KISAH SERAM - DEPARTMENT




Kisah 1

Pada tahun 2012, adalah hari pertama aku bekerja sebagai operator kilang, iaitu pada bulan 4 tahun 2012. Kilang ni membuat barang2 elektronik. Aku memang suka bekerja kilang technologies ni. Kerana aku ingin timba pengalaman, manalah tahu kan aku akan berhenti nanti, cari kerja lain dan bawa pulak pengalaman ni ke tempat lain pula. Bila jiwa dah sebati dengan pekerjaan ni. Alhamdulillah selama aku bekerja aku banyak mempelajari bahagian elektronik ni berkaitan dengan pcb. Segala2 aku dah boleh buat. Dan leader boleh mengharapkan aku sepenuh nya. Gaji pada masa tu biasa lah ckup2 makan saja. Boleh menampung keluarga. Maklumlah anak pertama kena lah bertanggug jawab skit.

Sedang leka membuat kerja, datang lah member menyapa aku.
"yana, kau pernah dengar tak pasal kilang ni, kononnya berhantu.
"Tak pulak aku dengar. Kenapa siti..?
Tanya aku dengan penuh rasa kehairanan. Siti adalah teman kemasukan pekerja baru seperti aku. Dia memang suka bersembang, katanya boring, mengantuk. Sebb tu di ajak bersembang.
"Tak adelah aku terdengar org2 kt sni citer pasal department atas tu. Aku harap ak tak kne lah keje kat department tu nanti.

Aku pun berasa sedemikian. Jika aku terkena department atas tu pn, Aku redha. Lagipun tak payah lah kita ikot orang. keje aje mana2 pun sama sahaja, bagi aku.

6 bulan kemudian..

Aku di posting ke department atas. kerana dah tukar leader. Leader tu cuti bersalin ketika itu. Dan ak terus di tempatkan keje di department atas. Di situlah bermula sejarah aku bekerja di situ selama 2 tahun. aku mengendahkan apa yang org kata pasal department ni. Sebab niat aku hanya nak mencari rezeki. Hari pertama semasa aku bekerja di atas, bermula dengan progress barang bahagian assembly. Di situlah aku cuba belajar mengakses barang2 utk di jadikan bentuk asal. Alhamdulillah segala aku pelajari cepat dan boleh.

Aku memulakan cerita pertama aku serta pengalaman mistik yang pernah berlaku pada aku sewaktu tu. Memang agak menyeramkan bagi aku. Pada ketika itu, jam menunjukkan pkul 3 petang, leader meminta aku untuk terus berada di dalam lab ni. Dan yang lain keluar rehat pada masa tu. Aku shj yg tinggal sorang dalam lab tu. Aku kne "stigger break"(tunda rehat) kerana tak ada yang boleh ganti kerja aku pada waktu tu. Terpaksa aku rehat pada pkul 3.30 petang.

Dalam kejadian waktu 30 minit tu lah, banyak menimbulkan tanda tanya. Sewaktu ak bekerja keseorangan mengadap komputer, aku berasa seperti ada benda lalu di belakang aku. Aku mmg perasan kehadiran dia waktu tu. Lantas aku pejam mata ak, dan tak berani melihat dinding plastik depan aku. Ak berkata " aku tak kacau kau, kau jangan kacau ak". Lantas benda tu pun menghilangkan diri. Saat aku ketika tu memang lemah, dan waktu tu aku demam selesema. Tp terpaksa bekerja sorang. Benda tu dduk lama di belakang aku. Memang jelas aku dapat rasa bayanganya. Selang berapa minit. Ada lah technician masok sengaja berborak dgn aku. Lega aku rasa ada jgk org dtg teman ak.

Tiba2 saat kami sedang bersembang tu, kedengaran bunyi bangku kaki satu tu berpusing, seperti ada org dduk di bangku tu. kami berasa terkejut, dan buat tak tahu saja, kalau layan makin menjadi2 pulak. Sampai lah ke mint yg ke 30 mereka semua masok lab. Masa rehat mereka dah tamat, kemudian aku pulak pergi rehat. Keadaan masa tu memang tak sihat. Aku guna kesempatan waktu tu utk aku solat zohor dahulu. Kemudian barulah aku jamah sedikit.

Setelah rehat aku habis iaitu pada pukul 4 petang. Aku pn naik ke atas salin pakain kerja iaitu smoke, yang aku sangkut di bangku luar tu. Sedang hendak menukar kasut. Kedengaran bunyi tapak kasut di tangga kecemasan, seperti kasut but. Saya pun tggu lah di situ apesal tak naik2 lagi. Kedengaran kasut tu pada mula seperti perlahan kemudian beransur kuat. Dan sy tertanya2 pada diri saya benda apa yang naik tp tak nampak orang pn. Baru lah sy faham. Dah faham tu cepat2 saya lari masuk lab. Terkejut sy. Leader tny sy knapa kau ni, Macam kna kejar dgn hantu je. Ak pn jawab aah la. Dan ak cerita segalanya pada leader aku. Dan dya pn terkejut. lpas dengar cerita ak suasana kembali normal dan buat kerja masing2.

Kisah 2

Dah setahun lbeh ak bekerja di department ni. Banyak pengalaman mistik yg tak dapat aku lupa. Kak rosnah( bukan nama sebenar ) memang kuat melatah dia. Dia melatah sampai kejar2. Tak tahu la latah apa yg sepatut di panggil. Kdang2 aku pn jadi mangsa kekejaran dia, naik letih kot lari pusing palet ney. Kak ros kta (nama timangan) dia melatah tapi tak igt. apa jenis melatah yg tak igt tu, tak tahu lah sy. Saya layan kan aje.
Suasana berseloroh tu saja kami ciptakan. Biasalah asyek mengadap kerja je, dan asyek serius memanjang pun boring jugak, kena lah ada sedikit gembira dan bersuka ria. Barulah tak boring nanti. lepas tu kami semua masok lab. Sy pulak ada kerja sedikit kat bawah jadi terpaksa selesaikan kerja itu di sana. Memang tidak tahu apa cerita yang berlaku di atas. Tahu2 saja ada yang beritahu kata kak ros histeria. Mula2 saya tak tahu yang kak ros ni orang yang lemah. Pantang nampak apa yang lalu depannya. Mula lah dia fikir, fikir semahu2nya. Dah di larang tetap berkeras tanya kepada kami apa yang dia nampak. sebanyak 2 kali kak ros histeria. keadaan dia ketika tu mmg tidak stabil. lpas berubat dengan ustaz akhirnya dya kembali pulih.

2 tahun berturut2 sy bekrja di situ memang pengalaman tak dapat di lupakan. Kali ke 3 kak ros histeria lagi. Katanya ternampak benda dduk di ats member dia. Masa kejadian tu ak ada. Dan ak lah yg menolong pulihkan kak ros. ustaz tu ckap benda tu bergantung banyak dkt kak ros. Kak ros memang lemah, dah bermacam2 kami nasihatkan dia. Tapi degilnya tu tak buang jauh2. Selepas kejadian tu kak ros berhenti kerja. Dia mungkin tidak tahan apa yang dah berlaku pada dia. Apabila di fikirkan balik kita kalau tak ada pendinding macam tu lah jadinya.

Keesokan harinya. Saya datang ke kerja seperti biasa. tepat jam kol 6.20 sy dah ada tempat kerja. Masok kerja pukul 7. saya naik atas seperti biasa tido je kat kotak2. Sebelom mulakan kerja. Member saya ada sebelah saya ketika itu. Kami terdengar di celahan kotak yg gelap, seperti ada orang tengah bersembang. Siap bergelak ketawa lagi. Ak cakap pada kawan aku dengan suara yang perlahan. Dia tegur ak, kau jangan tegor, biarkan saja. Aku pun ikot cakap kawan ak. Diamkan aja. Jadi peristiwa ni tak di ungkit. Selepas tu cukup waktu jam untuk pulang. Iaitu pada jam pukul 7 petang, saya dan ina ada bersembang sebentar. sementara menunggu van datang ambil. Ina berkata semasa dia datang kerja awal pada pukul 6 pagi, sebelum saya. Dia ternampak ada seorang dalam lab seiras seperti leader kami. Dia hairan, tetapi mujur lah dia tak tegor. Selang berapa minit wajah yg di katakan seiras tu tadi hilang serta merta. Dia pun diam dan tak ungkit pasal tu. Cuma dia cerita saja sedikit kepada leader kami, Apa yg dia nampak. Itu saja.

Akhirnya kami biarkan ia berlalu. Dan tak ungkit lagi sehingga saya dan kawan saya tu berhenti kerja. pada tahun 2014.

Cerita ni benar2 berlaku dekat saya. Dan saya anggap pengalaman ni adalah satu titik untuk saya lebih ingat pada Allah. Beringatlah kita bukan kita sahaja yang ada. Malah ada lagi yg wujud sebenarnya.

Terima kasih, kerana sudi membaca cerita saya.

Selamat membaca!!

sumber : kalimah paranormal team x
Previous
Next Post »