Siapa kata hantu duduk kat kampung je? Jika korg yg lahir kat JB tak pernah dgr cerita hantu dari mulut ke mulut, mmg tak sah la..
Ingat lagi tak pasal hantu perempuan yang memakai purdah kecoh culik budak? Ianya juga di kenali sebagai Wanita Setan.. Hantu tu di katakan menaiki kereta Kancil berwarna merah.. Time tu tahun 1996, aku darjah 2.. Dah nak masuk waktu maghrib je, semua budak2 tak kira la lelaki atau pmpn akan masuk ke rumah coz takut kena culik ngan hantu tu.. waktu malam hingga ke subuh di katakan hantu itu 'beroperasi' mencari mangsa.. Hantu tu di katakan nak tangkap 20 org gadis.. Sebab apa dia nak tangkap 20 org gadis? sebabnya nak isap darah 20 org gadis tersebut bg menghilangkan hodoh di muka akibat melanggar pantang..
Oleh sebab tu juga hantu purdah tu memakai purdah kerana nak melindungi wajahnya yg kelihatan hodoh..cerita ni berkembang dari hari ke hari, merentasi negeri dan lautan dan lebih menghairankan ceritanya dijadikan muka depan harian metro semacam menjadikannya sebagai cerita nasional pada waktu tu.. Di dewasa ini aku terfikir, HANTU PANDU KERETA KANCIL? HAHAHA.. Orang kata, cerita ini di war-warkan sbb nak mengelakkan anak dara keluar malam² sebab waktu tu mmg ramai bohsia and bohjan, tapi tatau lah. btw kalau dapat kurangkan bohsia and bohjan bagus juga ada cerita² macam ni.
Kisah Hantu Kum Kum adalah salah satu kisah yang bertaraf urban lagend dalam masyarakat Malaysia. Cerita ini tersebar dengan pantas sehinggakan penduduk asli di tanah air juga mengetahui cerita mengenai Hantu Kum Kum ini. Bergitulah pantasnya cerita Hantu Kum Kum ini tersebar.
Namun, daripada segi logiknya, ia gagal diterima akal. Seseorang manusia normal bila berfikir secara intelektual akan merasakan cerita ini sangat mengarut dan rubbish. Manakan tidak, Hantu yang dikatakan mampu membunuh ini tetapi tiada langsung laporan polis yang mengatakan terdapat mangsa-mangsa dibunuh akibat daripada Hantu Kum Kum. Tidak logik bukan?
Apa yang penting sebenarnya daripada kisah yang ‘menakutkan’ ini ialah ia terkandung beberapa perkara tersirat. Sebagai warganegara Malaysia anda wajib mengetahuinya.
hehe.. hebat tak org Johor Bahru? Kecoh satu Malaysia tu.. ok itu cerita pembuka kata.. Selepas ini anda di sajikan dgn cerita2 mistik yg pernah kecoh di Johor Bahru..
Cerita 1, Lokasi Masai.
Tahukah korg bahawa setiap surau 'berpenghuni'? Apatah lagi jika surau tersebut dah lama tak di gunakan? maka terjadilah tempat2 jin melepak.. Jangan di sangka rumah kosong yg di biarkan lama je 'berpenghuni'.. heh heh..
Surau sepi ini berdekatan dgn pekan Masai.. Surau tu di buat persinggahan atau pun rumah tumpangan untuk pekerja kontrak MSE pada masa itu sekitar tahun 1980an. Kalau surau tu di guna sekalipun, cuma utk beberapa kerap sahaja.. Sehinggalah datang seorang ustaz utk mengajar kuliah di surau berkenaan.. Yang aneh nya setiap kalii mengikuti kuliah nya pasti apa yang diajar pada hari itu adalah perkara atau masalah yg di hadapi pada hari itu walau pun pengikut kuliahnya tidak menyuarakan apa2 pertanyaan.. Ustaz itu sepertinya mengetahui masalah mereka..
Ustaz ini amat daif kehidupan nya dari segi harta.Semua kenderaan yg di gunakan adalah sumbangan dari anak murid nya. Dia tinggal dirumah setingan & mempunyai anak yang ramai.. Berulang alik menaiki motor dari Kota Tinggi ke Masai untuk membuat kuliah agama.Masyallah hebat nya ustaz nih.. Tetapi begitulah rupanya Allah lebih sayang kpd nya...dia telah kembali ke rahmutullah pada thn 1990an.
Tahukah di mana lokasi surau itu sekarang? Bangunan surau ini telah pun di robohkan oleh PBTPG (kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Pasir Gudang) dengan alasan untuk menggantikan Surau yang baru.. Tetapi sampai sekarang habuk pun tak ada.. Sekarang ni tapak tersebut telah di dirikan sebuah pasaraya KIPMART..! ya KIPMART MASAI..!
Sebelum di robohkan dulu, ada juga penduduk setempat yg mengatakan bahawa ternampak kelibat org bersembahyang di kala maghrib & Isyak.. Lampu terang benderang.. tetapi bila di periksa pada siang hari, tiada pula kesan bekas tayar kereta, motosikal mahupun basikal.. Lagipun surau berkenaan dah lama tiada bekalan elektrik..! Dari segi cerita ini kita dpt tahu bahawa yg menumpang sembahyang itu adalah jin2 Islam..
Cerita 2, Lokasi Villa Nabila Bukit Serene (berhampiran Strait View Hotel)
http://www.youtube.com/watch?v=fQ1omgTq-rk Kalau rasa berani sangat, try la 'berhijrah' ke sana.. tapi ingt.. waktu mlm ye? jgn lupa rakam.. hehehe.. Dah ramai yg saja nk jln2 ke Rumah Hantu tak berbayar tu.. ye la.. dia bukannya mcm funfair.. ok, aku ada url video drpd budak poli JB, dorg ada masukkan kat youtube.. ni rakaman siang hari..
Member aku pernah masuk Villa Nabila tu, orang kata, kalau masuk genap, kat dlm tu jadi ganjil.. kalau masuk 8 org, cuba korg kira kat dlm tu.. entah-entah 9 orang.. kalau tak percaya korang leh tanya pengalaman (facebook name Tyecik Hades).. Kisah ni berlaku masa zaman rempitnya dulu.. Mat rempit biasa lah, hati cekal & kering.. Dorg akan cuba buat sesuatu yg org lain x berani nak buat.. Kalau korg dah pergi ke Villa Nabila tapi tak jumpa apa2 tu Alhamdulillah la.. Kadang2 time nk balik tu, enjin kenderaan takleh nak start.. TU MEMANG DAH BIASA TERJADI kat Villa Nabila..
Ada beberapa budak penakut ni lagi best, takut punya pasal, dorg pilih cantik je iaitu pada bulan Ramadhan. Lepas bersahur kat Singgah Selalu pukul 2 pagi, dorg terus wat rombongan Cik Kiah ke Villa Nabila.. Nak tau apa terjadi? Lepas je matikan enjin nak ke rumah tu, tiba2 bumbung kereta dorg kena ketuk.. Lagi dasyat enjin kereta dia tak leh hidup.. Tapi Alhamdulillah, selepas beberapa doa di baca, enjin kereta pun hidup & mereka membatalkan hasrat utk jejak kan kaki ke dlm Villa Nabila tu.. Ingat! jangan sampai meracau sudah..
Korg tau apa itu seni? Kalau korg minat dlm bidang fotografi, dah tentu korg akan tau.. Utk menghasilkan seni dlm sesebuah gmbr, kebanyakkan fotografer akan menjadikan bangunan2 lama & terbiar sebagai 1 monumen penting dlm sesebuah gmbr itu.. Kebanyakkan fotografer dah serik utk ke Villa Nabila biarpun pada waktu siang.. Ini kerana gmbr yg dorg snap termasuk sekali benda yg tak di undang..
Utk pengetahuan korg, terdapat 3 buah banglo terbiar di Bukit Serene. Pertama Banglo kerabat sultan, Kedua Villa Nabila & yg ke tiga agak dlm sikit iaitu sebuah Banglo seorang doktor.. Bahaya & belum di siasat..
Mengapa Villa Nabila begitu mistik? apakah punca dari mulut ke mulut yg sering di katakan di kalangan rakyat Johor Bahru? Nabila ni adalah seorang budak kecil, dia di bunuh oleh mak tiri (ada yg kata amah) yg tamakkan harta peninggalan bekas suaminya juga ayah kepada Nabila. Lama juga tertanam di dalam dinding rumah berkenaan. Sehinggalah polis dapat selesaikan kes ini. Kepada polis yg baca artikel ini, sila sahkan cerita ini please~ hehe.. ni video yg kedua aku search kat youtube.. tak tau la budak mana punya kerja.. http://www.youtube.com/watch?v=h7RRI2oelY0 kalau korg rajin, korg try la main pause-pause.. mana lah tau korg ternampak lembaga yg tak di ingini masuk dlm video dorg tu.. huhuhu..
Cerita 3, Terowong Lama British di Tambak Johor
Kredit utk Azeem Zainal, pasal dia lah aku cari info mengenai kisah ini. Kisah terowong ini terdapat dalam antara 95 fail mengenai “kumpulan rekod-rekod dan panduan kepada bahan-bahan mengenai Tambak Johor.Antara dokumen itu menyatakan bahawa terowong yang dibina di bawah Tambak Johor itu adalah 8 kaki tinggi dan 11.5 kaki lebarnya. Dokumen itu menyatakan bahawa objektif terowong itu adalah untuk kegunaan paip air daripada Gunung Pulai Satu, di Jalan Pontian, Johor, menuju ke Mac Ritchie Reservoir, di Singapura. Berikutan Wayleave Agreement 1971, paip yang menyalurkan air ke Singapura telah dibina selari dengan landasan keretapi yang merentasi Selat Teberau seperti yang wujud pada hari ini. Apa terjadi jika terowong tersebut menjadi tempat untuk pengintipan daripada negara luar?
Mungkin juga akibat kebimbangan terhadap kemungkinan wujudnya terowongberkenaan disalahgunakan untuk sesuatu aktiviti yang membahayakan Malaysia, maka Tun Dr Mahathir Mohamad merancang supaya Tambak Johor digantikan dengan sebuah jambatan. Dan, mungkin juga atas kepentingan terowong itu kepada pihak-pihak tertentu, maka rancangan pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor itu dibangkang habis-habisan, sehingga menyebabkan projek itu dibatalkan?
Ok, aku nak bawa korg ke alam misteri.. Ingat lagi tak Metro Ahad pernah keluarkan berita tergempar apabila 2 orang pekerja binaan terjerlus ke dalam lubang misteri? Bertarikh 14 November 2010. Masa tu aku kat Melaka tgh sibuk2 ngan 'Projek Melaka' Tajuknya Tragedi Tambak Laut, mangsanya Mohd Nor Miskan berumur 36 tahun. Dia dikhuatiri lemas apabila jentera jentolak yang dikendalikannya tenggelam ketika sedang menjalankan kerja-kerja penambakan pantai tersebut. Di fahamkan insiden tersebut turut menenggelamkan tiga jengkaut, dua kontena dan satu set generator. Kemana hilangnya ke semua tu? mayatnya pun di jumpai setelah beberapa hari..
Aku tertanya-tanya, bagaimana jentera yang seberat itu boleh ditelan dek pasir pantai dan tidak dijumpai. Pada pemahaman aku, kejadian tersebut hanya berlaku lebih kurang 100 meter dari pantai sebelum sebahagian daripada kawasan projek yang berpasir di situ tenggelam. Projek penambakan tersebut memang projek mega yang menelan kos berbillion ringgit Malaysia, Lido Boulevard namanya.
Pemahaman 'org2 kampung' mcm biasa lah, mereka mengatakan itu semua adalah normal. Bila manusia sibuk menghakis kejadian alam semesta, mesti ada 'give & take'. Katanya, mungkin ada 'penjaga' yang mahukan 'darah' manusia sebagai gantian. Tapi takkan dengan jengkaut-jengkaut tu 'penjaga' tu nak makan? Lapar benar. Kerana sebelum ini ada kes pembinaan jambatan di sini juga yang tertangguh sehingga kemalangan yang meragut nyawa mangsa sehingga mangsa tercampak dalam sungai tersebut barulah jambatan tersebut tiada masalah dan pembinaannya disambung semula. Itu kata mereka bukan aku, syirik namanya kalau percaya. Manalah tahu bajet tak cukup nak teruskan pembikinan jambatan tu. Iya tak? Dan mereka juga kata Kejadian tanah jerlus itu ada kaitan dengan TEROWONG LAMA BRITISH yg menghubungkan Singapura & Malaysia ini.. Thukah anda, isteri mangsa siap tidur di tempat kejadian sementara nak tunggu org cari mayat arwah suaminya.. Takziah di ucapkan.. Sedekahkan Al-Fatihah..
Ini ada 2 video yg di sedut dari youtube berkenaan Terowong yg di katakan ini..
Pelik, mcm mana dia boleh terlepas masuk kat dlm terowong tu? tapi separuh jalan je pasal di pertengahan jln tu ada tanah tertimbus. Kalau nk ikutkan dgn video ni, negara kita masih selamat la, pasal dorg takleh nak tembus sempadan Johor dah.. Adakah video ini di buat2 oleh mat saleh berkenaan? Nasib baik hantu Jepun tak muncul dlm video tu.. Sebab dgr cerita terowong tu 'berpenghuni'.. Yang menghuninya pula bukan calang2 hantu!
Cerita 4, Banglo Hilang, area Taman Rinting
Kisah cerita ni memang banyak versi, ada penduduk di sana menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan mengamalkan ilmu utk dapat duit dgn senang. duit yang didapati tidak boleh digunakan untuk perkara haram walaupun 1 sen sekalipun.. tetapi duit yang diperolehi itu dengar citer berjuta or beribu wallahualam digunakan sebahagian untuk perjudian.. anyway setelah langgar perjanjian.. rumah itu dighaibkan dan penghuni terpenjara dalam alam yang satu lagi..maybe orang kat rumah dah jadi bunian kot skang nih... dah hidup kat alam sana bersama orang2 bunian... wallahualam.. Yang tinggal kat tapak banglo tu hanyalah tangga! kenapa tangga di tinggalkan?
Versi ke dua pula ada yg menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan makan harta anak yatim, dan dia buat rumah besar2 dgn menggunakan harta anak yatim tersebut.
Versi ke 3 lagi la macam haram.. banglo ni di katakan hilang pasal ada sorg sami buddha ni nak test power kasi hilang, pastu banglo tu pun hilang tak timbul2.. haram x? nak jadi David Copperfield pun agak2 la..
Beberapa bulan selepas di dapati hilang, ada sekumpulan mamat ni nak buat research kat tapak rumah tersebut, tapi bila 2 hari dari tarikh mereka nak pergi, mereka di datangi 1 mimpi yg sungguh misteri. dalam mimpi itu mereka nampak ibarat satu lorong yang panjang, penghujung lorong tersebut sebuah gate yang besar... mcm gate banglo.. di sepanjang lorong ada orang yang berkelubung kelabu melambai-lambai di kiri dan kanan.. mereka melambai seolah-olah mengajak masuk menuju gate tersebut.. yang menjadi persoalannya ialah mimpi itu terjadi kepada 3 org ahli mereka secara serentak! seorang lagi 'berisi' mimpi seorang tua memakai pakaian putih nasihatkan jgn ke rumah tersebut.. orang tua itu berada di hujung simpang.. Sehinggalah pada hari di janjikan, mereka melupakan saja hajat mereka utk membuat research tentang kehilangan banglo tersebut. Ye! kisah banglo hilang ni pernah keluar kat Mastika beberapa tahun lalu.. persoalan yg menjadi tanda tanya, mengapa kalau rumah tu di katakan tak siap, tapi ianya mempunya lantai berbatu marmar?
Kalau nak di ikutkan pada tahun 2002 & 2003, takde lah pagar secantik yg kita leh tgk seperti gmbr2 di atas.. Dulu cuma pagar dawai yg kaler hijau tu, siap nmpk batu marmar nya lagi.. Security mmg ketat gila, pantang nmpk kereta benti kompem di halaunya..
Ini adalah salah 1 story yg telah di ambil dari sebuah forum..
"sy nak tambah skit aper yg sy tau pasal banglow kat taman rinting nie..
seingat sy, banglow nie ilang kalo tak salah lah tahun 2003 or 2004.. sory sy lupa coz waktu tu sy bru abis SPM.. sy duduk umah abg ipar sy kat taman daya yg bekerja sebagai Pegawai Penilaian Hartanah.. so dia byk kwn ngan Pemaju2 Perumahan kat JB.. dia penah bawak sy pi tempat banglow tu.. waktu malam plak tu.. tiba jerk kat banglow tu, secara automatik nya bulu roma sy berdiri tegak.. hahahha.. waktu tu, sy just nampak pagar rumah banglow tu dan Dua tiang Roman yg tinggi tu jerk..(tapi tangga tu sy tak perasan plak).. yup, tapak umah tu bersih waktu tu.. takder rumput tumbuh lagi.. sy nak kuar dari kete tapi abg ipar sy tak bagi coz dia takut sy lemah semangat.. memang ramai org kat situ, tapi org penting2 jelah.. polis jaga laluan masuk ke banglow tu.. Project Engineer, Clerk OF Work, Project Manager dan Contractor masing2 sibuk ngk Drawing plan Phase taman Rinting tu..
memang ternyata banglow tu dulu dibuat sehingga dapat CFO.. tapi tetiba hilang.. sejam kemudian sy n abg ipar balik rumah kat taman daya..
sampai kat rumah, sy trus masuk.. tapi abg ipar marah sy.. dia ajak sy duduk luar dulu dalam 10 minit.. kemudian dia cakap entah kat sapa,
"sampai kat sini jerk, jgn ikut aku dan adik aku masuk dalam".. Wow.. menggigil sy dibuat nya.. pastu sy trus masuk dan mandi..
kemudian abg ipar panggil n cerita tentang banglow tu.. dia cakap, banglow tu ader org India yg beli.. tetapi, dia beli guna duit anak orang Yatim.. it's means, Org India tu sepatut nya bagi duit derma yg org ramai bg tu kat rumah kebajikan anak yatim johor.. tapi dia klepet aper entah sampai dia dapat duit tu dan dia beli banglow tu.. kira tuk bayar down payment lah tu.. pastu dia wat loan dan lantik abg ipar sy tuk wat penilaian kat umah banglow tu.. tu yg abg ipar sy kena datang ke taman rinting waktu banglow tu hilang.. n pasal dia tak bg sy masuk umah trus masa sampai umah kat taman daya tu coz ptg sebelum dia kena pi kat tempat kejadian ader ustaz nasihat supaya jgn trus masuk umah pas datang banglow tu.. takut ader yg ikot kater nya.. tu jelah yg sy tau..
waktu progress work, abg ipar sy tak terlibat.. tetapi waktu india tu nak wat loan kat bank, abg ipar sy dilantik untuk menilai banglow tu.. selepas itu abg ipar sy akan datang ke banglow itu untuk tangkap gambo, n buat penilaian.. sebelum tu memang ader banglow tu.. tapi selepas proses 'hand over keys' tetiba banglow tu hilang.. tu yg jadi gempar tu.. kalo sy balik jb nanti sy try tanyer abg ipar sy samada dia ader simpan gambo tu or tak.. n sy akan try tanyer citer yg lebih terperinci.. wat mase skrang sy ngah bz ngan final exam.. sory ehh.. wassalam"
Begitulah sedikit sebanyak kisah misteri banglo hilang di Taman Rinting, tetapi sehingga kini budak yang berjanji nak beri gambar asal banglo tersebut tidak upload pun gambar yg di maksudkan.. Misteri menjadi semakin misteri.. Sehingga kini ianya tak terungkai lagi..
Cerita 5, Jambatan Permas Jaya & Railway Plentong
Kemalangan maut pasti terjadi tiap2 tahun, org kata jambatan ni memang terkenal dgn sikapnya yg ketagih darah org.. Sebabnya? semasa jambatan ni mula2 di bina, byk kejadian bunuh diri berlaku di situ.. Di katakan tempat itu keras kerana pemandu2 kereta akan ternampak bayangan aneh melintasi jalan.. Siapa yg berani nak jalan sorg2 di situ ketika waktu malam? Sebelum Bayu Puteri & Flat Sri Stulang di dirikan di situ, ianya merupakan hutan paya bakau yg di penuhi monyet. Sebelum jambatan ni di dirikan, kalau korg dari bandar nak ke Permas Jaya, korg kena lalu jalan tebrau - carrefour pandan - highway pasir gudang - plentong & baru lah sampai ke Permas Jaya..
Kawan aku sendiri pun pernah arwah di sini.. Aku sendiri pun pernah eksiden pada tahun 2004 waktu nak ke sekolah Teknik Tanjun Puteri, alhamdulillah nasib baik tak ada apa2.. Ada la sorg cina mabuk ni, dia ingat jalan kat atas jambatan tu dua hala kot.. dia pun songsang lah.. terus berdentum.. Sungai di bawah jambatan ini menghala ke Plentong.. di kawasan berhampiran juga ada kes bunuh diri yang menyayat hati..
Kes bunuh diri secara berpasangan.. Ini kerana ahli keluarga tak merestui perkahwinan mereka, si perempuan pula berbadan dua, kandungannya berusia 5 bulan.. Pasangan itu di katakan membunuh diri mereka dgn berbaring di railway Plentong.. Hancur berkecai di gilis kereta api kargo yg membawa muatan ke Pasir Gudang..
Di pendekkan cerita, dulu ada pokok buluh bawah jambatan kereta api kargo (dari plentong nk masok permas)..kt situ ade sorang brader beniaga burger smpai ke tgh malam..then datang seorang perempuan..pakaian serba putih mengendong anak..dtg ke stall burger tu..hanya order daging mentah..tokey burger tu pon pelik la dgn perempuan tu..then tgk pulak anak perempuan tu dlm kain yg dibuat selubung anak tu..batu nisan ! kelam kabut tokei burger tu lari..esok pagi baru dtg kemas stall ape sume..tros dh x beniaga kt situ lagi..pokok buluh tu pon dh kene tebang..org2 situ ckp perempuan tu mungkin roh sheikin tu la (gf arwah mansor)..roh nye tak tenang kot..itu crite org2 dekat2 situ la..xtau betul atau tidak.. kalau tak percaya, korg pergi tanya Pak Tahir, dia tu ketua kampung kat situ.. huhu hari aku lalu situ nak balik kerja dlm pkl 11 malam.. Alhamdulillah, sekarang ni dah tak dengar pun gangguan yg berlaku di situ, kemungkinan roh arwah dah tenang..
Cerita 6, Persimpangan Desa Rahmat, Tampoi.
Di petik dari KOSMO!
JOHOR BAHRU - Imej misteri yang muncul dalam gambar telefon bimbit Nor Kharunisa Abd. Ghani mungkin ada kaitan dengan mangsa kemalangan maut di persimpangan Desa Rahmat di sini beberapa tahun lalu.
Menurut peniaga restoran di kawasan berkenaan, Mohd. Firdaus Md. Said, 26, sejak berniaga enam tahun lalu, banyak kemalangan berlaku di simpang jalan yang terletak kira-kira 100 meter dari restorannya itu.
"Memang banyak kemalangan yang berlaku di sini malah ada juga yang mengakibatkan kematian. Mungkin roh mereka berkeliaran dan dirakam secara tak sengaja di dalam kamera pengunjung restoran saya," ceritanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Kelmarin, Kosmo! melaporkan Nor Kharunisa, 24, terkejut melihat ada imej lain yang tidak disangka di dalam gambarnya yang didakwa seorang lelaki tidak berkaki ketika makan di restoran yang sama.
Imej tersebut hanya disedari ketika kakak angkatnya, Noorfadilah Zulkarnaian, 33, memuat turun gambar dari telefon bimbit ke dalam komputer.
Menurut Noorfadilah, semasa mengambil gambar Nor Kharunisa, dia tidak perasan apa-apa perkara misteri berlaku.
"Malah saya ambil gambar tiga kali di tempat yang sama. Kali ketiga baru imej itu muncul, itu pun setelah saya cuba untuk muat turun ke komputer," jelasnya.
ATAS:NOR Kharunisa menunjukkan imej lelaki tidak berkaki (bulatan) di belakangnya yang muncul apabila gambar itu dirakam di sebuah restoran di Johor Bahru baru-baru ini. KIRI:IMEJ lembaga bertudung dengan muka yang kabur (bulatan) ini didakwa tidak kelihatan sewaktu gambar ini dirakamkan di Air Hitam, Muar baru-baru ini.
JOHOR BAHRU - Belum reda kisah lembaga 'wanita kebaya merah' di Lebuh Raya Utara-Selatan, kini timbul pula kisah dua orang di sini yang terkejut melihat gambar mereka rupa-rupanya ada imej lain yang tidak disangka-sangka.
Nor Kharunisa Abd. Ghani, 24, mendakwa dalam sekeping gambar yang dirakam menggunakan telefon bimbit di sebuah restoran di sini baru-baru ini meresahkannya kerana ada imej 'lelaki tidak berkaki' di belakangnya.
"Saya hanya menyedari imej ganjil yang kabur itu apabila memasukkan gambar itu ke komputer.
"Pada mulanya saya ingatkan itu adik angkat saya, tetapi dia ketika itu duduk di hadapan saya,'' ceritanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Dakwanya, sejak kejadian itu perasaannya menjadi tidak tenang kerana terasa seperti diekori.
Sementara itu, seorang lagi yang mendakwa berjaya merakamkan gambar ganjil, Mazluini Jema'an, 36, berkata, dia terkejut apabila ada imej wanita bertelekung tanpa muka muncul di hadapan gambar seorang saudaranya.
Cerita 7, Mahmoodiah.
Banyak2 kisah mistik, aku rasa ini lah yang paling menyeramkan & banyak kisah yang berlaku di kawasan ini. Tidak lupa juga kawasan berhampirannya iaitu Dataran Bandaraya Johor Bahru yang pernah di gemparkan dgn kisah Hantu Lilin pada tahun 1990-an. Pada tahun 1980-an lagi best, pelancong Kuala Lumpur yang datang ke Johor Bahru tertarik dengan kemeriahan persembahan kuda kepang di pentas dataran tersebut. Hampir 2 jam dia melihat persembahan itu. Oleh kerana terlalu terpegun dengan kehebatan negeri Johor yg 'menghalalkan' pementasan sehingga jam 2 pagi, pelancong tersebut menceritakan hal ini kepada rakannya yang kebetulan bekerja dengan Majlis Bandaraya.. Rakannya menafikan dakwaannya itu dan mngatakan bahawa dia berkhayal! Habis, apa yg sebenarnya berlaku selama 2 jam pada mlm tersebut? Wallahualam..
Berbalik kepada kisah di Mahmoodiah, ramai pemandu di ganggu ketika melalui kawasan perkuburan yg menempatkan kerabat2 di Raja itu.. Kisah pertama ini berlaku ke atas pemandu kereta yg bernama Kadir. Kadir dlm perjalanan ingin bertemu rakan di sebuah restoran di Danga Bay.. Jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Sampai di pertengahan jln lingkaran (sekarang di dirikan Petronas), dia ternampak seorang wanita berjalan seorang diri.. Dia pun memberhentikan kenderaan & bertanya arah tujuan wanita berkenaan.. wanita itu ingin ke perhentian bas di Hospital Sultanah Aminah..
Kadir pun menumpangkn wanita berkenaan. Wanita tersebut menyuruh Kadir agar tidak menggunakan penghawa dingin.. Biarlah dengan membuka tingkap sahaja katanya.. Wanita itu memberitahu bahawa sepatutnya teman lelakinya yg menjemputnya, tetapi akibat masalah yg tidak dapat di elakkan, dia terpaksa berjalan kaki utk ke perhentian bas hospital itu. Wanita itu juga berpesan kepada teman lelakinya agar membawa kereta, kerana dah serik menaiki motor. Kadir cuba menenangkan wanita berkenaan dgn mengatakan bahawa naik motor lagi romantik, jimat minyak dan kalau jalan jem, boleh selit2.. Tetapi wanita itu terus menceritakan kepada Kadir bahawa berlaku 1 kejadian yg tak di ingini semasa dia menunggang motosikal bersama teman lelakinya.. Pernah 1 ketika semasa menunggan motor bersama teman lelaki, mereka di sondol oleh kereta yg berlumba di situ.. Kadir lantas bertanya "Ya Allah, lepas tu apa yang terjadi?" Wanita itu terus berkata, "awak nampak divider itu? di situlah saya dan teman lelaki saya tercampak selepas di seret hampir 50 meter, dan KAMI MATI bersama"..
Apa saja ayat yg terlintas di fikiran Kadir, terus di bacanya kuat2.. Yang terdengar hanyalah hilaian tawa wanita berkenaan lantas terbang dan berlalu pergi menerusi tingkap kereta Kadir yg terbuka luas.. Kadir membatalkan hasratnya utk berjumpa kwn2nya lalu terus balik ke rumah.. Di rumah, dia menceritakan segalanya kepada pakciknya yg kebetulan bertandang ke rumahnya.. Pakciknya berusia 66 tahun hanya tersenyum kerana kejadian sebegini sering berlaku di kawasan itu..
Kisah kedua yang terdapat di Mahmodiah ialah berlaku kepada seorang pemandu teksi. Lokasinya ialah di Terowong berhampiran ZZ / JKR.. menghala ke Anjung Warisan dari Petronas Lingkaran.. Selepas melalui terowong tersebut, ada seorg wanita menahan teksinya & terus mengejar teksi berkenaan..
Kisah ketiga ialah bangunan yayasan warisan johor..mase perang jepun dulu..jepun gunakan bangunan tu buat markas / kem diorng la..so mcm2 hukuman jepun spt pancung kepale ape sume buat kt situ..kt situ jugak bnyk askar jepun mati.. org2 lama cerita, kat situ ada jepun berbaris di atas bumbung! mcm mana tu dorg berbaris aku tak tau la.. wallahualam..
Kisah keempat kubur mahmoodiah berdekatan terowong jalan petri mengadap jalan lingkaran dalam..ade org cite yang kwsn situ haunted pade waktu petang selepas asar sebelum maghrib..ade org pegi ziarah kubur time tu..ade gangguan seperti ade bende terbang atas kepala...banyak kali..penggali kubur kt situ pun sarankan jgn dtg waktu2 ptg mcm tu..lg2 kwsn tu..
Ingat, jangan terlalu percaya.. Nanti syirik pulak.. Jangan terlalu takut & jangan terlalu berani.. Jika apa yg di tulis di atas adalah mengenai korg, aku nk korg perbetulkan di mana silapnya.. tak kisahlah drpd tarikh atau segala bagai.. apa2 pun yg buruk itu dtg drpd diri ini, kerana setiap manusia tak ubah drpd melakukan kesilapan & kesalahan.. Cerita ini bukan rekaan semata-mata.. ianya menjadi perbualan dari mulut ke mulut masyarakat JB.. aku pasti, ada jugak yg x tau lagi pasal kisah2 ini.. yang pastinya antara 3 kisah paling top di JB seperti Villa Nabila, Mahmoodiah & Banglo Hilang di Tmn Rinting telah pun aku research.. aku tak main tulis je, ada yg aku ambil dari blog2 & aku pilih yg paling lojik & terbaik.. Jika mahu share, silakan.. JANGAN TELALU TAKSUB, Wassalam.. ^.^
untuk melihat kisah Kemayan City, sila ikuti link di bawah ini terima kasih..
ok, dan yg ini... kisah misteri yg terjadi di Tjg Kupang Johor.. apa susulan selepas tragedi kemalangan kapal terbang? apa kaitannya dgn Kebun Teh? jom layan http://www.facebook.com/note.php?note_id=184799844876221
Sumber : FB Hafiz Aziz
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon