Suara Aneh
Oleh : Azwa Addy
*Berdasarkan kisah benar
Aku sedang main telefon di atas karpet di ruang tamu. Adik adikku yang lain semuanya telah tertidur. Ibu bapaku sudah berada di dalam bilik, enak diulit mimpi.
Akibat tidak mengantuk lagi, aku teruskan bacaan atas talian melalui telefon pintarku.
Jam menunjukkan pukul 11.35 malam. Tiba tiba aku terdengar bunyi yang kuat dibelakang rumahku. Aku amati bunyi tersebut, makin lama makin jelas.
'Tu bunyi cangkul tapi kenapa pelik sangat bunyinya?' detik hatiku.
Aku teruskan mengamati. Makin lama makin kuat. Baru aku tersedar, apa yang anehnya pada bunyi cangkulan itu.
Bunyi tersebut bukan bunyi orang mencangkul tanah. Tetapi bunyi orang mencangkul simen.
Boleh bayang tak, bunyi besi bertemu simen macam mana?
Tingg, tingg, tingg.
Masalahnya, kalau bunyi orang mencangkul tanah pun aku rasa dah seram sebab dah lewat malam. Siapa pula nak mencangkul tengah tengah malam kan? Inikan pula bunyi orang mencangkul simen.
Aku cuba abaikan. Mulutku terkumat kamit membaca ayat Kursi. Namun makin diabai, makin kuat bunyinya. Sehinggakan satu rumahku bergema dengan bunyi itu. Ya, bergema.
Lama juga. Dalam 10-15 minit lebih kurang.
Cerita itu tergantung disitu, tanpa aku dapat jawapan yang munasabah. Siapa yang mencangkul malam itu? waAllahu alam.
Aku adukan pada ayah. Rupa rupanya, orang kampung juga sering mendengar bunyi orang mencangkul pada tengah tengah malam. Aku hanya diamkan diri.
Masa berlalu, aku balik semula ke rumah pada cuti sem berikutnya.
Aku sedang menonton cerita hantu bersama adik adik perempuanku. Ibu ayahku telah lama tidur. Jam ketika itu menunjukkan hampir pukul 1 pagi.
Aku terbaring di atas lantai mengiring menghadap television. Adikku kaklang berada di atas sofa bermain telefon. Sementara adik bongsuku yang berumur 8 tahun terbaring di lantai menghadap television.
Tepat tepat waktu iklan, tiba tiba ada suara ketawa mengekek. Serta merta aku pandang adik bongsuku untuk mencari dari mana datangnya suara tersebut. Dia memandang aku semula. Aku memandang pulak adikku lagi seorang, dia juga diam.
Mana mungkin suara tersebut datang dari dalam television sebab iklannya tak ada kaitan dengan orang ketawa. Lagipun aku dengar bunyi orang ketawa itu di tingkap berdekatan denganku.
Tiba tiba adik bongsuku bersuara. "Bunyi apa tu long?"
Ah sudahh dia tegur pulak..
"Tak ada apa. Tengok je tv tu"
Sekali lagi adikku bertanya, kali ni makin kuat, "bunyi apa tu long?"
"Tak ada apalah. Mana ada bunyi"
Dalam diam, aku terus whatsapp ibuku yang berada di dalam bilik.
'Ibu, keluar kejap. Kitorang dengar bunyi orang ketawa'
Ayah terus keluar untuk mendapatkan kami.
"Kenapa?"
"Tadi ada orang ketawa dekat tingkap sana tu. Lepas tu adik tegur"
Ayah menjeling jam di dinding. "Dah, pergi tidur. Tutup tv tu. Siapa suruh tak tidur lagi." Arah ayah.
Kami terus masuk ke bilik dan cuba untuk tidur. Sementara ayah, memasang ayat ayat suci al-Quran.
Pada malam berikutnya, aku sedang membaca buku di dalam bilik. Semua ahli keluargaku sudah tidur. Kecuali adik lelakiku yang berada di biliknya.
Tiba tiba aku terdengar bunyi perempuan menangis di tingkap betul betul atas kepalaku.
Aduhh, malam ni menangis pula.. Semalam kan dah ketawa..
Aku terus mencapai telefon pintarku dan menghantar whatsapp kepada adik lelakiku.
"Kau dah tidur ke?"
"Belum. Kenapa?"
"Along dengar orang menangis"
"Tidur je. Jangan layan."
Keesokkannya, kami menceritakan perkara tersebut kepada ibu dan ayah.
Rupa rupanya, baru aku tahu, semasa aku berada di kolej pun, mereka diganggu juga.
Contohnya, ada sekali, pada waktu maghrib, kaklang berada di ruang tamu. Tiba tiba ada suara kanak kanak dengan riangnya memanggil adik perempuanku.
"Kaklang!"
Tanpa berlengah, kaklang terus pergi ke pintu untuk membuka pintu namun ibuku sempat menghalang.
"Jangan buka. Kaklang ada kawan ke dekat sini?"
Serta merta dia tersedar yang dia tak ada kawan pun disitu lalu dibiarkan sahaja panggilan tersebut tanpa menyahut.

Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon