Melalui trailer terbaru yang dilancarkan semalam, FIFA 17 bakal dilengkapi dengan mod jalan cerita (story mode).
Trailer mod jalan cerita berkenaan mengisahkan tentang perjalanan Alex Hunter, pemain muda England yang baru berusia 17 tahun dari Clapham, London.
ame> Siapa Alex Hunter?
Alex Hunter, 17, pemain muda England yang juga merupakan cucu lagenda England, Jim Hunter.
Jim Hunter pernah menjaringkan 20 gol pada musim 1966/1967 (tidak diceritakan pula datuknya bermain untuk pasukan apa).
Sebagai pemain muda yang memikul reputasi lagenda datuknya, anda bertanggungjawab menentukan keputusan Alex Hunter di dalam dan di luar padang.
Ini bermakna dengan Alex Hunter sebagai avatar, anda boleh merasai kehidupan sebagai pemain muda bola sepak Premier League seperti:
1) bebas menentukan pasukan Premier League mana yang mahu anda masuk untuk memulakan karier. Anda akan diberikan target dan objektif untuk dicapai.
2) berjumpa dengan pengurus pasukan sebenar – Arsene Wenger, Jose Mourinho atau Pep Guardiola
3) berjumpa dengan ejen anda untuk mengurus gaji, kontrak, urusan pembelian rumah dan kereta anda
4) berjumpa dengan pemain sebenar di bilik persalinan
5) persembahan anda dinilai oleh pengurus dan diberi rating, Jika teruk rating anda, bersedialah untuk digugurkan ke bangku simpanan atau lebih teruk – ke skuad simpanan!
Setelah beraksi dalam sesebuah perlawanan, anda akan diberikan trait points untuk memperbaiki aspek teknikal, mental dan taktikal Alex Hunter.
Sebagai contoh, jika anda mahu Alex Hunter menjadi pemain laju, gunakantrait points anda untuk memperbaiki kelajuan beliau.
Jika anda mahu beliau menjadi the next Beckham, gunakan trait pointsuntuk memperbaiki crossing anda!
5) ditemu ramah wartawan selepas perlawanan. Salah pilih jawapan atau terlalu mengikut emosi, anda akan didenda oleh pengurus anda!
Berbeza dengan mod ‘Be A Pro’, mod jalan cerita dalam FIFA 17 akan dikenali sebagai ‘The Journey’. The Journey bakal memberikan anda pengalaman yang lebih terperinci mengenai perjalanan hidup seorang pemain bola sepak professional.
Lebih realistik
Dengan enjin grafik baru iaitu Frostbite, FIFA 17 nyata serius untuk menjadikan permainan ini serealistik yang boleh. Anda boleh lihat betapa terperincinya grafik mod jalan cerita FIFA 17 berbanding edisi sebelum ini.
Untuk menambah keaslian mod jalan cerita FIFA 17, EA Sports turut mengundang bintang-bintang bola sepak sebenar seperti Harry Kane, James Rodriguez, Marcus Rashford, Anthony Martial, Marco Reus dan Delle Alli untuk merakam pergerakan pemain dan menilai keaslian jalan cerita The Journey.(patut lah mahal harga fifa ni)
Untuk pengetahuan anda, plot jalan cerita The Journey ini diatur oleh Tom Watt – penyokong tegar Arsenal, personaliti BBC dan penulis autobiografi David Beckham, My Side.
Tarikh pelancaran
Seperti yang kami maklumkan dalam artikel terdahulu kami, FIFA 17 bakal dilancarkan untuk konsol PC, Xbox One, Xbox 360, Playstation 4 dan Playstation 3. Ia sah akan dilancarkan pada 29 September 2016.
Bagi peminat-peminat FIFA, anda sudah boleh mula menyimpan duit (raya)!
Sumber:semuanyabola.com
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon