Aku mengusap perutku sambil membaca Al-Fatihah. Dalam hati ini berbisik..
“Fatihah ini mama hadiahkan untuk kamu” satu tendangan kecil diperutku menyentuh tapak tangan. Sudah 5 bulan kandunganku. Perut tak lah sebesar mana. Bayi baru pandai menendang. Aku teruja mengandungkan anak ini. Ini anak sulung kami.
“Belum tidur lagi?” suamiku menghampiri aku yang masih melunjurkan kaki diatas tilam katil. Aku tersenyum manis sambil mengeleng. Suami menarik kepalaku untuk direbahkan dibahunya. Tangan kiri suami menyokong badan ku yang semakin berat dan tangan kanannya mengusap perutku lembut.
“Tadi kan bang, Ja jumpa kawan lama. Dia pandang Ja dari atas sampai bawah. Mata dia, tajam sangat. Takut ,Ja!” kataku memulai cerita. Memang sebegitu rutin kami, sebelum tidur, bercerita dulu apa yang berlaku di siang harinya.
“Kenapa dia tengok macam tu? Tak kan berkenan ngan Ja. Dia perempuan kan?” respon suamiku.
“Itulah. Muka dia kusam sangat. Dengan pandangan mata dia yang menakutkan tu. Lama juga kitorang dok sembang ngan dia. Paling seram, dia cakap mak dia ada saka. Dia cerita bagaimana saka tu menghantui rumah mereka. Merinding bulu roma Ja” ceritaku.
Suami memelukku erat.
“Dah. Cerita seram, abang tak nak dengar. Tidur lah. Ja penat tu seharian di luar hari ini.” Aku menggangguk.
“Abah hadiahkan Al-Fatihah untuk anak abah. Bismillah....” aku membiarkan suami memegang perut boyotku. Amalan membaca Al-Fatihah ini kami amalkan semenjak bayi berusia berberapa minggu lagi. Sebelum suami menyelimuti badanku, kami saling meminta maaf.
* * * *
Aku terjaga dari tidurku apabila telinga ini mula menangkap bunyi ketukkan di luar pintu bilik. Aku membuka mata perlahan-lahan. Aku lihat pintu bilik sudah terbentang luas. Dalam gelap yang hanya disuluhi lampu meja, aku cuba menangkap sesuatu objek hitam yang seakan tergantung ditepi pintu. Lensa mataku tidak dapat menangkap imej apakah itu kerana penglihatan aku kurang jelas. Aku rabun. Aku mula panik apabila sesuatu yang aku fikir objek itu mula bergerak perlahan menghampiri ku. Aku berpaling kepada suamiku. Dia lena dibuai mimpi. Belum sempat aku cuba untuk menggerakkan suami, seekor makhluk berjubah hitam dengan matanya yang berwarna hitam, bibir kehitaman dan berwajah pucat mayat itu telah berada diatas badanku. Wajah dia mirip kawan lama yang aku jumpa siang tadi. Bagai diragut hati ku. Terkejut, takut, panik dan segala rasa ketakutan bergumpa dalam sekujur tubuh aku yang mula mengeras dan tidak dapat bergerak ini waima kepala aku sekalipun. Makhluk itu merenung aku tajam dan mengeringai. Tangannya ingin memegang perutku. Dengan kudrat yang ada aku membaca segala surah yang terlintas dikepalaku. Namun, aku gagal mengusir makhluk yang aku anggap sebagai iblis itu. Dia ketawa melihat aku semakin lemah. Mengalir airmataku. Kuku tajamnya terasa mencengkam dibahagian ari-ari ku. Aku ingin meraung. Namun, suaraku terkandang dipeti suara.
“Bismillahi masyaAllah!” aku melontar ayat itu dalam hati dengan selemah-lemahnya. Iblis yang ingin merobek perutku terhenti dengan memandang marah padaku.
“Bismillahi masyaAllah! Bismillahi masyaAllah! Bismillahi masyaAllah!” sebutanku semakin lama semakin jelas dan akhirnya ia keluar menembusi kerongkong. Iblis itu enggan mengalah walaupun dia tidak berada lagi diatas badanku. Kini dia menempel disyiling betul-betul atas tempat tidur kami. Kudrat apa yang aku ada walaupun badan masih mengeras sehingga aku nyaring-nyaring mengalunkan kalimah Allah.
“La hawlawa quwwata illabillahil aliyula'adzhim. ALLAHU AKHBAR!” berdesup bagai angin kencang iblis itu menghilang dengan degupan pintu bilik yang ditutup semula. Aku menagis teresak-esak. Mungkin mendengar tangisanku, suami terbangun lalu menggoncangkan badanku. Entah dalam sedar atau mimpi..aku melihat bilik berada dalam keadaan yang normal. Tidak menyeramkan seperti yang aku lihat sebentar tadi. Segera aku mendakap suamiku dengan tangisan lalu menceritakan apa yang telah aku lalui.
“Iblis, syaitan..memang suka ganggu orang tengah mengandung. Lagi-lagi umat Muhammad. Mereka suka menyesatkan umat Muhammad. Jam dah pukul 4 pagi juga ni. Kita tahajjud sama, dan mohon perlindungan daripada Allah. Ja jangan takut. Ja takut, dia suka. Ja berani, dia tak akan ganggu Ja. Abang tahu, isteri abang ini kuat dan taat.” kata suamiku sambil mengusap belakangku dengan lemah lembut. Aku menangis lagi. Perasaan takut itu sukar dihindari. Ini bagaikan pertarungan maut dengan makhluk ghaib.
“Mohonlah perlindungan daripada Allah.Dia yang menjadikan sekalian makhluk. Dengan Nama Allah, segala pujian bagi Allah, dan segala kebaikan dan kejahatan adalah kehendak Allah..”
PART 2
KACAU 2
Langit mula gelap. Guruh berdentum kuat. Kilat sabung menyabung. Kadang-kadang ia seakan mericik dan memantul pada tingkap-tingkap kaca kelas prasekolah. Aku dan dua orang lagi rakanku ketakutan dan bersembunyi di bawah meja. Luar biasa benar kilat pada petang ni. Sesekali menjenguk di luar tingkap, percikkan kilat pada wayar-wayar elektrik sungguh menakutkan. Terkumat kumit mulut kami bertasbih dan bertahmid. Sejam berlalu, cuaca kembali normal, cuma hujan yang renyai-renyai sahaja membasahi bumi.
Hilang ketakutan dek kilat yang luar biasa itu, aku, kak Nor dan kak Atul memulai rutin hari seperti biasa. Mandi dan memasak untuk makan malam. Kami bertiga menumpang di prasekolah kerana bilik kecil di sisi asrama tiada dapur. Lagipun, kami bertiga single lagi. Belum berkeluarga, jadi tak kisahlah untuk tinggal di mana pun di stesen pertama kami bertugas ini iaitu di sekolah rendah di kawasan pedalaman. Asalkan ada tempat berteduh. Sebab sekolah kekurangan kuaters. Lagi-lagi bandar jauh sangat dari sekolah ini. Sekolah yang sekelilingnya dipenuhi hutan. Majoriti pelajar adalah tinggal di asrama.
“Hihihihihi...” aku mengilai di sebalik pintu dapur. Kak Nor sedang memasak sendirian. Aku memasang niat jahat untuk menakutkan kak Nor. Kak Nor buat acuh tidak acuh sahaja. Masih memasak dengan damainya. Aku mengilai lagi. Kali ini dengan suara yang lebih seram.
“Kau jangan main-main Ja. Nanti kau kena kacau benda tak bagus nanti baru tahu. Sekarang dah maghrib” kata kak Nor. Aku yang bersembunyi di sebalik pintu mulai ketakutan. Orang yang ditakutkan tak rasa takut, sebaliknya orang yang ingin menakutkan pula rasa ketakutan. Haha!
Aku berlari anak mendapatkan kak Nor. Tiba-tiba hati ini rasa lain macam bila aku menoleh ke belakang. Malam itu, usai makan malam aku terus ke sinki. Biasanya aku lah yang paling slow makan. Sikit ke banyak ke nasik, memang aku yang paling slow angkat. Berlainan pula dengan malam ni.
Aku meletakkan pinggan ke dalam sinki. Aku memandang disebalik tingkap kaca yang telah ditutup rapat. Ada satu bayangan putih sedang berdiri berhadapan dengan ku. Aku anggap saja itu bayangan ku sendiri. Kerana aku sekarang pun sedang memakai baju tidur warna putih berbunga ungu kecil. Aku tak menghiraukanya. Aku mengalih badan. Tapi bayangan putih itu tetap terpaku di situ. Kalau bayangan ku sendiri sudah tentu ia ikut bergerak sekali. Hati mula fikir yang bukan-bukan. Namun, digagahi untuk membuka pili paip. Dari ekor mata tundukku, aku melihat sesuatu sedang bergerak. Aku mengangkat muka. Terbeliak mataku apabila melihat tangan pucat dan berurat-urat dengan kuku yang hitam dan panjang hendak menerkam aku. Aku menjerit dan berlari masuk ke ruangan hadapan lalu tersungkur tidak sedarkan diri.
*****
“Kami panik. Ja berlari ke ruangan hadapan dengan jeritan penuh ketakutan. Aku cuba memberanikan diri untuk memeriksa dapur. Kosong dan tiada apa-apa yang mencurigakan. Cuma pili air masih terbuka. Aku berlari mendapatkan Ja. Dia teresak-esak dengan duduk memeluk lutut. Berdebar-debar hati ku. Rasa tak sedap hati. Aku menghubungi rakan sekerja yang bertugas sebagai warden untuk menjenguk kami. Mana tahu ada orang yang cuba menakut-nakutkan Ja sampaikan Ja jadi sebegini.
Atul masih memujuk Ja. Ja diam. Tak lama selepas itu dia mengangkat muka. Dengan wajah yang suram. Tidak menangis lagi. Dia melontar senyum yang hambar kepada kami. Ja bangkit tiba-tiba. Bergetar lututku apabila melihat Ja berjalan lurus ke dapur semula. Kami berdua tidak berani mengekori dia. Tidak lama selepas itu dia kembali semula ke ruangan. Dengan wajah yang suram dan hambar. Matanya sayu namun tidak berkelip. Aku memberi isyarat kepada Atul supaya bersedia. Aku tahu, itu bukan Ja. Itu bukan Ja! Ketakutan kami pada masa itu berada di level 5. Allah sahaja yang Maha Mengetahui bahawa kami lansung tiada pengalaman dan ilmu untuk menguruskan hal sebegini.
Ja tiba-tiba mencapai cermin muka dan sikat rambut. Rambut Ja memang panjang. Paras pinggang. Dia berdiri kaku sambil menyikat rambutnya pada cermin. Demi Allah, kami takut hendak memandang wajah suram dan menyeramkan Ja. Ada senyum sinis dibibirnya. Lama Ja dalam keadaan sebegitu. Melihatkan dia tidak memberi mudarat kepada kami, aku cuba menegur Ja.
“Ja, pergilah tidur. Rambut kau tu dah cantik. Tak payah sikat lagi” Ja menurut. Sambil menapak perlahan ke tempat tidur. Tidak lama selepas itu, warden datang dengan berberapa orang pelajar tahun 6. Mereka memeriksa persekitaran kelas. Namun, tiada apa yang dijumpai. Warden tidak mampu berbuat apa-apa. Lagipun dia non-muslim. Atul sudah bersedia dengan wudhuk. Lalu membentang sejadah. Dia membaca surah yasin. Aku menjaga Ja yang masih terbaring. Syukurlah Ja tidak agresif dan menyerang kami. Sesekali Ja bangun dan duduk. Seperti tadi, mata sayu itu lansung tidak berkelip. Lama Ja dalam keadaan itu, akhirnya dia memalingkan wahahnya pada Atul yang nasih kusyuk membaca yasin. Matanya berkedip. Kemudian memandang kearahku.
