KUALA LUMPUR IBU NEGARA MALAYSIA!


1. PAVILLION

Pavillion sebuah shoping mall yang sangat besar dan moden di Jalan Bukit Bintang dan menempatkan lebih 400 lot kedai yang menjual baju high end dan juga kelas sederhana. Tarikan lain yang ada disini, sudah tentulah bilangan restoran dan kedai makan yang banyak boleh dikatakan setiap aras. Di aras 7 boleh dikatakan merupakan syurga bagi mereka yang suka makan. 


2. SOGO


Sogo merupakan sebuah lagi shopping mall yang menjual barangan, produk pakaian, kasut, handbag, dan aksesori wanita. Setiap kali hujung tahun, ketika Year End Sale, disini sememangnya penuh kerana baanyak tawaran yang menarik dan potongan harga yang hebat. Barangan disini juga kebanyakan kelas mampu milik dan lebih banyak tawaran.


3. CHOW KIT

Pasar Chow Kit merupakan sebuah pasar basah dan kering yang menjual pelbagai produk makanan, ikan, daging, sayuran, kerepek, buah, dan sebagainya. Walaupun ianya hanya sebuah pasar, tetapi sering menjadi kunjungan pelancong yang ingin merasai kelainan berada disini kerana para peniaga terdiri daripada bangsa melayu, cina dan india. Satu tempat menarik di Kuala Lumpur yang cukup muhibah.



4. JALAN MASJID INDIA

Jalan Masjid India merupakan syurga membeli pakaian, tudung, jam, beg, textsil dan kain ela. Rata-rata peniaga disini ialah dari bangsa India dan beada disini seolah-olah anda berada di Bollywood. Dengan alunan muzik india sebagai penyeri pasti memberi satu kelainan membeli disini.


5. KLCC

Siapa yang tidak kenal dengan menara yang pernah di labelkan negara tertinggi di dunia. Selain keindahan menara ini, terutamnya di waktu malam, disekelilingnya terdapat sebuah taman tasik buatan manusia dan shopping mall premium di bawahnya. Boleh dikatakan sebuah tempat menarik di Kuala Lumpur yang paling popular di kalangan warga Malaysia dan pelancongan asing.


6. MASJID NEGARA

Masjid yang menjadi mercu tanda negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang dibuka pada tahun 1965. Terletak berdekatan dengan satu lagi tarikan islam di Kuala Lumpur iaitu Muzium Kesenian Islam yang hanya 5minit berjalan kaki. Mempunyai senibina 60 an dan kubahnya yang berlipat memang lain daripada kubah bulat yang biasa kita lihat di masjid lain.


7. KAMPUNG BARU

Kampung Baru adalah destinasi makan yang sangat popular di Kuala Lumpur samada untuk makan tengah hari ataupun untuk makan malam. Disini terdapat banyak pilihan kedai makan yang menyediakan pelbagai menu makanan. Pada sebelah malamnya, Kampung Baru terkenal dengan medan ikan bakar ataupun masakan panas.


8. PLANETARIUM NEGARA

National Planetarium merupakan sebuah tempat yang menarik untuk pelajar dan kanak-knak untuk mempelajari lebih tentang ilmu alam, sistem solar, dan angkasa lepas. Kemasukan untuk  ke galeri yang menempatkan model berkaitan ilmu astronomi juga percuma. Tarikan utama ialah untuk ke ‘space theatre’ untuk menonton sebuah movie dokumentasi (berbayar) berkenaan dengan angkasa lepas.








Previous
Next Post »