Samsung Gear S3 tiba buat pasaran Malaysia. Dengan harga permulaan RM1399, smartwatch ini dijangka bakal memberi saingan buat pengeluar smartwatch yang lain dengan keunikan yang ditampilkan.
Dua model yang diumumkan Samsung buat Gear S3 iaitu Gear S3 Classic dan Gear S3 Frontier. Gear S3 Classic menampilkan wajah yang lebih sporty dantrendy sesuai buat mereka yang berumur 20-an manakala Gear S3 Frontier lebih cocok buat individu yang mahukan gaya stylish tanpa meninggalkan features sukan.
Gear S3 Frontier
Gear S3 Classic
Apa yang membezakan Samsung Gear dengan wearable lain adalah penggunaan Tizen OS. Dalam erti kata lain, anda akan menerima interface danfeatures yang sedikit berbeza berbanding Android Wear yang sudah banyak di dalam pasaran.
Dari segi spesifikasi, Gear S3 dilengkapi dengan penggunaan Gorilla Glass SR serta penggunaan 768 MB RAM dan 4GB Storage. Penggunaan bateri yang lebih besar berbanding Gear S2 sebelum ini membolehkan Gear S3 bertahan selama 3-4 hari penggunaan.
Berdasarkan pengalaman kami menggunakan Samsung Gear S2, boleh dikatakan smartwatch ini beraksi dengan cemerlang tanpa sebarang masalah. Pertambahan jangka hayat bateri pada Gear S3 semestinya bonus buat pengguna.
Salah satu perubahan terbesar yang dilakukan Samsung pada Gear S3 adalah penggunaan material yang lebih premium dan berkualiti. Sama seperti Samsung S7 Edge, Samsung Gear S3 juga dilengkapi dengan IP68 water resistant membolehkan pengguna menggunakan smartwatch ini ketika bersukan di dalam air.
Buat pasaran Malaysia, dijangka kedua-dua model ini bakal mula dijual pada 8 Dismber 2016 ini denga harga permulaan RM1399.
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon