Subhanallah!!! Dicabut Nyawa Sebelum Ke Tali Gantung
Jika anda masih ingat, satu peristiwa hitam yang berlaku di negara ini pada tahun 2000 iaitu peristiwa pencerobohan nekad oleh Kumpulan Militan Al Maunah ke atas sebuah kem Rejimen Askar Wataniah pada subuh 2 Julai 2000 dan melarikan sejumlah besar senjata api daripada stor persenjataan.
Kumpulan tersebut kemudiannya mendirikan pangkalan rahsianya di kawasan hutan berhampiran perkampungan di Sauk, negeri Perak dan terlibat dalam pertempuran di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
Mohamed Amin bin Mohamed Razali ialah ketua kepada kumpulan itu yang mengetuai misinya untuk menggulingkan kerajaan Malaysia.
Peristiwa itu adalah detik hitam bagi negara Malaysia.
Kali ini kami ingin berkongsi satu kisah benar yang berlaku kepada Amin yang boleh dijadikan iktibar kepada kita semua.
KISAH BENAR DICABUT NYAWA SEBELUM KE TALI GANTUNG
Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sungai Buloh. Sebuah kisah benar.
Mengikut cerita beliau, semasa beliau selesai memberi ceramah agama pada banduan-banduan di sana. Pengarah Penjara telah berjumpa dengan beliau dan menceritakan pada beliau tentang seorang banduan yang bernama Amin iaitu ketua kumpulan Al-Mau’una yang didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yang Dipertuan Agong.
Apa yang menarik ialah peribadi si Amin ini.
Beliau seorang yang berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain.
Pendek kata banduan yang tidak bermasalah.
Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yang harum.
Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pada pakaiannya.
Mengikut ceritanya lagi, pada malam sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi.
Dia digantung pada subuh pagi jumaat.
Pada malam sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah-olah tiada apa-apa akan berlaku pada pagi esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pagi esok.
Bayangkan kalau orang bakal digantung pagi esok, mesti gelisah dan mesti tidak dapat tidur.
Bila tepat jam 4.00 pagi, Amin terus dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.
Ketika Amin sedang sujud pada masa itulah dia dibawa ke tali gantung.
Bila tiba masa hendak digantung, tiba-tiba Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri. Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dengan kain hitam dan hukuman pun dijalankan.
Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yang tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan.
Didapati juga selipar jepun yang dipakai oleh Amin masih melekat pada kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.
Apabila jenazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar seperti kebiasaan mereka yang digantung.
Tangan seperti orang dalam solat di jari telunjuk seperti membaca tahiyat akhir. Subhanallah………. mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung. Begitulah kebesaran Allah yang memberi Rahmat kepada hamba-hamba-Nya yang soleh dan sentiasa bertaubat.
Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kepada kita semua. Inilah kisah yang diceritakan semula oleh ustaz tersebut.
Sumber:Blog Ammar
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon