Punca Astro Kerap Ulang Siaran

Punca Astro Kerap Ulang Siaran



Hampir semua yang melanggan siaran televisyen berbayar ASTRO merungut kerana syarikat itu mengulang tayang program tv terlalu kerap sehingga merasakan caj bulanan yang dikenakan tidak berbaloi dengan servis yang diterima.

Semalam, seorang pelanggan Astro melahirkan rasa kecewa di laman Facebook tentang kenapa astro kerap ulang tayang siaran, dan luahan beliau  mendapat respon dari pihak Astro sendiri.

Punca Astro Kerap Ulang Siaran

- Memberi peluang kepada pelanggan untuk menonton sesuatu rancangan jika sedang menonton program lain pada waktu yang sama atau terikat dengan urusan peribadi. Jadi mengulang tayang membolehkan anda menontonnya kembali.

- Pihak Astro tidak mempunyai kuasa untuk mengawal jadual saluran antarabangsa seperti HBO, MAX, dan FOX Premium kerana saluran ini telah diselaraskan dengan beberapa negara di rantau Asia seperti Singapura, Hong Kong, dan Filipina. 

- Jika jadual diprogramkan berbeza dengan negara lain ia akan melibatkan kos yang tinggi dan bakal menjejaskan banyak pihak termasuk pelanggan Astro sendiri.


Tapi kalau tak diselaraskan pun caj bulanan tetap naik dan masih lagi sangkut2 kalau hujan. Kan?

sumber :nikhazmi.com
Previous
Next Post »