Kebaikan Hisap Rokok Berbanding Vape
Sejak vape menjadi trend, ramai perokok mula beralih arah daripada menghisap rokok kepada menghisap vape. Mereka memberikan pelbagai alasan mengapa menghisap vape. Ada yang berkata dengan hisap vape mereka dapat menghilangkan ketagihan merokok seterusnya berhenti merokok. Namun, tidak ramai yang menghisap vape adalah kerana untuk menghilangkan ketagihan merokok semata-mata.
Mungkin sesuai digunakan perkataan “menghisap vape kerana trend”. Ramai diantara kita yang “menjadi bangang” menghisap vape sedangkan sebelum ini mereka tidaklah menghisap rokok. Kerana trend, mereka menghisap vape.
Tidak dinafikan kewujudan vape ini telah menyebabkan jualan rokok di seluruh dunia merosot berbanding sebelum ini. Disebalik perkara ini mungkin ramai yang tidak tahu kebaikan hisap rokok berbanding vape.
Tahukah anda terdapat kebaikan hisap rokok berbanding vape? Mari kita baca kebaikan hisap rokok berbanding vape:
- Dapat meningkatkan pendapatan negara– Rokok adalah barangan yang dikenakan cukai oleh kerajaan dan antara penyumbang terbesar kepada cukai negara. Dengan ramainya perokok anda dapat membantu meningkatkan kutipan cukai kerajaan. Vape tidak dikenakan cukai.
- Bertimbang rasa– Seorang perokok biasanya seorang yang bertimbang rasa kerana mereka tidak akan merokok di tempat awam seperti dalam pasar raya, komuter, panggung wayang dan di dalam bas. Biasanya ramai yang menjadi bangang menghisap vape di merata-rata dengan alasan “ini bukan asap, cuma wap air”.
- Asap tidak banyak– Rokok biasanya mengeluarkan asap yang sedikit berbanding vape seperti asap lori.
- Berdisiplin– Seorang perokok akan menjadi seorang yang berdisiplin kerana mereka akan merokok pada masa tertentu sahaja seperti masa rehat dan masa balik dari kerja. Penghisap vape sangatlah tidak berdisiplin kerana menghisap vape setiap masa selagi dunia belum kiamat.
- Tingkatkan hubungan silaturrahim– Perokok selalunya lupa untuk membawa mancis atau lighter dan tanpa segan silu dia akan “pinjam” dengan orang yang tidak dikenali terutamanya di kedai makan. Vape tidak perlu mancis atau lighter.
- Pemurah– Perokok adalah seorang yang sangat pemurah kerana membeli rokok mahal semata-mata untuk berkongsi dengan rakan yang lain ketika lepak di kedai makan.
- Jimat bill elektrik– Untuk menghisap rokok tidak perlu menggunakan bateri, jadi kos penggunaan elektrik dapat dijimatkan. Penghisap vape selalu mengecas baterinya dan bill elektrik akan melambung tinggi.
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon