Histeria.
Kisah ni aku alami sendiri semasa bekerja dikilang kat Senai , Johor.. nama kilang biarlah rahsia.. kang tak pasal2 aku kena saman lak.. masa tu dalam tahun 96 97 gitu la.. lupa la... baru habis sekolah gitu.. tunggu result.
Masa tu lebih kurang dalam bulan 4 ke 5.. dengar dorang bercerita , kilang tu tiap2 tahun dalam bulan tertentu akan berlaku histeria berjemaah.. jadi bila menghampiri ke bulan tersebut , pekerja yg memang top hanya muka dia je yg wat persembahan , akan dibagi cuti tak bergaji selama dua minggu..
Kilang ni bershift.. ada normal day , yg terdiri dari staf2 , manager gitu la.. team x dan team y.. aku team x kot.. x ingat la pula.. bila x pagi y malam.. kira kilang ni 24 jam beroperasi..
Minggu tu aku shift pagi.. terdengar desas desus mengatakan berlaku kejadian histeria pada shift malamnya.. budak2 line aku yg terdiri dari akak2 abang2 makcik2 ni , aku yg paling muda dan paling comel.. hihi.. dorang kecoh la dengan mengatakan kan belum tiba bulan sekian sekian , kenapa awal2 dah kena..? Huh... ye entah.. siapa yg tahu kenapa kan.. pula tu masa tu ramai freshi.. junior2 yg jambu2.. kebanyakannya perempuan baru lepasan exam , termasuk aku la tu..
Sedang bekerja tiba2 aku perasan line yg terletak agak jauh kat depan sana lampunya kelam.. terdengar suara orang menjerit.. terkejut giler aku.. tiba2 line leader aku mengarahkan semua operator line aku ni keluar dari bangunan , berkumpul tempat lapang kat belakang kilang.. aku perhatikan masa tu suasana memang hinggar binggar.. berterabur orang sana sini.. ada pekerja yg histeria.. aku duduk kat tembok tepi bangunan.. sebelah aku entah sape ntah tak kenal.. tiba2 akak tu menangis.. aku panik.. tanyalah , kenapa kak..?
Melihatkan keadaan begitu datang 2 3 orang ke arah aku cuba menenangkan akak tu.. ada abg se line dengan aku tiba2 datang tarik tangan aku.. kami pergi ke tempat lain yg agak jauh sikit dari situ.. tak lama lepas tu aku dengar orang menjerit.. tegak bulu roma aku.. rupa2nya akak tadi , kena histeria.. aku manalah tau tu tanda2 orang nk kena..
Imam masjid Senai dipanggil.. suasana hari tu walau pun agak tegang tapi kerja tetap kena teruskan.. ada order yg perlu disiapkan.. ada penghantaran yg perlu dilakukan.. aku sendiri pun buat keje dengan hati yg tak beberapa nk seronok pun.. tamat kisah hari tu..
Besoknya.. masa rehat kat kantin.. semasa melangkah melalui lorong yg menuju ke bangunan kilang , kantin bangunan lain , sebelah menyebelah je.. aku berjalan saing2 budak line sebelah line aku.. tiba2 wajahnya berubah.. aku dah cuak..
'adik , kenapa ni..?' tanyaku..
Adik sebab dia bawah aku umurnya.. tak habis sekolah terus kerja kilang tu.. kira senior aku la..
Dia tak menjawab.. matanya terbeliak.. tiba2 dia menjerit sekuat-kuat hatinya.. terperanjat aku.. lalu dia cuba berlari.. aku pantas terus memeluk dia.. meronta-ronta dia nk melepaskan diri dari aku.. pekerja2 lain yg masih berada dikantin segera mendapatkan kami.. mereka menarik adik ni menuju ke surau yg terletak dalam bangunan kantin ni.. aku setia menemani..
Hinggalah sampai seorang ustaz kot , tak ingat aku sape dia , aku diarahkan balik ke production.. aku cuma dapat memandang adik tu yg mengelupur sambil menjerit dengan hati yg sayu..
Melangkah la aku masuk menuju ke line aku.. sebenarnya masa tu aku dah tak pasti apa yg aku rasa.. disebabkan line aku yg paling tepi , mereka kat line aku tu nampak aku melangkah longlai ke situ.. aku dengar suara orang bercakap yg entah sape ntah..
'dia peluk adik td masa adik kena histeria...'
Aku dengar pula suara line leader aku berkata , 'kamu tengokkan dia.. lain macam dah tu..'
Masa tu seingat aku tiba2 aku sakit kepala.. aku hanya menunduk.. semasa aku mendongakkan kepala , aku memang masih ingat dengan jelas..
Aku nampak supervisor team aku , serta 2 3 orang lagi yg datang pada aku , dorang menjadi tersangat2 lah besarnya.. masa tu lah aku kena...
Kalau diingat2 balik , malu wooo... kita meronta-ronta, menjerit-jerit macam orang tak siuman , tak sedar apa2 , orang lelaki pula tu yg pegang peluk kita.. huh...
Aku didukung ramai2 ke surau.. lepas tu 3 4 orang lagi turut kena.. untungnya histeria ni berlaku ke atas perempuan je.. kalau lelaki yg kena , jenuh la bersilat berkuntau nk tangkap..
Aku tersedar bila rasa lemas diserkup kain basah.. aku dengar suara lelaki minta aku mengucap.. dalam payah nk bernafas tu , aku terbatuk2.. susah payah aku melafaz syahadah.. aku diminta mengulang lagi.. dah ok tu.. aku dengar satu suara lain.. kain basah kat muka aku diambil.. tercungap2 aku nk bernafas tadi.. aku lihat dalam surau tu ada 3 ke 4 lg pekerja perempuan terbaring dengan kain putih ditutup ke muka , dorang renjis2 dengan air sambil baca ayat2 suci.. ramai lelaki yg pakai kopiah.. orang dari masjid kot..
Aku dipapah keluar.. aku diberitahu.. pihak pengurusan telefon transport suruh ambil aku bawa balik , tapi disebabkan tempat aku hanya aku yg kena , transport taknak ambil.. tunggu sampai habis waktu kerja la pukul 8mlm nanti..
Masa tu tak silap production dihentikan.. ramai pekerja berterabur kat luar tapi masih dalam kawasan kilang lagi..
Ada 2 adik beradik ni , akak dan adik.. adiknya sebaya aku.. tu je yg aku ingat.. nama.. aduh... sungguh2 , aku tak dapat nk ingat.. dorang pelawa aku ikut dorang balik rumah dorang.. kat mana tu , huhu.. aku tak ingat.. tapi dorang line sebelah.. kira baik gak ngan aku.. sebab masa tu transport dorang je yg ambil pekerja yg kena histeria tu , yg meneman pun ikut balik sekali.. aku setuju.. aku telefon mak cakap nk ikut kawan balik rumah dia tidur sana.. mak izinkan.. masa tu takde henpon2 iphone2 ni.. public phone je.. sedia je syiling banyak2.. atau pun kad phone..
Naiklah aku van tu bersama akak dan kawan aku tu.. ada seorang lagi yg kelesuan sama kena cam aku tadi.. dia ada akak kawan dia kot yg menemaninya..
Dalam perjalanan , driver van tu tiba2 berhenti dekat sebuah masjid yg terletak ditepi jalan.. dia masuk ke dalam.. aku tak ambil peduli pun.. waktu tu rasa menghampiri Asar juga kot.. tak lama , pakcik driver tu pun kembali.. perjalanan diteruskan.. rumah kawan aku ni seingat aku terletak dalam ladang kelapa sawit , estet.. cuma jangan tanya estet mana , huhu.. tak ingat langsung...
Tak ada apa2 yg berlaku.. malam melabuhkan tirainya.. tiba waktu tidur.. besok paginya kami sama2 pergi kerja.. sampai kilang aku disuruh balik.. dibagi cuti tak bergaji seminggu.. huh.. masa tu shift pagi.. kira jumpa shift pagi lg sekali baru naik kerja.. lemau aku kat aku..
Tamat tempoh kuarantin , hihi , aku pun pergilah kerja macam biasa.. dorang cakap dah takde dah jerit2 tu.. aku sengih je.. berjumpa akak dan kawan aku tu masa rehat.. mereka buka cerita yg buat aku terkesima..
Ceritanya.. masa aku ikut mereka balik.. yg masa van berhenti kat masjid tu.. kawan aku cakap , pakcik driver tu cerita kat dorang.. sepanjang perjalanan tu dia dengar suara perempuan ketawa mengilai.. bila pandang kat cermin pandang belakang , dia nampak aku , sedang menyeringai , merenung tajam kat cermin tu.. raut wajah aku menakutkannya.. tu yg dia berhenti kat masjid ambil wuduk minta perlindungan Allah dijauhkan dari perkara yg tak baik.. lg.. masa tidur.. kata kawan aku , dia terjaga bila katil bergegar.. dia dengar aku panggil2 nama dia.. katil dia katil 2 tingkat.. masa tu aku tidur belah atas..
Dia nampak kaki aku terjuntai sambil berhayun.. dia pun bangun jenguk nk tengok kenapa aku tak tidur lg.. katanya.. dia nampak aku dengan rambut mengerbang , menyeringai kat dia.. dengan mata yg bulat besar.. raut wajah yg menyeramkan.. duduk dibirai katil menjuntai kaki..
Dia tak tunggu lagi.. terus berlari keluar bilik.. abah dia cakap 'benda' tu ikut aku.. huhu.. aku tak ingat pula kawan aku ada sebut pasal apa yg mereka lakukan pada malam tu.. rasa macam takde apa2 kot.. cuma yg aku ingat , besoknya nk pergi kerja tu abah dia bagi bungkusan kecil berbalut kain hitam.. abah kawan aku suruh aku simpan..
Rasanya masa tempoh bercuti tu abah aku buang bungkusan tu.. bakar ke.. kot.. aku dibebel kata tak jaga solat.. tu syaitan suka.. huhu... betullah tu..
Jaga solat.. jangan tinggal solat.. teguh iman.. In sha Allah.. selamat dibawah lindungan Allah S.W.T .. Wallahu allam...
Masa kena histeria tu yg kena bercerita macam2 versi.. macam aku rasanya aku bagai berada ditempat lain.. melihat diri aku sendiri menjerit , nak berlari ke mana pun tak tau.. peristiwa dalam van dan kat rumah kawan aku tu memang aku tak ingat langsung.. tak sedar tak tahu pun.. mungkin gangguan iblis je.. Alhamdulillah.. tu je la sekali seumur hidup ni.. semoga dijauhkan terus.. aamiin..

sumber : fb kalimah paranormal team x.
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon