain handphone.
“Aku lambat sikit balik. Kereta rosak” mesej Mira. Lisa mengangguk saja. Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Sesekali berkerut kening Lisa apabila melihat Mira dan Melur belum sampai lagi jam sekarang. Selepas membersihkan diri Lisa pergi ke dapur untuk mencari makanan. Nasib baik emaknya ada simpankan rendang dan sedikit gulai sayur untuk makan malam hari ini.
Pappp!
Pintu dapur seakan ditikam dengan kayu. Kuat sekali bunyinya. Berderau darah Lisa. Berdegup kencang jantungnya.
“Mira, Melur..korang ke?” tanya Lisa. Keadaan kembali senyap. Lisa mengurut dada. Mungkin jiran sebelah rumah. Lisa mula sedapkan hati sendiri. Ketika Lisa membuka peti sejuk untuk mengambil jus tembikai, dia merasakan sesuatu sedang melimpas. Laju-laju Lisa mengangkat kepala.
“Korang ke tu? Jangan nak takut-takutkan aku” kata Lisa sambil perlahan-lahan berjalan menuju keruang hadapan. Bergetar hati Lisa kerana terpaksa melawan ketakutannya. Dari dalam bilik kepunyaan Mira, dia terdengar seseorang sedang menarik kerusi. Mira mendekap telinganya pada daun pintu. Sekali lagi Lisa terkejut apabila mendengar bunyi esakkan tangisan.
“Mira...kau ke tu?? Kau dah kenapa? Kenapa balik tak bagitahu aku?” tanya Lisa sambil mengetuk pintu. Bunyi esakkan itu makin jelas kedengaran pada cuping telinganya.
PART 2
“Mira! Buka pintu ni!” desak Lisa dengan panik. Bermacam-macam yang dia fikirkan. Janganlah Mira ada apa-apa di dalam tu. Dah la balik tak bagitahu. Ketakutan Lisa berubah kepada kerisauan pula. Tangisan itu terhenti. Lisa mendekapkan telinganya sekali lagi pada daun pintu.
“Lisaaaaaaaa” satu suara berbisik amat dekat sekali dengan telinganya. Berderau darah Lisa apabila mendengar bisikkan itu.
“Lisa!”
Lisa terkejut. Melambung rasa badannya kerana terlampau terkejut. Apabila bahunya disentuh oleh seseorang dari belakang.
“Hei, kau dah kenapa?” tanya Mira. Terbeliak mata Lisa apabila melihat Mira di hadapannya. Ada keraguan di hati Lisa. Kalau ini Mira, yang didalam tu siapa? Lagipun bilik ini Mira duduk seorang. Melur dan Lisa barulah berkongsi bilik.
“Kau...kau...kau bila sampai?” tanya Lisa cuba mengelak sedikit daripada Mira.
“Aku baru je sampai. Aku ucap salam, kau tak dengar. Aku masuk aje la” terang Mira. Lama Lisa merenung Mira, apabila yakin itu Mira, barulah Lisa dapat bertenang.
Kejadian yang baru menimpanya itu dirahsiakan saja. Dia tak mahu menceritakan kepada Mira khuatir nanti Mira takut. Lagipun, dia mendengar tangisan itu datangnya daripada bilik Mira.
****
“Kau ada hubungi Melur?” tanya Lisa tiba-tiba sambil mencapai keropok di atas meja.
“Tak. Eh, ada..hari tu..kelmarin kalau tak silap dia mesej cakap dia lambat sikit balik” kata Mira acuh tak acuh. Lisa mengangguk saja. Sekarang jam telah menunjukkan pukul 11 malam. Mira meminta diri untuk masuk bilik sebab sudah mengantuk. Lisa masih lagi leka menonton televisyen. Menarik juga drama ni. Sayang pula nak tinggalkan.
Tiba-tiba pintu hadapan diketuk. Terperanjat Lisa dibuatnya. Bertalu-talu pintu itu diketuk. Dengan keberanian yang ada Lisa menapak perlahan-lahan menghampiri pintu. Dengan berhati-hati engsel pintu ditarik dan tombol pintu dipulas.
Lisa menghela nafas apabila melihat Melur dihadapan pintu. Melur tunduk. Baju kurung yang dipakainya lecun dek hujan. Hujan?? Hujan ke tadi? Monolog Lisa.
“Kenapa basah?” tanya Lisa. Melur tersenyum hambar.
“Tadi kat depan sana hujan. Kat sini tak hujan. Percuma betul baju aku basah” ujar Melur sambil menapak perlahan ke dalam rumah. Lisa menutup pintu kemudian menoleh ke belakang mencari kelibat Melur. Namun, sepi. Mungkin Melur dah masuk bilik mandi agaknya. Teka Lisa.
Lisa kembali mendapatkan posisinya di hadapan televisyen. Tidak lama lagi drama kesukaannya tamat. Lama juga Lisa melongo seorang diri di hadapan televisyen, namun kelibat Melur masih juga tidak kelihatan. Berdebar-debar lagi hati Lisa apabila baru menyedari bahawa rumahnya sepi dan sunyi. Tiada bunyi jurusan air dari bilik mandi, tiada bunyi apa-apa pun. Lisa memberanikan dirinya mendekati bilik mandi. Dikuaknya pintu,namun kosong. Kemudian, Lisa bergegas masuk ke dalam bilik. Mencari-cari di mana Melur. Namun, kosong.
“Kau cari aku?” suara Melur menyapa dari belakang. Terperanjat Lisa. Dia melihat Melur berdiri di hadapannya dengan menggenggam gelas air. Wajahnya masih seperti tadi. Hambar. Baju kurungnya masih belum bertukar. Lisa mengurut dada.
“Terkejut aku! Kenapa belum mandi lagi? Aku fikir kau dalam bilik air. Pergilah mandi. Aku ada banyak benda nak cerita dengan kau” kata Lisa.
Melur tersenyum.
“Kau ni kenapa? Dari aku masuk rumah muka kau takut saja. Aku perhati saja kau macam ngendap-ngendap bilik air dan bilik tidur. Aku kat sini pun kau tak perasan.” Lisa tersengeh-sengeh. Malu sendiri dia apabila diperhatikan sebegitu. Nampak sungguh dia penakut.
PART 3
Lisa merebahkan badannya diatas tilam. Melur masih mandi lagi. Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Liat benar matanya hendak tidur. Esok dah nak kena bangun awal sebab esok dah mula masuk kerja.
“Lisaaaaaa” Lisa terkejut. Satu suara sedang memanggilnya dalam keadaan berbisik. Perlahan-lahan Lisa bangun dari pembaringannya. Matanya melilau-lilau disekitar bilik.
“Lisaaaaa” suara itu memanggil lagi. Lisa kembali berdebar-debar. Dari dia masuk rumah siang tadi, ada-ada saja benda aneh berlaku keatas dirinya. Lisa menenangkan hatinya dengan beristighfar berkali-kali kemudian menyumbat telinganya dengan earfon. Entah bila Lisa terlelap dia pun tak pasti. Dia terjaga di tengah malam apabila melihat kelibat Melur yang sedang duduk di meja tulis. Dia tidak mampu menyapa kerana terlalu mengantuk. Akhirnya dia terlena lagi.
****
PART 4
“Kau tak rasa pelik ke dengan Mira tu?” tanya Lisa tiba-tiba. Melur menjengkitkan bahu. Ada senyuman halus dibibir Melur.
Lisa mematikan kata-katanya apabila melihat Melur tidak memberikan sebarang respon kepadanya.
“Kau sahabat yang baik Lisa. Kau sentiasa fikir akan kesusahan aku dan Mira. Kau sentiasa menghulurkan tangan ketika salah seorang daripada kami memerlukan pertolongan.” Melur berkata-kata dengan emosi yang agak mendatar. Lisa kehairanan.
“Apa saja, demi kamu berdua..aku sanggup tolong. Kat bandar ni, aku bukannya ada siapa-siapa. Cuma ada kamu berdua” jawab Lisa.
“Kalau begitu, mahukah kau tolong aku Lisa?” kata Melur semakin serius. Lisa semakin kehairanan. Dia berpaling kepada Melur disebelahnya. Terbeliak mata Lisa apabila melihat wajah Melur berubah menjadi pucat kebiruan dengan darah yang mengalir didahinya. Dan mulutnya berjahit. Lisa menjerit dan tanpa disedari kakinya menekan break menyebabkan keretanya berpusing akhirnya melanggar tiang elektrik.
“Tolong aku, Lisa..” Lisa terkejut dari tidurnya. Nafasnya tercungap-cungap. Dia mimpikan Melur. Melur dalam bahaya!
“Lisa, Syukurlah kau dah sedar..” kata Mira sambil memeluk Lisa. Lisa masih terkebil-kebil. Dia mulai bingung dengan apa yang telah menimpanya.
“Kau kemalangan semalam. Nasib baik kau tak apa-apa” ujar Mira lagi sambil mengusap rambut Lisa. Lisa memandang Mira.
