Amazon Go: Cara Shopping Masa Hadapan



Sudah menjadi trend dimana setiap syarikat teknologi berlumba-lumba untuk memudahkan kaedah pembelian dan pembayaran. Apple lancarkan Apple Pay manakala Samsung hadir dengan Samsung Pay. Amazon selaku salah satu outlet barangan terbesar dunia pula muncul dengan sebuah lagi idea yang sangat fresh iaitu Amazon Go.


Melihat kepada idea Amazon Go, boleh saya katakan syarikat ini bakal mengubah cara anda membeli barangan runcit. Secara umumnya, Amazon Go merupakan sebuah store dimana anda boleh membeli pelbagai barang khususnya barangan runcit.
Apa yang membuatkan Amazon Go special adalah sistem pembayaran terbaru mereka. Pengguna cuma perlu ‘membeli dan belah’ tanpa perlu sebarang pembayaran di kaunter pembayaran. Ya, tidak ada cashier, self paid checkoutmahupun mesin scan barangan anda. Dari segi pembayaran pula, item yang diambil bakal dicas menggunakan kad kredit sejurus anda keluar daripada Amazon Go Store.
amazongointro4-780x523
Bagaimana Amazon melakukannya dan serta syarikat ingin mengawal stok barangan yang berkurang? Jawapannya ada pada teknologi yang baru sahaja dibangunkan Amazon iaitu ‘Just Walk Out Technology’.
Pengguna cuma perlu sahkan ID Amazon sewaktu memasuki Amazon Store dan seterusnya boleh mengambil barangan seperti biasa. Setiap barangan yang diambil bakal dimasukkan ke dalam inventori pembayaran akaun Amazon.

Previous
Next Post »