Penulis : Ida Anuar
Lala -the adventure
Lala menikmati minum petang,kuih keria yang dibuat mamanya memang sedap.Tetapi ada sesuatu yang tidak enak ,sejuk merayap di hujung kakinya dibawah meja.Lala menyingkap alas meja yang labuh menutup.
Dia terkejut melihat wajah seseorang tersengih memandangnya.Wajah seorang wanita tua yang sudah berkedut seribu.
Lala mengeleng,malas mahu melayan sesuatu yang memang susah hendak dilayan.
"Nenek kenapa?Nenek nak lala bantu nenek?"
Zaharah yang kebetulan lalu dihadapan pintu bilik Lala terdengar lala berbual.
"Susah lah nenek...jauh."Ujar Lala.
"Kenapa Lala?"Tanya Zaharah,dia memandang seluruh bilik Lala,dia tahu ada seseorang bersama anak gadisnya yang tidak mampu dia lihat.
"Nenek ni nak suruh Lala cari anak dia mama.Tapi menurut nenek ni anaknya jauh sangat."
"Hurm..tak mampu nak bantu tak apa lah,Lala cakap baik-baik ye."Zaharah keluar dari bilik Lala,terbit rasa seram dalam dirinya.Bila lah Lala akan menjadi normal macam orang lain juga.Tidak mahu kah anaknya itu menjadi manusia yang tidak melihat apa-apa.
"Maaf kan Lala nenek."Lala menangis,dia mahu menolong tapi kalau sudah sampai ke luar negara memang lah dia tak mampu.
Lala membawa dirinya duduk ditepi tasik,ralat rasa hatinya apabila dia tidak mampu menolong.Dia duduk memghadap tasik yang jernih airnya,mata nya melilau memandang persekitaran yang agak sunyi.
Di bawah pohon yang rendang dia melihat seorang gadis sedang duduk termenung sambil di perhatikan oleh seorang lelaki yang kelihatan agak lain.Di sekeliling lelaki itu seperti ada cahaya kunang-kunang mengiringi.
Lala menghampiri gadis tersebut.Lala memberi salam.Salam nya bersambut dengan senyuman.
"Hye saya Lala..."Dia hulur tangan.
"Saya June..."Tangan Lala di sambutnya.
"Saya tengok sahaja June dari tadi..termenung aje kenapa?"Lala mengerling lelaki yang berdiri tidak jauh dari mereka.
"Tidak ada apa-apa."Jawab June,ada nada sedih dalam suara June.
"Kamu putus cinta?"Tanya Lala,pandangan lelaki itu kepada June menceritakan apa yang ada dihati mereka.
"Bercinta dengan sesuatu yang tidak mampu kamu lihat?Yang tak mampu menyatukan dua hati menjadi satu?"Teka Lala.
June terkejut,anehnya gadis bernama Lala ini.
"Maaf....saya tidak faham."
"June..jangan pandang saya dengan perasaan aneh,percaya lah June boleh mempercayai saya.Insya allah."
"Kamu...siapa nama kamu?"Lala bercakap dengan seseorang.June memandang sekelilingnya,Lala bercakap dengan siapa?
"Owh Nadim..."
June terkejut,Nadim ada disini kah?Sejak kedatangan datuk Daud,memang dia tidak pernah lagi melihat Nadim sehinggalah dia bertunang.Walaupun tunangnya seiras Nadim tetapi manakan sama mereka berdua.Nadim tetap Nadim.
"Nadim kata..June jangan lah bersedih"
"Lala nampak Nadim?"Tanya June.
"Ya..saya nampak Nadim.Nadim sebahagiannya manusia tetapi dia tetap bukan jodoh kamu June."
"Cakap sahaja apa kamu mahu cakap,Nadim ada di sebelah kamu."
June menangis,berjuraian airmata di pipinya.
"June rindukan Nadim...sangat-sangat."Jun
"Nadim juga rindukan June..sangat-sangat."Ujar Lala bercakap bagi pihak Nadim.
"June Nadim kata...esok dia hendak pergi jauh,jauh dari June dan keluarganya.Dia akan mengikut Imam Salehudin ke mekah,mungkin akan terus menetap di sana."
June menangis,dia hanya mampu mengangguk.
Nadim menghulurkan sesuatu kepada Lala,sebentuk cincin merah batu delima berikat suasa.Pesan Nadim jaga pemberiannya sebaik mungkin.
Lala hulurkan June cincin tersebut.June mengambilnya dan membelek cincin tersebut.Sungguh hatinya cukup menderita.
"June...Nadim kata,terima lah kenyataan semuanya sudah berakhir."
June tidak menjawab dia hanya menangis dan terus menangis.Bahu June Lala peluk,dia harap June tenang!
Nadim sendiri tidak dapat menahan airmatanya,sungguh dia sayangkan June juga.
"Abang Nadim,jaga diri abang untuk keluarga abang,insya allah tidak dapat disini mungkin disana ada jodoh kita."
"June juga jaga diri June,jadi isteri yang baik untuk seorang suami."
Nadim hilang disebalik kabus yang memutih.Lala memandanh June,hebatnya cinta mereka berdua.
June bersandar di bahu Lala.Jika tiada Lala masa kan dia akan tahu di mana Nadim,ke maN Nadim akan pergi.
"June okey?"Tanya Lala.
June mengangguk
"Terima kasih Lala..kalau tak ada Lala pasti Nadim akan pergi tanpa pesan."
"Lala memang boleh nampak semua benda ke?"Tanya June.
Lala hanya tersenyum,dia sendiri sedang belajar untuk menutup matanya yang tidak berhijab.Hanya melihat mengikut kehendaknya sahaja.
"Kisah silam yang susah hendak diceritakan."
Kata Lala perlahan.
June tersenyum,mereka memang punya kisah silam yang berlainan tetapi alam menemukan mereka berdua.
Lala the adventure
Seorang nenek tua,yang kudung sebelah kakinya duduk berjuntai di atas tembok berhampiran tempat Lala duduk di pingir taman permainan.
Lala menghampiri nenek tersebut,sebelah wajahnya berlubang dan berulat.Bau busuk meruap-ruap,Lala terasa isi perutnya mengelodak , namun Lala cuba menahannya.Dari sebelah kaki nenek yang kudung kelihatan sesuatu seperti beluncas,menguit-nguit.Banyak pula menghurungi kaki tersebut.Hingga menutupi sebahagian kaki yang kudung.
"Nenek..."Tegur Lala.Perempuan tua itu menoleh,dengan rasa hairan.Hairan bagaimana Lala boleh melihat dia.
"Kenapa nenek bersedih?"Tanyanya.Dia menghulurkan tangan,tangannya bersambut tetapi tangan nenek tersebut menembusi tangannya,sejuk seperti ais.
"Bagaimana kamu mampu melihat aku?"Tanya dingin.Wajahnya di palingkan dari memandang Lala.
Sedar wajahnya buruk mengandung ulat mengembik.
"Kenapa nenek bersedih."
Nenek tunduk merenung rumput dihujung kakinya.Kaki yang terjuntai dibuai-buai menendang angin yang tidak kelihatan dimatanya.Air mata membasahi pipi tuanya.Allahuakhbar,Kenapa
"I tak suka emak you Nasir.Emak you membebankan i"Mya bersungut.Dia sudah jemu melayan emak mertuanya.Sudah lah nyanyuk,kaki kudung.Dia sudah penat.
"You bukan ada benda lain nak buat dekat rumah ni,tolong jaga emak i sahaja,bibik pun bantu you kan."
"I malu lah dengan kawan-kawan i,mak you nyanyuk,mengacau i.better you hantar emak you rumah orang tua."
Nasir terdiam.Dia tidak punya masa mahu menjaga emaknya,adik beradik lain juga tidak mahu.Dia terpaksa kerana dia anak lelaki sulong.
Pelahan-lahan nasir membuka pintu bilik emaknya.Bau busuk dan hancing meruap ke rongga hidungnya.Bibik pun tidak mahu membersihkan emaknya,nyanyuk emaknya semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.Sudah tidak terkawal.Dia terpaksa akur menghantar emaknya ke rumah kebajikan.Mya merasa seronok akhirnya dia boleh melakukan apa sahaja didalam rumahnya tanpa mata yang melihat.Akhirnya Nasir percayakan dia.
"Aku tak nyanyuk....aku tak nyayuk."Itu sahaja yang dikatakan Faridah sewaktu Nasir membawanya ke rumah kebajikan.
Bagaimana dia mahu mengatakan kepada Nasir perbuaatan menantunya.Sanggup membiarkan dia yang tidak berupaya ,melayan dia dengan buruk asalkan sifat tercelanya terlindung.
"Jadi nenek mahu Lala membantu nenek?"Lala bertanya.Tergamak seorang anak memperlakukan emaknya begitu.Lala mengelengkan kepala.
Lala berdiri menghadap bangunan pencakar langit,dia masuk ke dalam bangunan tersebut,sejuk.Disisinya nenek Faridah mengekorinya.Rindu benar orang tua itu dengan anaknya.Rindu yang tidak mampu di luahkan sehingga ke akhir hayatnya.
"Saya mahu berjumpa tuan Nasir."Lala menemui penyambut tetamu yang cantik manis.Lala tersenyum.Disisi wanita itu kelihatan bayangan seorang wanita berpaut pada lehernya.Patut lah cantik manis bergula!ada pemakai rupanya,sesuatu yang tidak molek.Jin yang menaikkan aura seri,tujuannya tidak baik.
"Siapa adik ni?Ada urusan apa mahu berjumpa saya."Tanya Nasir sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi dihadapan Nasir.
Lala menarik nafas panjang,mahu memulakan di mana pun dia tidak tahu.Berpandukan nenek Faridah Lala bercerita.Terlopong nasir mendengarnya.Kenapa dia tidak pernah tahu?
"Betul kah apa yang adik cakap?Kenapa Mya tidak pernah memberitahu,rumah kebajikan pun tidak ada menelefon saya."
"Masa tu abang berada di luar kawasan,jadi pihak kebajikan menelefon mya,mya sahaja yang tidak memberitahu abang.Dia menyuruh pihak kebajikan menguruskan semuanya."
"Allahuakhbar...kenapa mya tergamak melakukan itu semua."
"Saya tidak tahu tetapi emak abang ada bercerita sedikit tentang mya.Abang...saya minta maaf.Mungkin cerita emak abang ada benarnya."
"Cerita apa?"
Lala memandang kesisinya.Dia mengangguk.Nasir hairan dengan siapa Lala bercakap?Bagaimana Lala tahu semua kisah hidupnya dari kecil hingga dewasa.
"Adik bercakap dengan siapa?"Tanya Nasir lagi.
"Emak abang...."Jawab Lala.
"Emak?Emak abang ada disini?"
"Makcik Faridah kesusahan bang,dia perlukan doa anak-anaknya."
Nasir terdiam,sudah lah dia tidak tahu kematian emaknya,dan dia terlupa pula mendoakan emaknya.Solat sendiri pun dia terlupa.
"Saya nak ajak abang balik rumah sekarang,saya nak tunjukan sesuatu."
"Tunjukkan apa?"
"Saya hanya mahu jawapan iya atau tidak."Ujar Lala tegas!
Nasir teringin hendak tahu,apa yang hendak di tunjukan Lala.Dia membawa Lala ke rumahnya.Di garaj kelihatan kereta mya terparking.
Senyap-senyap Nasir masuk ke dalam rumah.Sunyi sepi sahaja.Lala duduk dihalaman rumah bersama makcik Faridah.
Dari dalam rumah Lala mendengar bunyi bising,seorang lelaki berlari keluar tanpa pakaiannya.Nasir menyeret Mya keluar dari rumah.Lala memerhati pergaduhan suami isteri itu.
"Nenek tidak pernah nyanyuk..nenek melihat semua perlakuan buruk Mya termasuk lah memberi Nasir makanan kotor supaya anak nya itu tunduk kepadanya dan dia bebas melakukan apa yang dia suka."
"Sampaikan kepada Nasir..nenek ampunkan salahnya kepada nenek."Nenek Faridah berlalu ke pintu pagar.Lalu menghilang.
Nasir terduduk di atas lantai,Mya sudah pergi darinya.Lala merasa kasihan!
"Abang bertaubat lah dan berubat lah.Emak abang sangat sayangkan abang,dia ampunkan segala dosa abang dan kembali lah abang ke pangkal jalan,"Kata Lala sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Nasir menangisi nasib dirinya.
Lala
"Nak turun tak?"Tanya mamanya.
"Tak nak lah Ma,Lala tunggu dalam kereta saja."Ujarnya malas dia mahu mengikut mamanya mencari barang di sebuah kedai menjual acessori wanita,apatah lagi dalam situasi dia begitu.
Sebelum mereka sampai ke pekan berhampiran tadi,mamanya terpaksa memusing ke hyway yang agak gelap kerana jalan utama ditutup untuk kerja pembaik pulih.Sewaktu mereka berada di hiwaydari jauh Lala melihat dua objek berwana oren kemerah-merahan terapung di udara.
"Eh!sejak bila ada lampu dekat situ?"Tanya Lala kepada puan Zaharah.
"Lampu hiway je tu."Ujar mamanya.
"Pelik benar lampu hiway tu ma?...Dua dan tinggi sangat."
Zaharah memandang ke arah lampu yang di katakan Lala.Ya lah,lampu itu sangat tinggi.Dan kedudukan satu tinggi , satu lagi rendah.
"Lampu ke macam tu ma?dekat tengah ladang kelapa sawit pula tu.Hiway jauh lagi ke depan."
"Lampu petronas agaknya."Zaharah cuba menyedapkan hati walaupun hatinya sekarang sedang libang libu.Sudah lah gelap gelita jalan ini.
Lala terus memerhati,semakin laju mamanya membawa kereta semakin laju pergerakan dua bebola itu.Seolah-olah menuju kepada mereka berdua.Mamanya sudah tentu tidak melihatnya lagi,dia tidak mahu menakutkan mamanya yang sedang memandu.Bebola itu semakin menghampiri kereta,dari tinggi semakin rendah seiring dengan kelajuan kereta mereka pula.
Dari bebola itu Lala dapat melihat bentuk seperti kepala manusia dengan isi perut berjuraian.
Kepala berlumuran darah itu seolah-olah mengiringi mereka berdua.Allahuakhbar,Lala menutup mata.Tidak sanggup dia melihat mahluk iblis itu.
Di sebabkan itu Lala tidak mahu menyertai mamanya ke kedai,lebih baik dia duduk sahaja di dalam kereta.Lagi pun mamanya tidak lah lama sangat.
Puan Zaharah meletak kan keretanya berhadapan dengan bangunan 15 tingkat.Lala dapat melihat dengan jelas bangunan tersebut cukup terang benderang.Dia memandang,terlihat di layar matanya imej seorang wanita berjalan di koridor tingkat paling atas.
"Buat apa lah naik sampai ke atas?"Bisik hati kecil lala.Wanita tersebut memakai gaun berwarna hitam,jika tidak silap pandangan mata Lala.
Wanita misteri itu terus berjalan hingga ke hujung bangunan yang paling hampir dengan Lala,kemudian dia termenung di koridor.
Tiba-tiba wanita itu memanjat tembok berdiri sekejap sebelum melayang ke bawah.Allah!Lala mengucap panjang.Wanita itu jatuh betul-betul di hadapan matanya.
Kaki nya terkepak hingga terburai isi perutnya melalui celah kelangkang.kepalanya terbelah dua menampakan otak yang bersepai.Bau hanyir darah meruap.Lala keluar dari kereta,dia termuntah di aspal jalan.Lala sempat menjeling wanita yang sudah berkecai hampir 70 peratus tubuhnya,bangun dan berjalan menuju ke arahnya.Tangan wanita itu dihulurkan kepadanya,seolah-olah mahu dia membantu.Lala memejamkan mata!Ngeri.
Sebaik sahaja dia membuka mata bayangan wanita itu hilang.Lala mendongak ke atas bangunan itu sekali lagi.Dan sekali lagi bayangan wanita itu melayang turun seperti situasi tadi.Ia berulang pada detik yang sama.Lala kehairanan,berulang kah perkara itu setiap masa?Kenapa?Apa yang tidak sempurna.
Esoknya tanpa pengetahuan emaknya Lala pergi ke bangunan itu sekali lagi.Dia menemui pengawal keselamatan yang berada di pondok pengawal.
"Pakcik..."Panggil Lala.Ketika Pakcik itu menoleh,kelibat wanita yang di lihatnya malam tadi berada berhampiran pakcik tersebut.Lala agak terkejut.Tidak jadi Lala mahu bertanya.
"Tolong aku...."Mulut yang sudah herot itu bersuara,berdesis tetapi Lala masih mampu memahami.
"Pakcik...maaf saya mahu bertanya.Anak pakcik bernama Nozie bukan?"Lain yang mahu di tanya Lala ketika di rumah lain pula yang terucap di bibir Lala ketika itu sebaik sahaja bayangan wanita itu berada didepan matanya.Mungkin ini lah sebabnya.
"Nozie anak aku tu dah lama mati."Jawabnya tanpa memandang wajah Lala.Ada rasa sedih pada nada suaranya.
"Bunuh diri pakcik?"Tanya Lala lagi.
"Heboh satu malaysia dia bunuh diri,betul lah dia bunun diri."Jawabnya.
"Yang kau ni sibuk-sibuk bertanya kenapa?"Hairan pula dia melihat Lala.Tak pernah pula dia tahu Nozie ada kawan.Nozie anaknya pesakit mental masa kan dia punya sahabat di mana-mana.Sejak Nozie sakit,tidak diketahui puncanya anaknya hanya berkurung di dalam bilik selama berbulan-bulan.
"Pakcik nanti balik,cari kotak kasut di bawah katil Nozie."Ujar Lala.Rahmat hanya diam,aneh betul budak perempuan itu.
Lala berlalu.
"Amanah kau aku dah sampaikan,kau memang pesakit mental ke?"
"Bukan?Habis tadi bapa kau cakap."
Aiman nekad,Nozie tidak sama seperti wanita lain yang dia idamkan selama ini.Nozie terlalu sukar hendak ditundukkan.Tidak kira lah jika berdosa pun,dia nekad mengenakan nozie dengan minyak dagu.Asalkan hatinya puas.Memang nozie melekat sahaja dengan dia,tetapi tanpa pengetahuan Aiman nozie mula berhalusinasi.
Setiap saat...nozie melihat bayangan seorang wanita yang cair dagunya datang mencari dia,menganggu lenanya.Wanita itu sentiasa dekat dengan dirinya,menjilat dan mencium seluruh badanyanya sehingga badannya berbau hanyir.Nozie tidak berupaya memberitahu sesiapa apa yang berlaku kepada dirinya,teman lelakinya Aiman pula tiada disisinya untuk mengadu.Dia hanya berupaya mencoret semua itu di dalam buku nota kecilnya,atas apa setiap yang dia rasa.Sehingga dia rasa aiman telah menggunakan sihir ke atasnya.Nota itu pula tak mampu dia beri kepada ayahnya sebaliknya dia sorok kan di dalam kotak kasut di bawah katilnya.Sehingga suatu hari,Nozie di pimpin wanita itu naik ke atas bangunan ini,lalu menghasut dia supaya terjun.Dia cuba membantah tetapi ternyata imannya senipis kulit bawang,iblis itu lebih berkuasa ke atas batang tubuhnya.
Rahmat memandang nota kecil yang penuh berconteng dengan lukisan dan huruf yang sukar di baca.Terpaksa pula dia menelaah dan membaca satu persatu.Menitik air matanya apabila dia mengetahui anaknya itu sebenarnya sakit kerana dibuat orang lain.Aiman...lelaki itu bukan orang lain.Anak sahabat baiknya sendiri.Tergamak Aiman mengenaka sihir kepada Nozie sehingga anaknya mati.Memang patut lah Aiman menderita sekarang,sejak kematian Nozie.
Lala melihat Aiman,setelah Pakcik Rahmat menunjukan dia rumah lelaki itu.Ternyata Aiman memang sakit akibat dari perbuatannya sendiri disisi aiman nozie sentiasa ada melihat lelaki itu di seksa oleh wanita yang sudah di ambil minyak dari dagunya.Wanita itu memalu tubuh Aiman dengan belati,Aiman dipaksa memakan najis nya sendiri.Terjerit-jerit lah lelaki itu menolak,sedangkan hakikatnya dia kelihatan rela bergelumang bermain dengan najisnya sendiri.Nozie hanya berdiri di satu sudut melihat Aiman terseksa.Hatinya sayu...kerana lelaki itu dia turut menderita.-Ida Anuar
Lala the new adventure.
"Mama..boleh tak kalau hari ni Lala nak ke sprint test tu."
"Malam-malam macam ni?"Tanya Zaharah
"Apa salahnya ma,sekejap sahaja."
"Tak takut?"Tanya Zaharah lagi.
"Insya Allah tak,pergi dengan Irshad dan Wati.Boleh ye ma."
"Baik lah tapi lala jangan buat yang bukan-bukan."Pesan Zaharah.
"Baik,lala faham.Sayang mama."Lala memeluk puan Zaharah.
Irshad dan Wati berjalan mendahului Lala,tertinggal dia dibelakang ,matanya asyik melihat motorsikal tidak berangka.Dia terhenti pada pit stop no 7.Sekumpulan anak muda asyik membelek motorsikal yang kelihatan togel sahaja.Tayar pun kecil,enjinnya lagi lah kecil ,tak ada tempat duduk tetapi bunyinya punya lah bingit.
Lala terpandangkan seorang remaja lelaki berambut perang yang duduk termenung melihat rakan-rakannya yang lain.Dia memgampu tangannya yang kelihatan lemah tidak berfungsi.Bibirnya terbelah daripada bawah hidung sehingga ke bawah dagu menampak gusi dan giginya.Bajunya terkoyak pada tangan yang diampu.Lala menutup mata!Pandangan itu memang mengerikan bagi dia.Kenapa budak lelaki itu.Tiba-tiba dia meletakkan tangannya di atas tanah.Allahhuakhbar patut lah dia mengampu tangannya,rupanya tangan itu terputus dari bahunya.
"Lala cepat lah,nak start dah ."Panggil Wati.
'Okey..okey.."Lala berlari mendapat Irshad dan Wati.Mereka berdiri di atas bukit,agak jauh dari trek perlumbaan.Ketik itu tiba-tiba sahaja budak lelaki berambut perang itu datang dan duduk disebelahnya.Bau hanyir darah cukup menyusuk hidungnya.Tangan yang terputus dipegangnya erat.
"Kenapa?"Lala berbisik,bimbang orang memandangnya serong bercakap bersendirian.
Lala memandang sekumpulan anak muda yang memakain pakai bertulis Tower Racing.
"Owh itu geng kau ye?"
"Kau ni meninggal masa merempit ke?"
"Owh bukan habis?"
"Masa setting motor kawan kau ya."
"Kesian kau dik...apa yang akak boleh bantu kau dik."Lala bertanya.
Dia mendengar cerita budak lelaki yang putus tangannya itu tekun,mengangguk dan mengeleng.
"Baik lah akakakan minta kawan kamu tolong kamu."
ucap Lala perlahan.
"Wei lala,kau ni tak habis-habis bercakap seorang."Tegur Irshad.Wati yang memang mengetahui perihal lala menyiku lengan Irshad.Bercakap ikut sedap mulut sahaja.
"Korang tunggu aku dekat sini,aku nak jump orang kejap."Kata Lala lalu dia bangu meninggalkan Irshad dan wati.
"Dik..."Lala menegur budak lelaki yang memakai baju berwarna hitam bertulis Tower Racing.
Budak itu berpaling kepadanya dan memandang dia dengan pandangan yang cukup aneh.Seorang wanita cantik menegur dia yang comot bermain minyak hitam!Itu yang dia terkejut.
"Adik ni nama Fir ke?Tanya Lala.
"Ya saya Fir."Jawabnya,hebat mana perempuan ini tahu namanya.
"Boleh tak kita berbual jauh sikit dari sini..bising lah.Saya nak sampaikan pesanan sikit."Kata Lala.
"Boleh,boleh jom kita duduk dekat bawah khemah tu."Ajak Fir.
Lala diam sewaktu mereka sudah duduk dibawah khemah.
"Kenapa ye kak nak jumpa saya?Nak cakap apa ye?"Tanya Fir.
"Owh..maaf.Kamu kawan arwah Mat."
"Arwah Mat?Aah ya akak...kenapa?Akak ni kawan mat ke?Tak tahu pula saya dia ada kawan macam akak."Lala tersenyum mendengar kata-kata Fir.
Kalau dia kata dia baru berkawan sekejap ni sahaja mahu kah Fir percaya kepadanya?Sudah tentu lah dia di cop gila.
"Kami kawan dah lama,banyak hal dia ceritakan pada akak."Kata lala sambil tersenyum.Dia menjeling Mat yang berdiri disebelah Fir.
"Mat sangjung sangat Fir sebab fir banyak tolong dia ye."
"Pertolongan biasa kak...iklas saya menjadi sahabatnya."
"Bagus Fir tapi Mat kata dia bersalah pada Fir."
"Eh kenapa pula,mana ada Mat buat salah dengan saya."Kata Fir terkejut dia mendengarnya.
"Tu kakai fir kenapa tempang?"Tanya Lala.
"Owh biasalah kak dulu saya rider sekarang saya pomen je lepas kemalangan dekat litar 2 tahun lepas.Motorsikal saya jem tiba-tiba."Jawab Fir.
"Check tak masa tu?"Tanya Lala.
"Minyak hitam bocor kak..biasalah masalah teknikal,mungkin terlepas pandang."
"Fir tahu tak Mat sengaja sabotaj Fir."Kata Lala.
Tekejut Fir mendengar kata-kata Lala.Mustahil,Fir itu kan kawan nya kenapa hendak sabotaj dia pula.
"Lepas fir kemalangan , mat yang jadi rider kan?"Tanya Lala lagi.
"Ya betul hanya dia yang terbaik selepas saya.tapu kenapa pula dia nak sabotaj saya?"
"Hasad dengki Fir,mahu lebih tidak mahu kurang."
"Mustahil mat bukan macam tu kak..dia baik."
"Fir...Mat baik atau tidak akak tak tahu tetapi akak hanya menjadi perantaraan Fir dan Mat.Mat minta maaf kerana menyebabkan fir hilang semangat hidup bertahun sebab kecacatan fizikal yang Fir alami.Dia sabotaj motor Fir,di sengaja mahu motor itu jem masa perlumbaan.Mujur Fir tak mati tetapu mat mati dalam perlumbaannya.Mungkin itu balasannya."
"Mana akak tahu semua cerita ni?"Tanya Fir.
"Apa pun Fir..mat hanya mahu Fir maafkan dia!dia tidak sempat meminta maaf pada Fir ketika hayatnya,jadi dia datang ketika kematian sudah menjemputnya."
"Maksud akak,mat jadi hantu?"Meremang bulu roma Fir tiba-tiba.Secara tiba-tiba juga sekali lalu hidungnya terbau hanyir darah.
"Mat sentiasa ada,dia mahu bercakap dengan Fir tapi dia tak berupaya.Percaya tak kalau akak cakap mat datang dengan menjinjit tangannya yang telah terputus,dengan mulut tersayat,terkopak."
Lala tersenyum memandang Fir,Fir memandang kekiri dan ke kanan.
"Dia dibelakang Fir."
Pantas Fir menoleh tetapi tiada sesiapa.Bulu romanya tegak berdiri!
"Fir maaf kan mat ye?"
Fir mengusap tengkuknya yang sudah mengembang , seram pula dia.Gambaran tentang Mat memang benar.memang Masa mat meninggal dunia,tangan ya terputus dan mulutnya terbelah,jadi kakak dihadapannya boleh melihat roh atau hantu?
"Fir maafkan Mat tak?"tanya Lala.
"Benda dah jadi kak,tak boleh nak ulang lagi.Tak apa lah saya iklas,saya maafkan Mat.Saya tetap anggap mat sahabat saya dunia akhirat."Ujar Fir.
"Mat kata terima kasih, mat pesan...tolong jaga amanah yang dia tinggalkan baik-baik."
"Maksudnya..."Tanya Fir.
"Bukan kah bekas tunangan nya menjadi tunang Fir sekarang,jadi dia berpesan Fir jaga tunang Fir baik-baik."
Lala meninggalkan Fir yang terdiam tidak bersuara.Mungkin aneh tetapi itu lah kenyataannya.Mat bersalah, mat datang memohon ampun dan dia sebagai sahabat dengan iklas memberi keampunan supaya tenang roh mat disana.Fir menandaha tangan,dia bersedekah setakat mampu walaupun hanya sepotong al fatihah.
Lala-the new adventure.
Razif sengaja membawa Lala dan Zaharah kali ini,selalunya jika dia terpaksa bekerja diluar memang tidak pernah dia membawa anak dan isterinya.Tetapi kali ini dia mahu Lala membantunya pula.
"Abang kenapa mahu mempergunakan Lala pula?"
Geram pula Zaharah apabila Lala diminta membantu Razif.Sudah beberapa bula projek lebuhraya syarikatnya tergendala hanya kerana satu jambatan yang merentasi sebuah sungai kecil mengalami masalah.Pening kepalanya apabila jambatan yang sudah siap mendap tiba-tiba sahaja tanpa sebab yang kukuh.Terpaksa pula mereka pecahkan konkrit kembali.Di situ sahaja dia sudah kerugian berjuta ringgit.
"Abang tak ada niat begitu tapi staf abang dekat situ selalu bercakap pasal kelibat seorang wanita tua yang menganggu mereka bekerja."
"Abang nak minta sangat Lala menolong abang kali ni sahaja."
Pinta Razif.Zaharah terdiam.
Lala diam tanpa kata-kata,telinga dan matanya sahaja disitu tetapi akal fikirannya melayang dia melihat kelibat seorang lelaki berdiri di tepi kolam,merenung ke dasar kolam.
"Apa papa cakap..."Lala menoleh ke arah Razif apabila kelibat lelaki itu seakan-akan memecah menjadi puing-puing halus lalu hilang ditelan udara.
"Papa nak bawa Lala ke site kalau Lala boleh bantu papa."
"Dekat mana?"Tanya Lala.
"Port Dickson..."Jawab Razif.
Lala mengangguk!Papa perlukan bantuan dia,tiada salahnya dia membantu.
Lala tidur di sepanjang perjalanan.Sebaik sahaja mereka berhenti makan disebuah kedai makan yang menghidangkan makan tengahari,baru lah Lala terjaga.Tetapi dia hanya terkaku di dalam kereta.
"Kenapa Lala...."
"Kita makan tempat lain ma..."Pinta Lala.
