KISAH SERAM - RUMAH SEWA



Rumah Sewa

“Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar, dan Dia menciptakan jin dari nyala api.” (. Ar Rahman: 14-15)

Kau percaya pada hantu? Aku tak. Bagi aku itu semua permainan perasaan. Permainan perasaan mereka-mereka yang penakut lalu akhirnya terbayang-bayang benda yang bukan-bukan.

Oh lupa. Aku budak kolej dan tinggal menyewa di sekitar kolej aku. Housemate aku ada 4 orang, Jannah, Wani, Shawati dan Hakimah. Semua mereka kawan satu kos aku. Kata housemate aku rumah yang kami menyewa sekarang berhantu. Mereka semua pernah terkena. Dan aku cuma senyum. Tak percaya sebab aku tak pernah kena.

Cerita Jannah kira-kira 2 bulan lepas. Masa tu lewat petang. Dia seorang saja yang dah sampai rumah dan yang lain masih belum pulang disebabkan aktiviti masing-masing. Masa dia sampai tu dia perasan yang dapur kami seperti ada orang baru lepas masak. Dia berjalan ke dapur untuk periksa. Memang betul kuali masih panas dan masa tu juga dia dengar seoleh-oleh seseorang bernafas kuat dekat belakang dia. Dia cepat-cepat menoleh tapi tiada siapa. Cerita itu tak setakat itu sahaja. Masa dia di bilik dia masih dengar ada orang memasak dan membasuh pinggan. Jelas sangat bunyinya sebab bilik dia dekat dengan dapur.

Cerita Wani dan kimah pula cerita yang sama cuma terjadi pada waktu yang berbeza. Kata Wani masa malam yang kami ajak makan di luar sebab malas hendak masak tapi dia tak ikut sebab sakit perut dia pasang tv tapi tiba-tiba tv rumah kami macam tiada siaran. Bila dah macam tu dia bukak music playlist kat fon. Tengah layan lagu-lagu dalam playlist tiba-tiba ada satu lagu yang irama dia mcm zaman dulu-dulu. Dalam lagu tu selang-seli dengan suara perempuan gelak-gelak. Dia apa lagi terkejut punya pasal habis tercampak handset. Cepat-cepat dia padam lagu tu dari playlist. Macam mana lagu tu boleh ada dia sendiri tak tahu sedangkan dia tak pernah dengar pun lagu tu download apatah lagi. Yang bertambah seram lagi dah padam lagu tu still ada lagi dan bermain sendiri dua tiga kali sampai kami balik. Kata Wani elok aje kami sampai lagu tu dah tak da dalam senarai music playlist dia. Sebab tu masa kami balik dia diam aje tak bercakap.

Kimah pula kena masa lewat malam. Masa tu kami semua dah tidur. Sekitar jam 2.30 pagi. Masa dia tengah tidur tiba-tiba handset dia berbunyi. Music playlist on sendiri dan lagu tu sama macam lagu yang Wani dengar. Lagu orang zaman dulu dan selang seli bunyi perempuan gelak. Mula dia marah sebab fikir kami pedajal dia tapi tak jadi sebab tiba-tiba dia perasan lagu tu hilang dari playlist tu dah. Masa tu dia takut sangat. Dia cuba untuk bangun tapi tak boleh. Kaki dia rasa berat semacam sedangkan mana ada apa-apa dan waktu itu juga dia dengar suara "tak seronok ke lagu tu?". Tuhan je tahu perasaan takut masa tu macam mana. Esok pagi Kimah demam tapi still pergi kelas sebab takut duduk rumah seorang.

Cerita Shawati lain pula. Dia ni memang jenis mudah nampak benda-benda ni. Suatu hari tu dia duduk di bilik malas nak keluar sebab dah nak dekat exam. Kononnya nak studylah. Masa tengah study tu perut tiba-tiba lapar jadi dia keluarlah bilik. Kebetulan masa tu dia nampak Kimah macam nak keluar je so dia tegurlah Kimah dan tanya nak pergi mana. Kimah tak jawab pun pertanyaan shawati tu tapi tenung muka dia lama. Lepas tu buka pintu nak keluar. Shawati kata masa tu muka Kimah macam tiada perasaan. Kosong je tapi masa tu dia tak fikir apa-apa pun dan terus jerit kat Kimah "beb tapau aku nasi goreng cili tau! Jangan lupa..!" Shawati nampak Kimah laju je jalan dan tiba-tiba hilang. Masa tu dia betul-betul tak fikir apa walaupun sedikit pelik dengan Kimah. Malam tu kami semua dah ada di rumah dan Kimah baru je sampai. Shawati cepat-cepat dapatkan Kimah. "Oi nasi goreng aku mana?" Tanya Shawati. "Ko ada mesej aku suruh beli ke?" Kimah buat muka pelik. "Memang la aku tak de mesej tapi masa ko nak keluar petang tadi kan aku pesan." Shawati mengingatkan. "Beb. Aku mana ada balik petang tadi. Lepas kelas aku lepak library. Ni baru je sampai."

Korang. Aku rasa aku dah percaya benda yang korang panggil hantu tu. Masa aku tengah taip cerita ni housemate aku tegur tanya aku tulis cerita apa? Korang tahu.. Housemate aku sebenarnya semua dah balik minggu lepas untuk cuti tiga minggu!

Sya El

sumber : kalimah paranormal team
Previous
Next Post »