Punca Ringgit Malaysia Jatuh

Punca Ringgit Malaysia Jatuh

Image result for duit rm



Punca Ringgit Malaysia Jatuh. Kejatuhan nilai matawang menjadi perhatian sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Hari ini, 14 Ogos 2015, nilai ringgit RM4.08 kepada 1 USD. Ini menjadikan ia jumlah yang paling rendah dalam tempoh 17 tahun.

Ringgit jatuh mendadak daripada RM3.1415 untuk setiap dolar pada tahun lalu dan terus menunjukkan penurunan walaupun Perdana Menteri memberi jaminan untuk menanganinya. Tidak dinafikan pergolakkan politik tempatan merupakan antara penyumbang utama kejatuhan Ringgit Malaysia.

Punca Nilai Ringgit Malaysia Jatuh

1. Penurunan harga komoditi - Harga Komoditi seperti minyak, minyak sawit dan getah turun mendadak lebih-lebih lagi kerana Malaysia adalah pengeluar komoditi-komoditi tersebut.

2.  Kontroversi Najib Razak - Pada tahun ini Perdana Menteri Malaysia berhadapan dengan pelbagai kontroversi seperti isu 1MDB, SPRM, derma 2.6 billion yang masuk ke akaun peribadi beliau serta kes Altantuya yang tidak pernah selesai. Isu-isu berat seperti ini menimbulkan rasa kurang yakin pelabur terhadap negara ini.
3. China turunkan matawang Yuan - Tindakan kerajaan China menurunkan mata wang Yuan sekaligus menyebabkan kejatuhan mata wang negara ASEAN yang lain.

4. Pergolakkan politik tempatan -  Spekulasi politik yang keterlaluan menyebabkan sentimen yang tidak menentu terhadap pentadbiran negara. Ditambah dengan pertukaran menteri kabinet baru-baru ini turut menjadi faktor penyumbang kejatuhan ringgit.

5. Perpindahan Pelabur- Jangkaan bahawa Amerika Syarikat akan menaikkan kadar faedah membuatkan ramai pelabur di serata dunia memindahkan dana mereka ke dalam mata wang Amerika.
Previous
Next Post »