PES 2017 : REVIEW




Baru-baru ini, KONAMI baharu saja memdedahkan informasi pertama mengenai PES 2017. Tetapi dengan hati sedih kami mengumumkan, ia boleh menjadi mimpi ngeri kepada peminat PES!
Peningkatan populariti siri permainan FIFA sememangnya tak dapat dinafikan. Bagaimanapun, KONAMI perlu ingat – PES masih mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Bagi peminat PES, mereka tak kisah jika menu utama permainan tersebut buruk.  Jika nama pemain bukanlah nama pemain sebenar.
Apa yang penting adalah grafik cantik dan gameplay yang lancar dan responsif.
Electronics Art Sports (pembangun permainan FIFA) sedar inilah sebab utama mengapa sebelum ini, ramai gamers lebih sukakan PES.
Jadi mereka memberikan nafas baru kepada siri permainan FIFA dengan penghasilan match engine yang baru pada konsol PlayStation 4. Hasilnya, FIFA kembali menjadi pilihan utama dalam kalangan gamers.
PES mengambil satu langkah ke belakang
Debut pertama PES dalam konsol generasi baru benar-benar mengecewakan kami.
Namun, ia semua berubah selepas KONAMI mengeluarkan PES 2016. PES 2016 berjaya menambat semula hati peminatnya kerana mempunyai grafik yang cantik dan lag yang minimum.
Semalam, KONAMI telah memperkenalkan PES 2017 secara rasmi. Menurut info yang didedahkan, KONAMI bakal menaik taraf kualiti gameplaypermainan tersebut, menjadikannya lebih kompleks.
Bagi kami, strategi KONAMI untuk PES 2017 bakal memberikan peminat PES satu sebab mengapa mereka perlu risau.
Tarikan terbaru
Menurut KONAMI, fokus utama tarikan PES 2017 adalah ‘keseronokan bermain menentang pemain lain’. ‘Keseronokan’ ini turut ditambah dengan 9 lagi ciri ‘baru’ dalam gameplay terbaru mereka.
Bagaimanapun hanya 6 daripadanya merupakan ciri baru. 3 lagi ciri – AI yang beradaptasi, grafik yang cantik dan gerakan semulajadi pemain – merupakan ciri lama yang sudah dialami peminat PES.
1. Real Touch
Dalam PES 2017, KONAMI ada memperkatakan tentang Control Reality – satu ciri baru yang membolehkan pemain menjangka aksi shooting, passing, dribbling yang lebih realistik.
Ia bermula dengan ciri Real Touch – di mana setiap pemain bakal mempunyai cara mengawal bola mereka yang unik dan tersendiri.
Dengan kata lain, anda boleh melihat perbezaan cara Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo mengawal bola. Pemain yang berbeza bakal memberi kesan berbeza kepada corak taktikal pasukan mereka.
2. Precise Pass
Ciri seterusnya adalah Precise Pass. Menurut KONAMI:
“Dengan menggabungkan ciri Real Touch dengan fizik bola yang sebenar, membuat hantaran adalah sejenis seni dalam PES 2017.”
“Banyak faktor mempengaruhi kelajuan dan ketepatan hantaran anda. Hantaran yang dibuat pada situasi dan masa yang terbaik akan menghasilkan trajektori yang sempurna.”
“Ini bakal memberikan kepuasan tinggi bila hantaran cantik berjaya dibuat.”

3. Goal Keeping
Aksi dan pergerakan penjaga gol juga bakal dikemaskini dalam PES 2017.
KONAMI telah berjanji akan meningkatkan kualiti aksi shot-stopper dengan lebih banyak gerakan baru yang membuatkan mereka lebih sukar dibolosi.
4. Total Team Control
Namun, ciri yang paling menarik dalam PES 2017 adalah Total Team Control. Melalui ciri ini, peminat PES boleh menyuruh pasukan mereka menyerang dan bertahan dengan serta-merta.
5. Advanced Instructions
Dalam Advanced Instructions pula, peminat PES boleh mengarahkan pemain mereka bermain mengikut taktik bola sepak yang mereka suka – contohnya tiki-taka, tight marking dan sebagainya.
6. Corner Kick Strategies
Seperti meniru ciri playbook FIFA, PES 2017 turut membenarkan pemain mengatur strategi sewaktu sepakan sudut dilakukan seperti man marking, zonal marking atau mixed marking.
Ketika menyerang sepakan sudut, PES 2017 juga membenarkan anda menentukan pemain mana berlari ke mana.

Siapa bakal hiasi cover PES 2017?
Pada tahun lepas Neymar telah menghiasi wajah cover PES 2016.
Dengan kontrak Lionel Messi yang bakal tamat pada tahun ini bersama EA, terdapat kemungkinan yang beliau bakal menjadi muka baru yang menghiasai cover PES 2017.
PES 2017: apa lagi yang kami tahu?
Seperti mahu mengulangi kecemerlangan grafik PES 2016, PES tahun ini juga bakal menggunakan Fox Engine.
Menurut KONAMI, pelbagai grafik akan ditambah baik termasuklah stadium, penonton, pemain dan tidak ketinggalan permukaan padang yang realistik.
“Tiada benda yang akan kelihatan sama. Kami mengubahsuai semua benda – dari model pemain, pencahayaan, padang dan stadium – tiada yang akan kelihatan sama. Permainan akan nampak seperti benar-benar hidup.”
“Setiap model pemain juga bakal diberikan pelbagai pergerakan yang baru. Mereka akan mempunyai personaliti yang tersendiri.”
Jim Beglin juga bakal kembali mengulas permainan anda. Kami rindukan suara beliau walau kami tahu, tak semua orang sukakannya.
Namun setelah melihat kandungan commentary yang acap kali ditambah baik saban tahun, kami menjangkakan anda akan mengubah pandangan anda mengenai Jim Beglin.
Harapan kami

Jangan bunuh personaliti PES yang asal!
Apabila PES 2017 beria-ia untuk menambah ciri-ciri baru yang hampir sama dengan siri permainan FIFA, kami khuatir ia akan terikut-ikut dengan identiti FIFA yang dikatakan lebih ‘realistik’.
Kami tak mahu gameplay yang rumit dari PES.
Jika PES 2017 telah diubah menjadi “FIFA” versi KONAMI, kami menjangkakan mereka bakal mengulangi kesilapan mereka ketika PES melakukan debut ke konsol Playstation 4 dan XBone pada tahun 2015.
Pada hemat kami, kekuatan utama PES adalah gameplay-nya yang mirip permainan arked bola sepak yang lebih direct.
Anda masih ingat cubaan PES untuk meniru FIFA Ultimate Team pada tahun lalu dengan melancarkan MyClub? Ia berakhir dengan cemuhan peminat PES dan FIFA.
Pelancaran
Kami menjangkakan PES 2017 bakal keluar di pasaran pada pertengahan bulan September 2016.
Ia adalah masa yang sama seperti tahun lepas, dimana KONAMI akan sempat mempunyai masa untuk melakukan kemaskini selepas jendela perpindahan musim panas 2016 nanti.

Pro Evolution Soccer 2017 bakal dilancarkan untuk pelantar PlayStation 4, XBOne dan juga PC (Steam).
Walaupun ramai pembangun permainan video telah beralih kepada konsol generasi baru, pengguna Xbox 360 dan PS3 masih boleh menikmati versi PES 2017 mereka sendiri.

Lebih info mengenai PES 2017 termasuklah demo gameplay sebenar bakal didedahkan pada Expo E3 bulan Jun 2016 nanti. Tunggu update dari kami!
sumber : semuanyabola.com


Previous
Next Post »