Aku lihat pandangannya itu penuh kehairanan.
“Kenapa kak?” tanya Ja hairan. Aku dan Atul saling berpandangan.
“Kenapa kak Atul baca yasin?” tanya Ja lagi. Aku menghela nafas lega. Ja sudah kembali.
“Tak ada apa. Atul cuma baca saja. ” jawabku. “Ja minum air ni. Nanti aku urut perut kau.”
Ja akur dan masih dalam kehairanan. Siang tadi Ja mengadu sakit perut sebab senggugut. Mungkin Ja berada dalam keadaan kotor, benda tu mudah nak kacau Ja. Aku urut perut Ja dengan minyak masak campur bawang merah.
Malam kian larut. Aku lihat Atul, Ja dan berberapa orang lagi pelajar perempuan yang diarahkan oleh warden untuk tidur bersama kami sedang lena tidur. Tidak semena-mena, hidungku tercium akan bau masakkan yang datang dari dapur. Kebetulan aku tidur menghadap pintu dapur. Menyirap darahku apabila melihat Ja sedang berdiri di dapur. Dengan rambut panjangnya itu. Sedangkan, Ja yang sebenar sedang tidur di sebelahku.Hanya Allah yang tahu akan ketakutan aku pada masa itu. Lebih-lebih lagi bau masakkan itu semakin menusuk rongga hidungku. Mujurlah minyak bawang yang aku gunakan untuk mengurut Ja berada dekat dengan ku. Aku melumur bawang itu ke hidung agar tidak menghidu bau itu lagi. Mulutku terkumat kumit membaca surah qursi. Entah berapa lama aku dalam keadaan seperti itu aku pun tak pasti kerana aku terlena dengan sendirinya” Kak Nor menghabiskan ceritanya.
Terkebil-kebil aku mendengar cerita daripada kak Nor perihal keanehan ku semalam. Rasa tidak percaya pun ada. Takut dan rasa nak nangis. Aku tak sangka benda sebegitu terjadi padaku. Tapi, semenjak hal itu berlaku aku rasakan ada sesuatu dalam ku. Sesuatu yang sukar untuk ku katakan. Sesuatu yang bagaikan vitus kecil. Menyelinap dan merayap melalui relung-relung urat nadi yang terkadang membawa ketakutan pada ku.
****
Lama aku merenung Quran di hadapan ku. Itu kisah berberapa tahun yang lepas. Rasanya, itulah kali pertama aku kena kacau dan ianya seakan bermukim dalam diri yang kadang-kadang mengganggu ketenteraman ku. Aku mengusap perutku yang memboyot. Pengalaman aku kena kacau lagi malam semalam memang membuatkan hatiku kecut semula.
“Ya Allah, lindungilah aku daripada gangguan, hasutan dan bisikkan jin, iblis dan syaitan. Tiada siapa yang berhak keatas diriku, melainkan-Mu. Hidup dan matiku hanya untuk-Mu, dan tiada selain-Mu. Jauhkanlah aku daripada sebarang kejahatan makhluk yang nyata mahupun yang ghaib. Sesungguhnya, Kau Maha Kuasa, makhluk lansung tiada kuasa!”
KACAU 3
Hujung minggu di cuti sekolah. Aku sendirian di rumah. Suami kerja shif malam. Usai maghrib, aku membuka ratib Al-Attas lalu tenggelam dalam bacaan. Aku menghela nafas apabila selesai membaca hampir separuh daripada buku hijau yang tertera tajuk “Pendekatan diri kepada Allah” itu yang terkandung ratib, salawat dan zikir. Semenjak kena kacau dua hari yang lepas, ia membuatkan aku banyak berfikir tentang perkara yang lalu. Zaman kejahilan dan kelalaian . Zaman aku selalu kena “kacau” dan hijab mata dan rasa seolah telah dibuka oleh Allah untuk melihat dan merasa sesuatu. Zaman itu terlalu mudah hati dan jasad ini dipengaruhi oleh anasir-anasir ghaib.
*****
Aku memeluk bantal sambil memandang Sheda.
“Da, hati aku rasa lain macam je kebelakangan ini. Rasanya, ini kali terakhir aku join korang climbing. Gunung ini lah yang paling last rasanya” Sheda memandangku hairan.
“Kenapa?” tanyanya. Aku menggelengkan kepala.
“Kadang-kadang aku keliru dengan apa yang aku rasa. Tapi, hakikatnya esok macam akan terjadi sesuatu kepadaku” aku berterus terang. Semasa membuat keputusan untuk mendaki gunung bersama rakan-rakan ku ini, hati aku dah rasa lain macam. Rasa yang sukar untuk aku jelaskan. Malam berlalu begitu pantas sekali. Siang akhirnya menjelma.
Inilah harinya. Aku dan berberapa orang lagi rakan akan membuat ekspedisi mendaki gunung. Hanya aku dan Sheda perempuan diantara kami. Tapi, kerana mendaki ini adalah satu hobi, kami turutkan hati. Pendakian bermula dengan sedikit bacaan doa daripada Ismail. Bila semuanya sudah sedia, kami mulakan ekspedisi.
Kami sedia maklum, pelbagai versi cerita aneh dan seram tersebar di gunung tersebut. Jadi, tak hairanlah apabila melihat hutannya sangat tebal dan laluannya agak mencabar. Belum sampai separuh perjalanan, kami berhenti seketika. Aku mengambil tempat di sisi batu besar. Sesekali aku menggaru-garu pinggangku yang terasa gatal. Semakin lama semakin gatal sehingga memaksa aku untuk menyelak sedikit bajuku.
“Pacaaatttttttttt!!!!! Arghhhhhhhhh!!!!” bergema seantero hutan mendengar suaraku yang nyaring. Aku menjerit ketakutan dan kegelian. Sakit pun ada. Pacat enggan tanggal dari kulit. Akhirnya, Sheda membantuku untuk membakar pacat tersebut menggunakan lighter milik rakanku. Setelah keadaan kembali reda kami mulakan pendakian semula. Namun, entah mengapa aku merasa ada kelainan pada jasad ku. Pening yang teramat sangat. Menegak bulu tengkuk ku dan terasa dingin peluhku apabila terasa ditiup oleh angin yang entah datang dari mana. Sejenak, pandangan ku mulai kabur dan aku mula rasa diawang-awangan..
****
Seorang pun tak berani menghampiri kak Ja. Aku dan Amin setia mengekori belakang kak Ja dan bang Ismail. Bang Ismail setia berada di sisi kak Ja yang bukan macam kak Ja tu. Kudrat pendakian kak Ja luar biasa benar. Aku yang salu turun naik gunung ini pun adakalanya pancit. Tak cukup oksigen. Tapi, kak Ja macam cergas semacam. Sepanjang pendakian, kak Ja diam. Wajahnya suram. Kadang-kadang terlihat mulut kak Ja terkumat kumit sendirian. Seperti sedang bercakap dengan seseorang. Sesekali tangannya dihayunkan dan jemarinya lentik seolah-olah sedang menari. Sepanjang perjalanan dia berkeadaan sebegitu. Lansung tidak letih. Diberi minuman pun dia enggan. Kecut juga hatiku melihatnya. Namun, dalam pendakian dan undang-undang dalam hutan, haruslah positif. Kalau negatif, habislah. Dan, aku cuba positif untuk melihat keadaan kak Ja.
Jauh kak Ja dan bang Ismail tinggalkan kami. Kak Sheda dan abang Fikri pun sudah jauh keatas. Aku dan Amin hampir sampai ke puncak. Zul damn Ebal paling last.Tiba-tiba kami terdengar bunyi suara tangisan yang amat mendayu-dayu.
“Kak Ja!” Aku dan Amin mempercepatkan langkah. Di atas gunung, di tempat yang lapang, Kak Ja sedang terbaring sambi menangis. Aku melihat bang Ismail sedang cuba mengawal keadaan yang aku rasa semakin seram. Naik bulu romaku melihat keadaan kak Ja. Tangisannya pelik dan sungguh mendayu-dayu. Bang Ismail membaca berberapa ayat al-quran sambil melibas-libas badan kak Ja dengan kain tuala. Dia cuba berkomunikasi dengan sesuatu yang sedang mengacau kak Ja. Kak Ja sepertinya diam dan hanya menangis. Kami hanya menyaksikan sahaja saat itu. Terkumat kumit juga mulutku membaca berberapa ayat al-quran yang aku ingat. Keadaan terasa sungguh seram dan aneh kerana dunia seakan berhenti. Tiada bunyi unggas, tiada bunyi kicauan burung. Tiada lambaian angin pada daun. Yang ada cuma suara tangisan kak Ja yang seram dan mendayu-dayu. Sesekali dia menujukkan jarinya kearah berberapa sudut.
Yang peliknya, bila bang Ismail kata dia nak azan. Kak Ja mengangguk. Sayup kedengaran suara azan bang Ismail berkumandang. Dan, seiring dengan itu tangisan kak Ja semakin pilu dan menyeramkan. Usai azan, tangisannya ada reda sedikit, tapi masih belum kembali pada asal. Aku lihat bang Fikri pula yang memainkan peranan. Dia memegang ibu kaki kak Ja sambil membacakan satu ayat pendek dari quran.
Bagai terlepas dari ikatan, badan kak Ja terangkat keatas seiring dengan helaan nafas yang parau.
Alhamdulillah, kak Ja sudah kembali! - Cerita Wan.

KACAU 4
Mataku sembab. Seluruh tubuhku sakit. Seolah-olah baru terjatuh dari tempat yang tinggi. Aku menyinsing lengan baju panjangku dan aku melihat ada bekas lebam-lebam di sekitarnya. Sakit dan rasa tersiksa. Seorang pun rakanku enggan membuka suara dahulu untuk menceritakan apa yang berlaku padaku. Cuma Sheda yang menjelaskan sedikit.
“Bila sampai puncak, kau duduk disebelahku lalu rebah dan menangis”
Terkejut juga aku mendengar katanya. Namun, aku harus mempercayai kerana aku sendiri merasa. Jasadku bagaikan disarung dan dipandu oleh sesuatu yang aku sendiri tak pasti. Hingga aku rasa rohku bertebaran diawangan. Ya Allah, benda yang mengacauku itu semakin gemar padaku. Ya, aku dapat rasakan dalam diri ini!
Setelah selamat sampai di kaki gunung, kami terus pulang ke tempat penginapan. Letih yang teramat letih badanku. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Aku lebih banyak mendiamkan diri. Kadang-kadang fikiranku merayau entah kemana. Aku murung. Usai membersihkan diri, aku dan Sheda mula merebahkan badan diatas tilam empuk itu.
“Letihnya” kataku sepatah. Lalu terlena.
****
Aku tak pasti jam pukul berapa sekarang. Aku terkejut dari tidur tiba-tiba. Di hujung katil, aku melihat Ja sedang duduk terpaku.
“Ja, belum tidur lagi?” sapaku. Ja diam. Kepalanya perlahan berpusing kearahku. Berdebar-debar rasa jantungku apabila melihat renungan mata Ja dengan wajah suramnya itu. Wajah Ja sungguh mengerikan.
“Ja...” aku cuba menyapa lagi.
Senyum sinis Ja mula menyorot dibibir pucatnya. Renungannya tajam sekali. Aku takut. Dalam hati kata, janganlah makhluk itu mengapa-apakan aku. Benda itu masih mengekori Ja rupanya. Aku menggigil kerana terlalu takut. Dan perlahan mengalihkan badan. Seraya membacakan surah qursi sehinggalah aku tertidur. - Cerita Sheda
Satu persatu kisah seram tentang diri aku diceritakan padaku. Kecut juga hatiku. Ya, sesuat memang sedang mengacauku sekarang dan akubtak tahu apakah itu. Tetapi, dalam diam aku sebenarnya sedang bertarung!
Sampai di kampung, aku menceritakan hal tersebut kepada mak dan apak.
“Patutlah benda tu kacau, yang pergi bakar pacat tu dah kenapa? Pacat itu kan menghisap darah. Kalau dah dibakar, berbau lah darah tu. Makhluk halus mudah hidu” kata apak. Aku menelan liur. Benarkah kata apak tu?
“Masuk hutan banyak yang perlu dipelajari. Banyak juga pantang larangnya. Kawan-kawan kau ada yang merokok kan? Celupkan saja pada abu rokok. Tanggallah binatang tu” tambah apak lagi.
“Mak tak izinkan Ja pergi mendaki lagi. Dengar?” mak memberi amaran. Lembut namun tegas.
Semenjak itulah,hobi mendaki ku terhenti.

KACAU 5
Azan isyak mengejutkan aku dari lamunan. Jauh lamunan ku sehingga kenangan mendaki gunung berberapa tahun lepas yang menjadi asbab aku mula meninggalkan hobi dan mula perlahan-lahan mencari diri yang hilang mula berlegar-legar dalam sarang memori. Semenjak itu juga bermacam perkara dan gangguan yang aku telah lalui sehingga kadang-kadang dapat tengok makhluk-makhluk halus.
Kini aku sudah berumah tangga dan perlahan-lahan menjaga amal ibadah. Tidak lah sesempurna mana, tapi aku sudah jarang kena kacau dan hijab mata aku seakan tertutup sendirinya. Cuma, aku masih mampu merasa kebarangkalian adanya makhluk tersebut.
Dupppppp!
Bunyi pintu rumah seakan ditendang dari luar. Melambung badanku kerana terkejut. Berkali-kali aku istighfar untuk menghilangkan rasa.
Prakkkkk!!!
Tingkap rumahku pula seperti ditikam dengan kayu. Aku memperbetulkan kedudukkan ku diatas sejadah. Bunyi bising itu semakin rancak seolah-olah menghempas dan memusnahkan segala perabot dan pinggan mangkuk rumahku. Walaupun jantung berdegup kencang dan hati mula menggigil ketakutan, aku kuatkan juga untuk terus berzikir. Aku memejamkan mata. Mulutku terkumat kumit berzikir.
Dushhhh!
Badanku ditolak dari belakang sehingga menyebabkan aku berganjak sedikit dari tempat duduk ku. Ah! Keberanian apa yang menyelinap dalam hatiku sehinggakan aku mengukuhkan kembali duduk ku.
“Kau fikir, kau kuat? Kau fikir kau boleh kalahkan aku?!” aku membuka mata apabila suara itu mula menembusi telingaku. Aku diam lagi. Kali ini semakin lancar dan semakin yakin aku berzikir. Aku melihat katil, tilam, dan segala perabot di dalam bilikku terangkat ke udara dan ianya mula berpusing-puling mengelilingiku. Aku berada ditengah puing-puing udara yang bagaikan ribut taufanaol dan puting beliung sedangkan kedudukkan aku masih lagi disitu.
“Kau! Anak adam yang sering melakukan kemungkaran keatas muka bumi! Kau fikir kau kuat untuk menentang aku?!” tajam dan nyaring suara itu menyucuk halwa telingaku. Aku tersenyum sinis. Namun, hati ini masih lagi berzikir.
“Bertahun kau kacau aku. Bertahun kau cuba menjadikan aku tunggangan kau. Bertahun kau cuba sesatkan aku dengan menghantar jin dan iblis untuk mengganggu aku.Dan, kali ini Allah izinkan aku untuk bersemuka dengan kau..” Aku memberanikan diri.
“Aku tahu asal usul kau! Dan, engkau jangan bongkak pada aku kerana aku anak adam! Umat Nabi Muhammad!” terusku.
“Kau jangan sombong manusia. Hakikatnya kau makhluk yang lemah dan sering derhaka dan mempersiakan Tuhan! Justeru, aku hantarkan kau jin untuk melindungi kau dari sebarang mara bahaya” suara itu membuat tawaran. Aku tersenyum sinis.
“Dasar makhluk lakhnatullah! Aku bukan manusia yang mampu kau perdaya! Demi nyawaku dalam genggam Allah. Tuhan yang berkuasa keatas segala makhluk termasuk jin, syaitan dan iblis, aku tak izinkan kau menggangguku, keluargaku, zuriat dan keturunanku! Nyah kau dari hidupku kerana aku sesekali tidak perlukan kau untuk mentadbir hidupku! Dengan nama Allah, aku usir kau pergi dari hidup aku! ALLAHUAKHBAR!!! ” jeritku kuat sambil meneruskan zikir-zikir yang telah aku pelajari.
Makhluk yang sedang menggangguku enggan mengalah. Berdesup-desup angin kuat cuba menyentuh tubuhku namun ianya bagaikan terhalang.
“La haw lawala quwwata illabillah!” Aku membuka mata perlahan. Dari ekor mata, aku melihat bilikku masih tersusun rapi. Tidak seperti ribut taufan dan puting beliung sekejap tadi. Suasana mulai kaku dan sepi. Tiada kedengaran bunyi kenderaan yang lalu lalang di jalan utama. Tiada kedengaran bunyi anjing yang selalu menyelongkar sampah. Tiada bunyi manusia walau seorang pun. Ianya kaku sehingga telingaku seakan berdengung.
Aku membuka al-quran dan membaca surah al-fatihah, disusuli surah al-baqarah, surah al-aa'raf, surah toha, tiga qul dan akhir sekali surah qursi. Aku mengangkat tangan lalu berdoa kepada Allah semoga dihindari dari sebarang gangguan dan hasutan syaitan. Berlinang air mataku. Bila perasaan ku mulai reda, aku mula menunaikan solat isyak dan melanjutkan malam tersebut sebelum kepulangan suami ku dengan solat solat sunat hajat, solat sunat taubat dan solat sunat witir.
Usai solat, aku masih lagi duduk di sejadah. Bermuhasabah sendirian. Benarlah kata guruku;
“Syaitan bergerak dalam tubuh badan kita seperti aliran darah yang bergerak begitu pantas. Mereka mampu menjalar ke seluruh pelosok tubuh badan kita, bagi mencari di mana letaknya titik kelemahan, serta mencari apakah yang mampu mengugat iman dan taqwa seseorang. Maklumat hasil korekan ini begitu penting kerana dari titik itu nanti mereka akan gunakan sebagai pintu masuk bagi menyerang kelemahan manusia. Jangan pernah membiarkan diri kita yang diciptakan elok oleh Allah ini dengan begitu mudah dikuasai syaitan. Ketahuilah, syaitan tidak berupaya menguasai diri manusia, sekiranya manusia tidak membuka jalan kepada mereka. Segalanya bermula dengan diri sendiri. Kuatkan inan dan jauhi daripada penyakit hati yang penuh nafsu terhadap dunia.
Tinggalkan semua itu. Hakikatnya, syaitan tidak berupaya memujuk manusia melakukan maksiat-maksiat yang besar lagi hina. Kemampuan mereka hanya setakat membisik ke dalam diri dan menimbulkan rasa waswas dalam diri. Sekiranya termakan godaan itu, maka kesannya akan ditanggung di akhirat.”
Mohon perlindungan daripada Allah. Semoga dijauhkan diri daripada bisikan syaitan durjana.
TAMAT

SUMBER : KALIMAH PARANORMAL TEAM X
PENULIS : UMMU HANNAN
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon