Petua Hilangkan Kahak Dengan Berkesan



Petua Hilangkan Kahak Dengan Berkesan

Petua Hilangkan Kahak. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ini sudah pasti ramai yang mengalami sakit seperti batuk. Apabila batuk mulalah kahak terkumpul di dalam kerongkong. Masalah kahak yang terkumpul boleh menyebabkan ketidakselesaan.
Kahak juga boleh menyebabkan suara seseorang itu bertukar menjadi serak serta kegatalan pada kerongkong. Cara terbaik untuk menghilangkan kahak adalah dengan memakan ubat yang dijual di pasaran atau dengan menggunakan petua hilangkan kahak. Terdapat banyak petua tradisional untuk hilangkan kahak. Anda boleh memilih mana satu yang mudah dan selesa bagi anda.
Mungkin anda tidak suka untuk makan ubat, cara di bawah ini sangat sesuai digunakan oleh anda yang tidak suka makan ubat. Berikut adalah petua hilangkan kahak dengan berkesan:
1) Minum Teh O Lemon Dan Madu – Kalau nak senang boleh beli teh o ais limau yang dijual tapi kalau nak lebih berkesan kenalah buat sendiri. Caranya mudah sahaja, buat secawan air teh O yang panas, selepas itu campurkan dengan sehiris dua lemon. Boleh campurkan sedikit gula sebagai penambah rasa. Tapi mahu lagi berkesan campurkan dengan sesudu madu asli.
2) Makan Makanan Yang Pedas – Selalunya apabila batuk, orang akan elak dari makanan yang pedas-pedas tetapi sebenarnya makanan pedas ni secara tak langsung membantu untuk mencairkan kahak. Jadi tidak adalah rasa seperti sesak nafas kerana banyak kahak.
3) Minum Air Suam Panas – Seeloknya bila ada banyak kahak, elakkan dari minum air sejuk. Minum air suam panas atau sup panas memang membantu untuk mencairkan kahak.
4) Berkumur Dengan Air Garam – Campurkan setengah sudu garam dengan secawan air suam dan kumur. Memang membantu untuk mengurangkan rasa ketidakselesaan di kerongkong.
Apa yang penting bila terasa ada banyak kahak, mesti minum air secukupnya. Boleh juga sapu Vicks di bahagian dada bermula dari kerongkong untuk memberi rasa kelegaan ketika tidur malam.
>
Semoga Petua Hilangkan Kahak Dengan Berkesan ini membantu anda untuk menyelesaikan masalah kahak yang dihadapi. Jangan lupa untuk mencuba petua ini. Komen di bawah setelah mencuba petua ini.

sumber:blogammar.com
Previous
Next Post »