“Melur! Mana Melur, Mira?” kata Lisa sambil menggoncang tubuh Mira. Terkejut Mira apabila nama Melur disebut oleh Lisa.
“Me..Me..Melurr..” teragak-agak Mira mengeluarkan kata-katanya.
“Mana Melur?!” tekan Lisa. Hilang rasa kewarasannya apabila memikirkan perihal Melur.
“Melur tak balik. Dari kita balik rumah semalam, Melur tak pulang” Dupppp...bagai dihempap batu yang besar dikepala Lisa apabila mendengar kenyataan Mira. Habis tu, kalau Melur tak pulang, siapa pula yang pulang malam semalam?
“Kau tak rasa pelik ke dengan Mira tu?” tanya Lisa tiba-tiba. Melur menjengkitkan bahu. Ada senyuman halus dibibir Melur.
Lisa mematikan kata-katanya apabila melihat Melur tidak memberikan sebarang respon kepadanya.
“Kau sahabat yang baik Lisa. Kau sentiasa fikir akan kesusahan aku dan Mira. Kau sentiasa menghulurkan tangan ketika salah seorang daripada kami memerlukan pertolongan.” Melur berkata-kata dengan emosi yang agak mendatar. Lisa kehairanan.
“Apa saja, demi kamu berdua..aku sanggup tolong. Kat bandar ni, aku bukannya ada siapa-siapa. Cuma ada kamu berdua” jawab Lisa.
“Kalau begitu, mahukah kau tolong aku Lisa?” kata Melur semakin serius. Lisa semakin kehairanan. Dia berpaling kepada Melur disebelahnya. Terbeliak mata Lisa apabila melihat wajah Melur berubah menjadi pucat kebiruan dengan darah yang mengalir didahinya. Dan mulutnya berjahit. Lisa menjerit dan tanpa disedari kakinya menekan break menyebabkan keretanya berpusing akhirnya melanggar tiang elektrik.
“Tolong aku, Lisa..” Lisa terkejut dari tidurnya. Nafasnya tercungap-cungap. Dia mimpikan Melur. Melur dalam bahaya!
“Lisa, Syukurlah kau dah sedar..” kata Mira sambil memeluk Lisa. Lisa masih terkebil-kebil. Dia mulai bingung dengan apa yang telah menimpanya.
“Kau kemalangan semalam. Nasib baik kau tak apa-apa” ujar Mira lagi sambil mengusap rambut Lisa. Lisa memandang Mira.
“Melur! Mana Melur, Mira?” kata Lisa sambil menggoncang tubuh Mira. Terkejut Mira apabila nama Melur disebut oleh Lisa.
“Me..Me..Melurr..” teragak-agak Mira mengeluarkan kata-katanya.
“Mana Melur?!” tekan Lisa. Hilang rasa kewarasannya apabila memikirkan perihal Melur.
“Melur tak balik. Dari kita balik rumah semalam, Melur tak pulang” Dupppp...bagai dihempap batu yang besar dikepala Lisa apabila mendengar kenyataan Mira. Habis tu, kalau Melur tak pulang, siapa pula yang pulang malam semalam?
PART 5
Lisa dibawa pulang kerumah apabila keadaannya semakin stabil. Namun, dalam hati Lisa sekarang sedang berkecamuk. Dia mula risaukan Melur. Kemana Melur menghilang. Dah tiga hari mereka di bandar, namun Melur masih belum menghubungi. Lisa benar-benar berharap agar tiada apa-apa yang berlaku keatas Melur.
Semasa Lisa melewati bilik Mira, Lisa terdengar suara Mira sedang bercakap-cakap. Seolah-olah sedang bercakap sendirian. Mula-mula dia fikirkan Mira sedang bercakap melalui telefon. Tidak lama selepas itu dia terdengar suara Mira menangis dan merayu. Terdetik hati Lisa ingin tahu.
“Mira, kau okey ke tak ni?.” Lisa mengetuk pintu bilik Mira.Mira mengambil masa agak lama untuk membuka pintu bilik. Apabila Mira membuka pintu, mukanya sembab. Matanya kembang. Dia baru sahaja lepas menangis.
“Kenapa ni?” tanya Lisa. Mira tersenyum hambar.
“Tak..tak ada apa. Cuma bergaduh dengan Kimi. Biasalah, pasangan..bergaduh..berbai
Dia membiarkan sahaja Mira melayan perasaan dan kembali ke dapur untuk minum air. Belum sempat dia menggapai gelas, kelibat Melur muncul di hadapannya penuh ngeri. Darah mencurah-curah di dahinya. Mulut Melur dijahit dan mengalir darah hitam pekat. Lisa terduduk apabila kelibat Melur makin menghampirinya. Dalam wajah ngeri itu, ada air mata darah mengalir di pipi Melur. Tangan Melur ditujukan ke bilik Mira.
“Tolong aku, Lisaaaaaa!!!!” jerit suara Melur sambil benang dimulutnya sedikit demi sedikit menetas dan terburai sehingga menampakkan rongga mulut yang koyak dan hitam.
“Arghhhhhhhhhhh!!!!!” satu jeritan nyaring datangnya daripada bilik Mira. Lisa benar-benar panik. Kelibat Melur di hadapannya sudah lesap entah kemana. Dengan jantung yang berdebar-debar Lisa melulu kearah bilik Mira. Mira meraung-raung seperti orang sedang histeria.
“Miraaa!!! Bukak pintu!!!!” jerit Lisa sambil menendang-nendang pintu. Mira masih meraung-raung.
“Pergiiii!!!! Aku bunuh kau!! Aku bunuh kau!!!pergiiii!!!Jangan kacau aku!!” jerit Mira lagi. Lisa di luar bilik benar-benar panik. Lisa berlari keluar rumah untuk mendapatkan pertolongan. Nasib baik ada jirannya yang terdengar bunyi jeritan Mira. Lisa,Pak Noh dan isterinya Mak Yam melulu kedalam rumah sambil menendang-nendang pintu bilik Mira.
“Miraaa!! Bukak..apa yang berlaku ni?” jerit Lisa. Namun lolongan dan jeritan Mira lebih kuat. Seperti dirinya sedang disiksa dan bergelut dengan seseorang.
“Tepi sikit, biar Pak cik terajang pintu ni” kata Pak Noh. Dengan kudrat lelaki yang berumur awal 50an itu, Pak Noh berjaya menendang pintu bilik Mira. Terperanjat mereka bertiga apabila melihat bilik Mira berterabur dengan perabot yang banyak pecah. Keadaan Mira amat naif sekali. Rambutnya kusut masai. Dia sedang berdiri sambil memegang gunting. Lisa, Pak Noh dan mak yam terkesima apabila gunting di tangan Mira itu dihalakan kelehernya.
“Mira...jangan! Bagi gunting tu dengan aku Mira” pujuk Lisa dengan linangan air mata.
“Maafkan aku Lisa..” kata Mira lemah. Badannya sudah cukup tersiksa dengan calar balar sana sini.
“Mira, jangannnnn!!!!!!!”
Tangan Mira menjunamkan gunting itu ke leher. Pak Noh dan Mak yam menjerit ketakutan. Lisa berlari pantas mendapatkan tubuh Mira yang mula rebah diatas lantai.
“Tangki..tang..ki. Bela..belakang..” kata Mira tersekat-sekat disusli darah yang membuak-buak keluar dari mulut dan lehernya. Lisa menangis teresak-esak. Sambil mendakap kepala Mira. Orang ramai semakin banyak menghampiri rumah mereka.
PART 6
“Mira...” Lisa memanggil dalam esakan.
“Melur..keluarkan Melur” kata Mira lagi dengan suara yang semakin perlahan. Badannya mula mengelupar dan akhirnya, perlahan-lahan longlai.
****
“Sanggup kau rampas Kimi daripada aku, Mira?” kata Melur dengan marah sambil menghempas handpone nya yang tertera gambar Mira dan Kimi yang selfie penuh intim sekali. Mira teragak-agak bangkit dari katilnya. Lisa sudah pulang ke kampung. Hanya dia dan Mira sahaja berada di rumah. Dia mengambil keputusan untuk pulang esok pagi nanti. Mira juga begitu. Namun, sebaliknya yang berlaku apabila dia mendapat tahu akan pengkhianatan Mira pada malam ini.
“Kau sendiri tahu kan macamana perasaan aku terhadap Kimi. Kami dah rancang nak kahwin dah pun! Sampai hati kau tikam aku dari belakang, Mira. Aku kawan kau!” kata Melur nyaring dengan linangan air mata. Mira mendekati Melur.
Wajah Melur diamati dengan sinis.
“Jangan salahkan aku. Salahkan lah Kimi. Bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi” kata Mira mula menyelamatkan diri.
“Kalau kau tak ganggu tak akan jadi macam ni!” kata Melur lagi sambil menggoncang-goncang bahu Mira. Mira mula marah. Badan Melur ditolak. Melur tersungkur kebelakang dan kepalanya terhantuk dinding. Mira panik.
“Kenapa kau buat aku macam ni Mira? Aku sayangkan kau.” kata Melur lagi. Matanya sudah berpinar kepeningan. Dia mencengkam lengan Mira. Mira merenggut cengkaman Melur. Dagu Melur direntap kasar. Terkumpul semua kemarahan, kedengkian dan kebenciannya selama ini terhadap Melur.
“Kau tahu, selama ini aku memendam rasa. Menahan hati. Semua orang sukakan kau. Termasuk Kimi! Aku yang dahulu berkenalan dengan Kimi, tapi Kimi pilih kau. Aku cemburu bos dan rakan sepejabat semua puji kau. Cantik. Rajin. Aku? Mereka buli aku buat semua kerja. Bila kau dilantik menjadi ketua unit eksekutif, aku semakin benci dengan kau sedangkan aku yang tercalon. Kau bodek bos! Lagi satu,aku benci tengok kau rapat dengan Lisa. Sedangkan aku dan Lisa dah lama kawan. Semenjak kau datang dalam hidup kami, kau rampas segalanya! Kau rampas segalanya yang sepatutnya milik aku! Aku benci kau!” luah Mira dalam linangan air mata sambil menghentak kepala Melur ke dinding bertalu-talu.
“Sekarang, siapa yang rampas siapa?”
Hilang hati nurani Mira. Hilang iman di hati Mira. Yang ada cumalah kebencian. Syaitan galak mentertawakan Mira. Mira kalah pada hasutan syaitan!
Air mata Mira berlinangan apabila tangannya perlahan-lahan menjahit bibir Melur. Dia terpaksa. Dia harus lupuskan bukti. Dia tidak mahu tertangkap. Dia mencium dahi Melur sambil meminta maaf. Rasa bersalah mula mengusai, namun dia sudah terlanjur. Terlanjur membunuh! Usai menjahit, Mira membalut badan Melur dengan kain selimut. Kaki tangan Mira semuanya diikat. Bersusah payah Mira mengheret jasad Melur kebelakang rumah. Dan bersusah payah juga dia menarik penutup tangki najis itu lalu menghumbankan Melur kedalamnya.
Melur tersedar apabila merasakan badannya terjatuh ke dalam sebuah lubang. Melur masih hidup rupanya. Namun dia lansung tiada kudrat untuj menjerit. Apatah lagi untuk bergerak. Melur hanya mampu menangis.
“Kau salah faham terhadapku ,Mira. Sampai hati kau.Aku akan balas dendam...”'rintih Melur dalam tangisan.
PART 7
Jasad reput itu dibawa naik ke atas. Bau busuk mula bertebaran di kawasan perumahan itu. Cerita pembunuhan Melur sudah mendapat liputan ramai. Lisa hanya mampu menangis dalam dakapan Mak yam. Dia tidak menyangka sama sekali kejadian ngeri ini menimpa persahabatan mereka. Kerana cemburu dan hasad dengki, Mira dan Melur bermusuhan sehingga saling berbunuhan.
Keesokkan harinya,
Urusan pengebumian Mira dan Melur berjalan dengan lancar. Keluarga mereka redha menerima pemergian keduanya tanpa banyak soal.
Lisa membawa diri ke masjid negeri untuk mencari ketenangan. Hatinya maaih dirajut pilu dan rasa tidak percaya dengan apa yang telah berlaku. Kebetulan di masjid ada tausiyah. Dan kata-kata Ustaz tersebut benar-benar meruntun jiwa Lisa. Berlinangan air mata Lisa. Dia menekap mukanya dengan telapak tangannya dengan tangisan. Terhenjut-henjut badannya menahan sendu.
Ada tempat berbisik dari musuh kita yang selalu menyuruh manusia untuk berbuat jahat, untuk mendustakan kebenaran dan mencegah manusia dari perbuatan baik. Barangsiapa yang didalam hatinya ada bisikan untuk berbuat buruk, maka mohonlah perlindungan Allah daripada Syaitan.
Hendaknya ia sentiasa memandang segala sesuatu dengan pandangan mata hatinya, bukan dengan hawa nafsunya agar ia melihat segala sesuatu dengan cahaya ketakwaan dan cahaya ilmu pengetahuan.
Semakin deras air mata Lisa mengalir. Wajah Mira dan Melur masih bermain di mata hatinya.
“Kita kawan sampai bila-bila...” mereka bertiga berpelukkan dalam linangan air mata pada suatu hari ketika Lisa terlantar di hospital kerana demam panas.
“Kita kawan sampai bila-bila...”
TAMAT
Sumber:fb kalimah paranormal team x
penulis :ummu Hanan
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon