KISAH SERAM - DORM KENANGA







Kisah 1

Saya ada satu kisah yang agak seram,ini pengalaman sy sendiri yang pernah berlaku dekat sy. sewaktu sy form 1 berusia 13 tahun. sy belajar di sekolah agama,dn tinggal di asrama. Mmg org ssh la klu nk berulang sebb msa tu ayah sibuk jdi sy kena tggal di asrama. setiap 2 mggu sekali mesti pulang, biasa lah ikot prosedur dari ketua asrama. setiap kali nak solat, kami akn solat beramai2, dan tido sekali pn beramai. Boleh di katakan pegang tgn p mana pn kena 2 org, dan mesti beramai2 xbleh berpisah di khuatiri sape2 je yg akn jdi histeria. mulut xbleh celupar, tp bnyk yg terjadi sebb tu lah. pernah sy melihat dgn mata saya sendri. ketika tu kmi nk menunaikan solat isyak, tempat surau tu di dlm asrama kami saja. asrama perempuan mcam rumah kampong, rumah kampung tu la pengetua jadikan asrama. memang lama dah rumah tu di tggalkn, sebb tu di buat asrama. tetapi.. lain pulak yg jadi, mmg bnyk gangguan di rumah tu.

Sy pernah terdengar bunyi mcm org bling pasir kt asrama, padahal org kta tu bkn pasir tu adalah rambut pontianak yg keras mcm dawai, bila kena dkt atap zink bunyi mmg mcm org baling pasir. Dan sy pernah tgk kawan2 sy histeria. mcm2 dya cerita dkat sy. apa yg dya nampak. Demam 2 mggu xsilap sy, gara2 tertegur makhluk tu.

Ok..berbalik cerita ketika sy nak menunaikan solat isyak, masa tu belom lagi mula. sebb masih tggu dorm2 lain utk berjemaah sekali. sambil tu sy dn kawan terpandang tingkap dn tgok ke arah luar. antara ramai yg tgk tu, sy sorg sj yg nmpk. sy nmpk mula2, bulat seperti cahaya putih. kemudian mkin lama mkin dekat chya tu. sy igt chya lampu, tp ternyata sy salah. rupa2nya susuk tubuh sedang melayang perlahan2, di hadapan anjing tu. belakang asrama kami ada bangsa india yg tggal dkat situ. jdi bla nmpk mcm telekung tengah berjalan xjejak tanah tu, sy terkaku seketika, mlut terkunci terus. anjing tu pn menyalak tak abis2. nk capai tgn dkt kwan sy pn masa tu, mcm terawang2 ketika tu. mkin lama mkin jelas sy nmpk. rambut panjang, kaki xjejak tanah. apabila sampai di tempat gelap, hilglah benda td tu, dan anjing tu bru lah beransur diam.

First time sy nmpk mmg xbleh lupa. lpas bnda tu hilg. bru sy kembali normal. dn brulah sy cerita apa yg sy nmpk dan apa yg dah berlaku dkt sy kepd kwn sy. dlam 5 ataw 10 mnit jgk sy kaku. bayangkanlah ketika sy kaku tu seolah2 sedang menunggu raja lalu di depan sy, hahaha. mcm nk tabik hormat je, hehe.

itulah pengalaman sy yg sy xbleh lupa sampai skrg. Dah berkahwin dan sudah berumur 29 tahun, masih segar di ingatan. msa tu sy bersekolah di sekolah agama, kedah..kejadian ney berlaku semasa tahun 2000..

Kisah 2

Ingat lg sy pasal kisah ni, di dorm kenanga. tempat yg sama jgk berlaku. sy pada msa tu mmg tersangat2 nak buang air kecik. masa tu pkul 4 pgi. msih segar lagi di ingatan,xpernah lupa. sy masa tu mmg nk buang air kcik. trun la sy dri katil tgkat 1. sy terdengar bunyi org main tgkap dkt dorm sy. sy cuba nk tgk kt tgkap tu, ada org x msa tgkap sedang gerak2 tu, mmg xde pn org, lama jgk la sy tgk dya mainkan tgkap tu. ggup jantung sy msa tu. kebetulan terpijak benda dkt lantai. mungkin benda tu dengar, terus dya ketok zink dkt blik air tu.

Dorm sy dkt dgn blik air tu. maklom la umah kampung jadi blik air di buat besar ada kolah di tengah bg memudah kan kami mandi. di situ lah benda tu kacau. sy tak brape fhm sbenarnya, adakah org atawpun benda yg kcu kmi ketika tu. selepas dya ketok di zink blik air tu, sy pn apa lagi terkejut, naik terus atas katil buat2 tido. tahan la kencing smpai pkol 6 pg, nk solat subuh msa tu. member2 sy yg jga sebenarny time tu, gelak tgk sy, sebb nk tunjuk berani sgt,hahaha.

Tapi peristiwa ni sekejap sj berlaku. lpas tu kami dh pindah ke sekolah baru. Sekolah baru tu, alhamdulillah. xde msalah apa2. biasa la, tempat mna yg xde semua tu, semua tempat ada. cuma kita je lah kena bnyak kuatkn iman dn banyak ingat Allah..

Semoga cerita sy pengajaran utk semua. jangan sesekali celupar jika tahu tempat tu ada makhluk lain yang sedang tinggal sekali dengan kita. Banyak lagi sebenarnya sy nak ceritakan tp lenguh pulak tangan nk menaip.

Semoga cerita saya bermanfaat utk kalian.

Selamat membaca!!


sumber : kalimah paranormal team x
Previous
Next Post »