KISAH SERAM - MALAM ITU



Kejadian ni actually jadi dekat aku. Benda ni jadi masa nak exam SPM. Biasalah waktu student form5 SPM, budak2 lain semua dah balik kampung. Tinggal student form5 itupun berapa kerat je. Nak dijadikan cerita, disebabkan asrama banyak dorm yang kosong, aku ambik keputusan untuk tidur dekat dorm kawan aku. Dorm ada lebih kurang 9 katil double decker that's mean muat untuk 18 orang lah. 

Tapi malam tu cuma ada 4orang je dalam dorm tu termasuk aku. Kami tidur katil jauh jauh. Taknak dekat sebab nak study kononnya. aku ambil katil paling hujung. 3 lagi kawan aku pun ambil katil hujung. Maknanya kami tidur di setiap penjuru bilik. Tepat jam pukul2, semua kawan aku dah tidur, tinggal aku je. Aku memang burung hantu orangnya. aku paksa mata untuk tidur sebab esok ada exam. Tapi entah apa nasib, masa tengah pusing2 nak lelapkan mata tu,

aku tenung kawan aku yang sebaris dengan aku tapi nun jauh di hujung sana. Sebelah dia ada 1 benda macam cik ponti tengah dok cakar2 locker sebelah katil kawan dia. Bunyinya sebijik macam papan ditoreh dengan garfu. Makin lama makin kuat. Kawan aku sikit pun tak sedar dari tidur walhal bunyi tu kuat dan ngilu. aku terus berselubung dengan selimut dari kepala sampai kaki. Tak lama lpas tu bunyik cakar tu hilàng. Tapi beberapa minit kemudian aku dengar mcm ada org ambil kerusi dan duduk di hujung katil sambil baca sesuatu.

Bunyik macam mengaji tapi mcm bukan. Ayatnya tunggang langgang. Aku cuba tutup telinga sekuat mungkin sebab suaranya makin menakutkan. Tiba2 aku rasa macam selimut aku ditarik tarik. Aku lawan. Aku memperkuat genggaman pada selimut supaya tidak terlorot ditarik.

Kemudian benda yang seakan akan mengaji tadi bersuara menegur "jangan kacau dia, dia budak baik." Serta merta tarikan selimut tu berhenti. Masa tu cuma tuhan yang tahu betapa takutnya aku. Dada macam nak pecah. Tapi alhamdulillah selama tinggal di asrama, itu kali pertama dan terakhir aku diganggu. Mungkin kerana stress nak menghadapi exam hingga makhluk itu mengganggu.


sumber :kalimah paranormal team x
Previous
Next Post »