Siapa sangka naskah tulisan tangan Melayu lama ini menjadi rebutan orang ramai kerana isi kandungan di dalamnya yang mempunyai nilai estetika tersendiri dan tidak ada di dalam mana-mana manuskrip lain di dunia.
Secara tidak langsung, ia menjadi artifak yang cukup berharga dalam misi membongkar misteri ketamadunan masyarakat Melayu terdahulu.
Difahamkan, manuskrip Melayu lama ini tersimpan rapi di Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Soalnya, siapakah penulisnya dan dari manakah asal naskah tulisan tangan ini ditemui?
Apa yang menjadi tanda tanya lagi, kenapa isi kandungannya dianggap sangat istimewa?
Pengarah Muzium Warisan Melayu UPM, Dr. Muhammad Pauzi Abd. Latiff, sehingga hari ini masih tertanya-tanya, dimanakah penulis asl manuskrip ini boleh mendapat ilham untuk menghasilkan manuskrip yang hebat ini.
Beliau sendiri begitu kagum dengan perkataan-perkataan yang ditulis dalam bahasa Jawi yang cukup mendalam maksudnya.
Mula ditulis sekitar awal abad ke-19, manuskrip Melayu lama ini berasal dari negeri Kelantan.
Ia ditulis oleh Abdul Samad Faqih Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Tok Pulai Chondong yang juga merupakan seorang ulama terbilang negeri tersebut.
Berdasarkan penyelidikan lanjut dan proses terjemahan mendapati, manuskrip tersebut merupakan sebuah manual lengkap ilmu pertukangan keris.
Dan dipercayai, manuskrip ini merupakan satu-satunya naskah tulisan tangan terawal yang menjelaskan kepada kita bagaimana peralatan ini dibuat.
Keris Hang Tuah Dan Hang Jebat
Selain tatacara membuat keris, naskah tulisan tangan ini turut menceritakan tentang kewujudan dua bilah keris paling terkenal era zaman kegemilangan pemerintahan Melayu Melaka lama.
Ia tertera dua petikan ayat bergambar yang merujuk kepada senjata milik Laksamana Hang Tuah dan Hang Jebat.
Berikut adalah terjemahan yang ditulis dalam bahasa Jawi;
'Keris Hang Tuah harga sebuah negeri, cerita Taming Sari. Keris Hang Jebat harganya sebelah negeri, cerita Pengkarang namanya.'
Manuskrip ini juga turut menerangkan jumlah besi yang digunakan untuk membuat dua bilah keris tersebut.
Bagi Keris Taming Sari, sebanyak 20 jenis besi digunakan yang terdiri daripada dua jenis besi utama iaitu campuran besi kursani dan tahi bintang.
Manakala bagi Keris Pengkarang, ia dibuat dengan campuran 10 jenis besi dan antara besi yang digunakan ialah tahi bintang.
Apa yang pasti, dua petikan ayat ini menimbulkan satu tanda tanya, dari manakah Tok Pulai Chondong mendapat maklumat tentang dua bilah keris ini?
Jika diteliti tarikh asal manuskrip ini ditulis, ia jelas menunjukkan bukan ditulis pada zaman kerajaan Melaka.
Dan setakat hari ini, tiada maklumat lengkap diperolehi bagi menjawab persoalan ini.
Menurut Dr. Pauzi, terdapat beberapa cerita lisan pernah menyentuh perkara ini namun terpaksa dirahsiakan bagi menjaga nilai sensitiviti sesetengah pihak, maklumat lisan ini terpaksa dirahsiakan.
Manuskrip ini mempunyai 38 muka surat dan selain ilmu pertukangan keris, ia turut menceritakan tentang zikir yang diberi nama Hizb al-Bahr.
Zikir ini menjadi amalan bagi Tok Pulai Chondong dan sering dibaca oleh golongan pendekar sebelum ke medan tempur.
SUMBER:SENTIASAPANAS.COM
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon