SELAMAT DATANG KE NEGERI SELATAN, JOHOR DARUL TAKZIM.
1. Pulau Aur - tiada tandingan
Bagi golongan pencinta alam, keindahan latar hutan dan bukit sudah dianggap anugerah terindah. Apatah lagi kalau pemandangan itu digandingkan dengan pasir pantai memutih, air jernih dan formasi karang laut yang cantik.
Terletak kira-kira 76 kilometer (km) dari Bandar Mersing, Pulau Aur merupakan pulau yang paling jauh jaraknya dari tanah besar. Secara tidak langsung, pulau tersebut terhindar daripada pencemaran yang merosakkan persekitarannya. Tidak hairanlah jika dalam jarak dua batu nautika dari pantai pulau tersebut, terdapat kawasan yang diwartakan sebagai Taman Laut Johor.
Keletihan pengunjung yang merentas perjalanan dengan bot laju ke pulau selama dua jam setengah seakan-akan hilang sejurus disambut keindahan gaya hidup pulau di situ.
Air laut pulau yang membiru menyuntik rasa segar lantas mengajak pengunjung bermandi - manda. Pada masa yang sama, mereka boleh menghargai panorama bukit-bukau dan pulau - pulau kecil berhampiran. Semua itu mampu melenyapkan rasa bosan akibat menjalani kehidupan sibuk di kota.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp? y=2011&dt=0512&pub=Kosmo&sec=Horizon&pg=ho_03.htm#ixzz3t514N03B
2.Air Terjun Kota Tinggi
Bagi yang inginkan destinansi mandi - manda air terjun di Johor, salah satu yang popular ialah Air Terjun Kota Tinggi Resort yang terletak kira-kira 15 km di pekan Kota Tingi.
Secara ringkasnya, air terjun Kota Tinggi sangat sesuai dikunjungi bersama anak-anak kerana mempunyai kawasan air terjun yang landai dan terdapat pelbagai kemudahan asas serta gelongsor air buatan manusia.
Dengan adanya gelongsor sebegini baru lebih seronok nak mandi-manda di sini seperti di taman tema.Bagi yang ingin bermalam di sini juga terdapat sebuah resort (Kota Tinggi Waterfall Resort).
Antara tarikan di Air Terjun Kota Tinggi ialah air terjun yang terletak di kaki Gunung Muntahak ini juga seperti dikebanyakkan air terjun yang popular di tempat lain yang mempunyai kawasan mandi yang bertingkat-tingkat dan setiap tingkat mempunyai kelainan yang tersendiri.
3. Muzium Nenas
Secara umumnya, Muzium ini ditubuhkan bagi mempamerkan koleksi, sejarah dan maklumat mengenai industri nanas di Malaysia. Secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi kemajuan industri nanas dengan penghasilan produk nanas seperti jus nanas, kordial nanas, jem nenas dan pelbagai jenis lagi.
Permulaan anda masuk melalui pintu hadapan, anda akan terpukau, terpegun atau kaget melihat replika kepelbagaian jenis nanas yang terdapat di Malaysia. Dari sekecil-kecil nanas sehinggalah yang bersaiz besar. Nanas Sarawak adalah diantara nanas yang mempunyai saiz yang besar terdapat di Malaysia.
Antara pameran yang dapat dilihat adalah seperti kitaran pokok nanas. Kematangan pokok nanas yang sesuai untuk dipetik, kaedah pengurusan pokok nanas, peralatan-peralatan yang digunakan dan sebagainya.
Ini lah Baju yang diperbuat daripada benang Nenas.. Cantik kan ?
Bagi mereka yang menggemari buah nanas pasti teruja, gelojoh atau tidak sabar-sabar melihat sejarah tanaman ini. Jika anda datang ke sini jangan lupa bawa kamera. Banyak gambar menarik yang boleh anda rakamkan.
4. Pulau Rawa - Percayalah ini Pulau Malaysia
Antara pulau tercantik di Malaysia. Dahulunya adalah pulau persendirian atau dipanggil private island. Kini, menjadi salah satu destinansi pelancongan pilihan.
Pulau Rawa merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut China Selatan di pesisiran laut Johor, Malaysia. Pulau Rawa yang bersaiz kecil terletak kira-kira 16 kilometer diluar pesisiran laut Johor dan ianya terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi.
Pulau Rawa mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia menghadap kelaut lepas, menjadikan pantainya dilanda ombak yang menarik lumpur dari pasir pantainya.
Pulau Rawa yang dimiliki oleh keluarga Sultan Johor ini mempunyai dua buah resort peranginan yang mampu menyediakan fasiliti penginapan kepada pengunjung iaitu Rawa Island Resort dan resort yang lebih kecil Alang’s Rawa.
Pengunjung yang mahu menuju ke Pulau Rawa haruslah menaiki perkhidmatan bot laju dari jeti Mersing sebelum sampai ke pulau.
Wahhh...Disiapkan gelongsor air lagi
Sumber gambar : http://beritaviral.click/2015/09/23/5-foto-keindahan-pulau-rawa/
Kita sepatutnya berbangga kerana Malaysia juga mempunyai pulau - pulau yang indah seperti ini. Mungkin anda boleh bajet perbelanjaan jika ingin makan angin disini.
Siapa kata padi hanya ada di utara?
Tempat ini merupakan ladang eko beras organik yang pertama seumpamanya dan menerima pengiktirafan sebagai ladang beras organik di Malaysia. Dengan keluasan 260 ekar, ia dikelilingi oleh petak-petak sawah yang mana punca airnya datang dari Gunung Belumut dan masih terpelihara daripada pencemaran.
Ladang ini menawarka pelbagai aktiviti "hijau" dan lasak seperti memanjat gunung, Day & night jungle trekking, River trail, Bamboo rafting, Drum rafting, trek climbing dan mempelajari cara memanjak sawah, menangkap ikan serta menghasilkan kraf mengguna bahan semula jadi.
Menarik, pengunjung berpeluang di chalet terapung berkhemah di kawasan ladang dan jika ingin merasa suasana alam, boleh berkhemah di dalam hutan.
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon