TERENGGANU KITA

1. PASAR PAYANG

Ia merupakan tempat perniagaan tradisional yang popular dalam kalangan pelancong ke Terengganu.


Pasar Payang terdiri daripada bangunan kompleks 2 tingkat. Di bahagian bawahnya terdapat gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih-muih traditional negeri Terengganu. 


Di bahagian atas terdapat pelbagai kedai menjual pelbagai barangan. Ia terletak berhampiran dengan jeti Shabandar dan merupakan tempat persinggahan pelancong yang hendak menaiki bot ke pulau-pulau berhampiran.


Pasar Kedai Payang terletak di bandar Kuala TerengganuTerengganu betul-betul mengadap Laut China Selatan. Bangunan pasar ini dua tingkat terbahagi kepada dua jenis barang utama. 


Bahagian bawah menjual barangan dapur. Bazar Warisan pula terletak di sebelah pasar payang ini. Kompleks Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan premis perniagaan yang berdekatan menyebabkan persekitarannya sesak terutama pada hari Sabtu dan Ahad.


Sementara tingkat atas menjual pakaian terutama batik Terengganu dan songket tenunan Melayu.





2. PULAU PERHENTIAN

Pulau Perhentian sebenarnya terdiri daripada dua buah pulau yang indah iaitu Perhentian Besar dan Perhentian Kecil, yang terletak kira-kira 25 kilometer dari Kuala Besut dan berada di timur persisir pantai Semenanjung Malaysia.

Pulau-pulau tersebut bukan sahaja dipenuhi dengan keindahan alam semula jadi , tetapi juga memberi peluang kepada para pelancong untuk menikmati keindahan alam semulajadi tersebut dengan cara yang baru dan menyeronokkan.



3. MASJID KRISTAL

Masjid ni mula dibina pada tahun 2006 dan siap dua tahun berikutnya dan dibuka secara rasminya pada 8 Februari 2008. Ia dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. 


Masjid Kristal bukanlah diperbuat daripada kristal tetapi ia dibina daripada kaca dan terasnya keluli, dan nampak seperti kristal apabila berkilau-kilau disimbahi sinaran mentari. Pada waktu malam pula, masjid ini akan dilimpahi cahaya lampu yang bertukar-tukar warna dan kalo nak nikmati keindahannya boleh jugak nampak kalau lalu atas jambatan Sultan Mahmud tu. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa. 


Masjid ini juga merupakan masjid pintar pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan kemudahan  Wifi untuk membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan ini bagi mengakses internet untuk membaca al-Quran elektronik.



4. PULAU KAPAS

Pulau kapas terkenal dengan kecantikan pantai dan air lautnya yang jernih membolehkan sesiapa sahaja melihat ke dasarnya. Deretan pohon kelapa (pohon nyiur) dengan pasir pantai yang memutih mendatangkan suasana tenang dan semulajadi.

Selain daripada aktiviti menyelam, pengunjung juga boleh meluncur di atas air, berkayak, menaiki bot mengelilingi pulau, memancing atau berenang. Selain itu pengunjung juga boleh melihat beberapa jenis binatang, reptilia dan burung di pulau ini.






First