"Kenapa?"Tanya Razif.
"Kita makan tempat yang lebih elok pa..please."
Razif tanpa banyak bicara hanya mengikut sahaja kehendak Lala."
Lala memandang ke arah kedai makan tersebut,tidak lah terlalu ramai pengunjungnya,tetapi bukan itu yang mustahaknya...apa yang dia lihat itu yang penting.
Bayangan seorang wanita selekeh mengutip sisa makanan di bawah meja lalu diletakkan kembali ke dalam pinggan pelanggan itu yang melemaskannya.Kalau pun mahu kedai maju,jangan lah bersahabat dengan syaitan,orang lain memang tidak melihat perbuatan wanita itu tetapi dia melihat,mustahil untuk dia masuk dan duduk makan di situ.Sebelum mereka berlalu,wanita itu merenung tajam ke arah Lala dia tiba-tiba mengeluarkan lidahnya yang panjang lalu mencicahkan lidah tersebut di dalam bekas makanan pelanggan.Lala terasa ingin muntah,perutnya sebu tiba-tiba.Apatah lagi pelanggan itu selamba sahaja makan makanan yang telah menjadi sisa mahluk itu.
Lala di bawa melihat tapak projek,jambatan itu masih terbengkalai tidak dapat di teruskan.Beberapa orang pekerja indonesia hanya duduk sahaja melihat.Menanti arahan.Lala memandang persekitaran,tiada apa yang aneh tetapi kemudian matanya terhenti pada kawasan hutan.Hurm...patut lah.Lala bergumam.
Bukan yang islam tinggal disitu!Mereka ada perkampungan mereka sendiri.Laluan mereka ditutup memang lah mereka marah.
"Tempat orang kalau diceroboh,lagikan mereka marah,apatah lagi tempat yang kita tidak mampu lihat.Sama sahaja situasinya."Kata Lala.
Razif terdiam,terlupa pula dia perkara yang satu itu.
"Kena lah beri mereka laluan juga,sama seperti kita mahu laluan"Ujar Lala lagi.
"Habis apa ikhtiar papa?"
"Bapak harus melakukan korban,jika tidak jambatan ini tidak mungkin siap."
Seorang pekerja indonesia bersuara.Lala memandang lelaki itu.Dia mengeleng,begitu kah caranya berunding dengan sesuatu yang ghaib,mengikut kehendak mereka sahaja.
"Saya tahu apa mahu buat bapak,serahkan sahaja kepada saya."Katanya lagi.
"Lala tidak dapat membantu pa,lala cuma mampu melihat apa yang tidak kena.Cuma Lala berharap tiada sesuatu yang khurafat berlaku disini,jangan bersubahat pa."
"Apa yang kamu mahu buat Yanto."Tanya Razif.
"Semahan darah kambing hitam..."Laju sahaja lelaki itu menjawab.Lala sudah mengeleng.
"Pasti ada ustaz yang boleh membantu pa..cari dulu.Jangan diikut kata-kata syaitan."Lala membantah,berubah wajah lelaki bernama yanto itu.
"Okey nanti papa minta yang dekat-dekat sini mencari ustaz."Putus Razif,Lala tersenyum.
Dia melihat lelaki bernama yanto itu pergi,di belakang lelaki itu sesuatu enak berdukung...seperti kanak-kanak berdukung di belakang.Ya!Kanak-kanak itu merenung nya tajam...dengan telinga tajam,mata bundar dan hitam...ada sisa darah meleleh dibibirnya.Yanto!lelaki indonesia itu mana mungkin menyeberang lautan jika tiada isinya!

Lala - the new adventure
Lala mengejar bayangan wanita berambut panjang,berbaju ceongsam merah yang berdiri dihadapan pintu pagar rumahnya.
"Kakak...kakak..."Panggil Lala.Payung unggu yang di pegangnya hampir terbang ditiup angin yang meribut.
Lala hampa,kakak itu telah pun hilang di sebalik rimbunan pohon mempelam berhampiran rumah uncle Cheong.
Lala masuk ke dalam rumah semula,habis lukus bajunya dek hujan.Zaharah yang melihat Lala kebasahan segera mengambil kain tuala lalu diberinya kepadanya.Mengeleng Zaharah melihat telatah Lala,apa sahaja yang di kejarnya didalam hujan.
"Buat apa bekerjaran dalam hujan Lala..."Tanya Zaharah.
"Ada kakak datang ma.."Jawab Lala.
"Kakak mana pula..."
"Entah kakak tu pakai baju ceongsam merah,Hilang berhampiran pokok mangga uncle cheong."
"Uncle Cheong?"Tanya Zaharah.
Dia meninggalkan Lala bersendirian,di dalam kepalanya Zaharah terfikirkan tentang lelaki tua yang tinggal seorang diri itu.Ada yang tidak kena kah?Setahu dia kalau Lala mula bersikap aneh pasti ada sesuatu terjadi.
Zaharah mendapatkan Razif yang sedang membaca buku di dalam biliknya.
"Lala berkelakuan aneh sekali lagi bang."Ujar Zaharah.
"Adalah tu yang dia lihat."
"Kali ni Uncle cheong pula."
"Eh bukan Uncle Cheong ke singapore melawat anak nya ke?"
"Saya tak tahu tapi yang Lala nampak perempuan pula."
"Mustahil anak nye balik sini pula.Anak perempuan uncle cheong mana pernah balik sini."
Zaharah dan razif terdiam.
Lala sudah bersiap,terasa segar badannya selepas mandi.Dia turun ke bawah mahu mencari makanan didapur.Ketika dia berdiri di sinki,dia terpandangkan seorang wanita cina berdiri di tepi pagar berhampiran pintu belakang.
Lala menjerit memanggil wanita tersebut supaya berteduh dirumahnya dahulu.Tetapi wanita itu hanya diam tanpa suara.Lala sedar dia bercakap dengan sesuatu bukan seseorang.
Apa masalah wanita itu agaknya,tidak mahu pula menghampiri dia.Apa pun urusan wanita itu jika tidak bercakap dengannya memang dia tidak mampu membantu.
Lala naik kembali ke atas,dia memikirkan wanita tersebut pada setiap langkah kakinya.Sebaik sahaja dia membuka pintu biliknya,dia terkejut apabila mendapati wanita itu telah berada didalam biliknya.
"Siapa nama kakak?"Lala bertanya.Wanita itu kelihatan pucat sahaja,tidak berdarah.Ada kesan kelar dikedua belah tangannya.Kes bunuh diri kah?
"Kak Nancy anak Uncle Cheong?Bukan kah uncle cheong pergi ke rumah kakak?"
"Apa?Uncle cheong tak ke sana habis dia ke mana?"
"Owh jadi apa saya boleh bantu?"
"Suruh uncle cheong ke rumah kakak?Kenapa?Dalam bilik air?Dibunuh?Tapi...tangan kakak menunjukan kakak bunuh diri."
"Berhenti Sain,tolong lepaskan saya...saya tak bersalah."Nancy merayu.
"Kau patut mati..."Sain menyeret Nancy ke dalam bilik air.Nancy cuba melepaskan dirinya,dia bergelut dengan Sain,rantai yang di pakai Sain tercabut ditariknya lalu terjatuh di atas lain.
"Aku mahu duit..hanya dengan kematian engkau sahaja aku boleh menuntut duit insuran satu juta itu."Sain ketawa.Itu lah tujuan nya membelikan nancy insuran yang banyak.Perniagaannya sudah hampir muflis,dia perlukan duit untuk membayar hutang.
Kepala nancy dia ketuk dengan pasu bunga,nancy pengsan.Lali Sain mengheret Nancy ke dalam bilik air.diletak kan di dalam tab mandi.Kedua urat nadi Nancy di kelarnya dengan pisau..darah membanjiri.Dia mahu nancy mati secara perlahan-lahan.
"Bagaimana saya mahu memberitahu uncle cheong?"Lala berjeda.Apa akal dia mahu memberitahu uncle cheong tentang kematian nancy,mayat nancy masih berada didalam rumah itu,tanpa sesiapa pun yang tahu.Dia mahu urusannya disegerakan.
Lala pergi kerumah Uncle cheong,dia menekan loceng pintu rumah lelaki itu,seorang wanita membuka pintu rumah tersebut.Barangkali orang gaji,Lala disuruh duduk sementara dia memanggil uncle cheong.Dia tiada cara mahu memberitahu uncle cheong kecuali hanya dengan satu cara.
Lala menahan nafasnya,dia membiarkan fikiran nya kosong.Dia duduk tegak di atas kerusi.Lala membiarkan Nancy menguasai jasadnya!Tindakan berani Lala membiarkan roh menguasai jasad,merasuki mindanya..
"Papa..."Cheong terkejut,gadis dihadapannya bukan nancy tetapi suara itu milik nancy.Gadis itu kelihatan seperti di rasuk sahaja.
Mereka kemudian bercakap dalam bahasa cina sebelum uncle cheong memegang dadanya dan memanggil orang gajinya.Lala pula pengsan di atas sofa.
Zaharah yang memang mengetahui Lala ke rumah uncle cheong tertinjau-tinjau kelibat anaknya itu,penat menunggu Zaharah segera ke rumah lelaki itu,dia bimbangkan lala.
Sebaik sahaja sampai dia melihat Lala pengsan di atas Sofa manakala orang gaji Uncle Cheong sedang memberi lelaki itu ubat.Apabila keadaan tenang,Zaharah cuba mengejutkan Lala pula tetapi Lala memang tidak sedar langsung.
"Mana Razif...Gua mahu minta tolong Razif hantar gua ke airport."Uncle Cheong bersuara lemah.
"Kenapa uncle?"
"Gua mahu cari nancy...nancy sudah mati."Lelaki itu menangis teresak-esak.
Zaharah terdiam,betul lah kata lala,nancy dalam kesusahan tetapi kenapa dengan Lala,tidak pernah anaknya pengsan begini.
"Lu jangan risau,anak lu cuma tidur kepenatan.Lu kena jaga anak lu,jangan bagi roh masuk badan dia..lain kali,dia bukan kuat sangat.dia cuma berani sahaja."
Zaharah terkejut!Lala membiarkan dirinya dirasuk?
Allahuakhbar!

sumber : FB kalimah paranormal team x
penulis ida anuar -
kepada yang copy tu hrgai lah usaha penulis ,slepa copy tu kenalkan kah penulis
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon