KISAH SERAM - ROYAN




Cerita dari pengalaman kakak aku sendiri, dimana pada usia perkahwinan belum menjangkau setahun, pelbagai kejadian berlaku keatas keluarganya, Ceritanya bermula sewaktu usia perkahwinan tersebut masuk bulan ke-3, kakak aku disahkan hamil, orang melayu kata “bunting pelamin” segalanya berjalan dengan lancar sehingga lagi sebulan due date kakaku untuk melahirkan, Ada satu malam dimana kakak aku sengaja bertandang di tempat dimana suaminya bekerja di pantai cenang, Langkawi, Oh ya! Selepas berkahwin kakak aku terus berpindah ke Langkawi dan menetap di sana bersama suaminya

Pada malam tersebut,sedang kakak aku memerhati suaminya bekerja, di hadapan sebuah kedai suaminya bekerja tersebut ada seorang perempuan yang merenung tajam kearah kakak aku, kakak aku cuba amati siapa perempuan yang sedang bertentangan mata dengannya, “oh! Itu bekas kekasih suaminya!” kakakku mengalihkan pandangan dan terus kearah suaminya.

“Kusangka panas sampai kepetang, rupanya hujan di tengah hari”,Setelah peristiwa malam itu, kakak aku jadi tak senang duduk, kepalanya selalu sakit sehingga menghantukkan kepala kedinding untuk meredakan sakit kepalanya itu, “Muntah jangan cakaplah, tinggal nak benamkan muka ke dalam mangkuk tandas tu aje” kata kakakku dengan nada gurau. “Lagi satu, akak ada mimpi menyusukan baby, tapi tak tau baby siapa” kata kakak ku..

Pada awal tahun, kakakku selamat melahirkan bayi perempuan pertama, untuk beberapa minggu pertama pantang, kakak berpantang di Langkawi, di atas desakan keluarga kami dan rasa rindu terhadap keluarga, Kakak bersetuju pergi ke Kuala Lumpur untuk meneruskan pantang disana, Setelah beberapa hari duduk di Kuala Lumpur, Perkara aneh mula terjadi, Kakak berurut selepas bersalin dengan tukang urut import dari Indonesia, setelah beberapa hari melakukan urutan tersebut, keadaan bertambah teruk, dimana kakak sering muntah dan tak lalu makan, sakit perut teramat sampai berguling di lantai, Yang anehnya lagi, anak kakak menyusu tak pernah kenyang, seakan ada benda lain yang tumpeng menyusu, anak kakak kerap menangis seakan dipukul, menangis kesakitan bercampur ketakutan.

Ayah makin buntu keadaan kakak yang semakin tidak terurus, ayah putuskan untuk cari lagi tukang bidan untuk mengurut kakak. Sesudah maghrib, Ayah dan kakak berangkat kerumah bidan kampung tersebut,” eh,aku baru nak kerumah kalian” kata bidan, “ anak saya makin teruk ni mak bidan” kata ayah dengan nada cemas,” ha bawaklah anak kau masuk ke ruangan urut tu cepat!” arah mak bidan.

“Ya Allah! Urat kau semuanya dah terbuka ni! Semua urat kau dah masuk dek angin ni!” Kata mak bidan sewaktu mengurut kakak. Sewaktu mak bidan urut di bahagian belakang kakak,” Ya Allah nak!, ada benda menumpang dekat belakang kamu ni! Siapa yang urut kamu sebelum ni?! Rahim kamu dah sejuk ni!, mesti orang yang urut kamu sebelum ni dari Indonesia kan?” bebel mak bidan kepada kakak. “Ya mak bidan, dari Indonesia” jawap kakak. “ mak bidan,kenapa anak saya kalau menyusu, tak pernah kenyang? Lepas tu kerap menangis la mak bidan, kenapa ye?” tanya kakak, “rumah kau tu penuh dengan benda-benda halus, mereka cuba berkawan dengan anak kau la tu” kata mak bidan.

Suaminya agak risau dengar cerita kakak aku berkenaan keadaan mereka di Kuala Lumpur dan memutuskan untuk mengambil mereka pulang ke Langkawi dan meneruskan pantang di Langkawi saja. Sangkaan kakak ku meleset, apabila keadaan makin teruk.
Kakak seakan meroyan apabila sering marah anaknya dan pernah sekali sengaja lepaskan anaknya ke tilam,”nasib baik akak lepas rendah je, nasib baik tilam pun ada, kalau tak, tak tau ape jadi kat anak akak ni..” cerita kakak kepada aku.

Genap 3 bulan umur anak kakak,Aisyah, Nama anaknya, kini mengalami sakit yang pelik. “Salam, Aisyah kene tahan wad, die berak berdarah semalam, doakan aisyah tak ade pape eh, doctor ckp mungkin jangkitan kuman dalam usus” Kami berbalas mesej kerana waktu itu aku berada di Kuala Lumpur dan kakak di Langkawi. Minggu berikutnya aku memutuskan untuk terus pindah ke Langkawi dan menetap di sana sahaja. Selepas beberapa hari berada di Langkawi, kakak menceritakan yang dia pernah alami mimpi yang pelik.

“Akak mimpi akak bagi tau kat doctor, sebenarnya aisyah bukan kena jangkitan kuman, tapi jin yang gigit usus dia”kata kakak lalu meneruskan perbualan”akak pun tak tau kenapa boleh mimpi macam tu”
Hari demi hari, kakak ku sudah lama selesai berpantang, Anak kakak sering menangis waktu malam seakan ketakutan dan kakak memutuskan untuk bawa anaknya berubat di klinik islam yang berada di Langkawi kerana peristiwa waktu berpantang berulang lagi.

Dengan cara itu, kami mengharapkan tiada lagi gangguan selepas ini, tetapi sangkaan kami meleset dan sehingga kini keadaan bertambah teruk. Dengan berbekalkan sedikit pengetahuan untuk berubat cara islam, kerana aku juga pernah di sihir dan di santau suatu ketika dahulu sehingga aku sudah hafal semua doa yang di bacakan untuk rukyah pesakit.
Aku cuba mengrukyah kakak, hasilnya ada tindak balas selain kakak ku. Keadaan semakin buruk apabila kakak sekali lagi cuba melempar anaknya dan terkadang terlepas sedikit kemarahan dengan menengking anak yang yang hanya tahu menangis. “Abang bukan apa, kesian tengok aisyah, Aisyah bukan tau apapun, dia tau menangis ja, budak-budak manala tau apa-apa” kata suaminya kepada aku dalam loghat kedahnya yang pekat

Usaha aku untuk memulihkan keluarga kakak ku tak terhenti disitu, aku cuba untuk periksa sama ada didalam tubuhnya ada santau ataupun tidakHasilnya, Ya! Ada santau di badan kakak ku dan suaminya juga! Kerana sewaktu aku cuba untuk periksa mereka, bahagian kuku mereka menunjukkan yang ada santau di dalam badan mereka. Usaha untuk mengeluarkan santau berhasil apabila aku menggunakan kaedah “tepuk” untuk mengeluarkan santau dan hasilnya, apabila selesai “menepuk”, Serbuk kaca dan miang buluh keluar dari badan mereka.
Sekarang mereka perlu ikhtiar untuk mencari jalan keluar dari semua masalah ini,

Maaf saya tak dapat nak habiskan cerita ini, kerana masih belum ada penghujungnya, kami masih lagi ikhtiar untuk cari penawar, berkemungkinan keluarga kakak aku di sihir, jadi kami sedang ikhtiar untuk mencari penawar bagi semua ini, Insya Allah..

sumber : fb kalimah paranormal team x
Previous
Next Post »