Namun, percaya atau tidak, Nikola adalah individu pertama yang mencipta kebanyakan teknologi canggih yang kita gunakan hari ini.
Teknologi kawalan jauh, teknologi telefon tanpa wayar, serta teknologi-teknologi lain hasil daripada pembangunan elektrik.
Walaupun hasil kajiannya digunakan secara meluas, Nikola kurang diingati, malah tidak dikenali oleh masyarakat dunia berbanding saintis-saintis terkemuka dunia.
Nikola Tesla dilahirkan pada 10 Julai 1856 di Croatia. Bapanya, Milutin Tesla adalah seorang paderi Ortodoks Serbia.
Manakala ibunya, Djuka Mandic, adalah seorang suri rumah yang gemar mencipta perkakasan dapurnya sendiri.
Antara ciptaannya adalah pemukul telur dan mentega yang kita gunakan sehingga kini.
Pendedahan minat ibunya sedikit sebanyak membuatkan Nikola menanam minat untuk mencipta sesuatu apabila besar nanti.
Lantaran minatnya itu, Nikola mendapat pendidikan awal di Realschule, Karlstadt, sebelum menyambung pengajian dalam bidang matematik dan fizik di Institut Politeknik Graz, Austria.
Bagaimanapun, Nikola akhirnya mengubah minat kepada bidang kejuruteraan elektrik di Universiti Prague.
Kebiasaannya, individu-individu yang bijak memiliki keunikannya yang tersendiri.
Misalnya, Albert Einstein dikatakan menghadapi masalah dileksia, Stephan Hawking menghidap masalah Neuron dan ramai lagi saintis lain.
Begitu juga dengan Nikola. Dia dikatakan mempunyai masalah gangguan mental sejak kecil. Namun, ia tidak menghalang untuknya menjadi seorang genius.
Nikola mula mengenali 'kehidupan sebenar' ketika berkhidmat sebagai jurutera elektrik di sebuah syarikat telefon di Budhapest pada tahun 1881.
Disyarikat itu, Nikola berjaya mencipta sejenis peranti untuk kemudahan komunikasi telefon.
Walaupun masih muda, Nikola berjaya menyandang jawatan sebagai ketua juruelektrik serta dinobatkan sebagai jurutera pertama negara.
Dikatakan, sewaktu berkhidmat disyarikat itu, Nikola mendapat idea tentang prinsip aruhan magnet dalam motor.
Sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat, Nikola sempat berkhidmat disebuah syarikat milik Thomas Edison, Continental Edison Company di Paris.
Disitu, Nikola membina teknologi dinamo dan jika anda masih ingat, asas teknologi dinamo telah digunakan pada basikal untuk menghidupkan lampu.
Bagaimanapun, disebabkan kehebatannya kurang dihargai di Eropah, Nikola kemudiannya berhijrah ke Amerika Syarikat, bertugas di ibu pejabat Thomas Edison di New Jersey.
Semasa mula-mula bekerja, Thomas Edison meminta Nikola membaiki penjana arus terus dan memperbharui teknologi dinamo.
Bagaimanapun, Nikola akhirnya berhenti dari syarikat Thomas Edison setelah berlaku perselisihan kerana Thomas Edison memungkiri janjinya berkaitan pembayaran gaji kepada Nikola.
Nikola memutuskan untuk membuka makmalnya sendiri dan membuat kajian berkaitan sistem polifasa arus ulang alik (AC).
Secara tidak langsung, kajian itu telah menyebabkan Thomas Edison tercabar kerana AC telah menyebabkan arus terus DC yang dipatenkan Thomas Edison kelihatan lemah dan ianya terbukti benar.
Ini kerana arus terus tidak dapat menampung voltan yang tinggi serta tidak boleh dihantar jauh. Ini menyebabkan penjana perlu dibina setiap dua batu.
Berbeza dengan arus ulang-alik yang dapat menerima voltan tinggi serta boleh diguna pada jarak yang jauh.
Semasa syarikat Tesla Elektrik Light & Manufacturing ditubuhkan, ramai pelabur syarikat tidak menerima idea motor arus ulang-alik.
Akibatnya, Nikola terpaksa melupakan syarikat tersebut dan melakukan pelbagai kerja lain untuk menampung kos sara hidup serta mengumpul dana untuk projek berkenaan.
Dan pada tahun 1887, Nikola telah membina model motor aruhan pertama yang dibentangkan di Institut Jurutera Elektrik Amerika.
Akhirnya, Nikola diterima bekerja di Syarikat Pembuatan Barangan Elektrik Westinghouse milik George Westinghouse di Pittsburgh.
Bagai mengantuk disorongkan bantal, George Westinghouse bersetuju dengan idea arus ulang-alik Nikola kerana kemampuan arus dihantar pada jarak jauh. Beliau akhirnya menaja projek Nikola untuk membangunkan teknologi tersebut.
George Westinghouse.
Nikola kemudiannya menemui kaedah sinar-x apabila dia berjaya meng'x-ray' tangannya sendiri. Bagaimanapun, dia turut menerima kesan buruk akibat sinaran tersebut.
Selain itu, Nikola turut menemui kaedah penghantaran tenaga tanpa wayar. Penemuan itu berjaya diaplikasikan ke dalam sebuah bot mainan menggunakan teknologi alat kawalan jauh.
Malah, lebih daripada 250 paten telah berjaya dihasilkan oleh lelaki genius ini.
Ini termasuklah radar, spark plug, teknologi kereta elektrik, penjana elektrik di Niagara, radio, robot dan banyak lagi. Malah, teknologi telefon selular juga dikatakan hasil daripada teori Nikola.
Meskipun begitu, terdapat beberapa teknologi ciptaan Nikola tidak boleh diaplikasikan kerana mampu mendatangkan keburukan.
Antaranya, konsep 'Free Energy' yang dijana menerusi alam sekeliling dan dapat digunakan secara percuma diseluruh dunia melalui teknologi tanpa wayar. Ia terpaksa dimusnahkan kerana boleh menjejaskan sistem kewangan.
Begitu juga kertas kerja 'Death Ray' turut dijadikan bahan rahsia kerajaan kerana sebab-sebab tertentu yang boleh menggugat kehidupan manusia secara umumnya.
Kejayaan demi kejayaan berjaya dikecapi sehinggalah Nikola ditemui mati pada 7 Januari 1943 di Hotel New Yorker.
Selepas kematian saintis genius ini, semua harta serta kertas kerjanya disimpan kerajaan Amerika Syarikat.
Dan walaupun banyak teknologi hebat berjaya dibangunkan olehnya, sehingga kini tiada siapa yang mampu menjawab kenapa kisah Nikola Tesla 'disembunyikan' oleh dunia.
Sumber artikel:sentiasa panas
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon