Uri
Tut..Tut..Tut..Tut..
"Hello,"
"Hello, Adam kau dekat mana?" Soal Johan
"Aku dekat rumahlah, kenapa?"
"Kau datang hospital kejap."
"Apahal? kau sakit ke?" Soal Adam pelik.
"Tak, awek aku Sofia beranak, aku nak kau teman aku pergi tanam uri."
"Okay, 20 minit lagi aku sampai."
***
"Kau nak tanam dekat mana uri ni Johan?" soal Adam sambil membelek uri yang diikat kemas dalam plastik.
"Kawan aku ada bagi alamat ni, dia suruh aku tanam dekat kawasan tu." Jawab Johan
"Kau pasti ke nak tanam malam-malam macam ni? sekarang pun dah pukul 10.30 malam."
Entah kenapa hati Adam tidak setenang selalu. Matanya melilau melihat kiri dan kanan. Jalan raya yang tadinya terang benderang kini semakin gelap. Hanya diterangi cahaya bulan.
"Mana kau nak pergi ni Johan? Makin gelap jalan kau bawak ni." Adam keresahan. Kalau tahu macam ni resahnya rasa dia pasti dia akan berfikir berkali-kali sebelum menerima ajakkan Johan.
"Kau ikut jelah. " Johan bersuara ringkas.
Perjalanan yang mengambil masa hampir 40 minit itu membawa mereka berdua ke sebuah jalan kampung yang kiri dan kanannya hanya dihiasi oleh hutan belantara.
"Kau dah basuh ke uri ni Johan?" soal Adam lagi.
"Dah, tadi aku basuh dekat hospital."
Johan memberhentikan keretanya di tepi jalan. Matanya meliar melihat kiri dan kanan.
"Okay, kita tanam dekat situ." Johan menunjukkan ke arah kawasan lapang di.
"Takpe ke?" Soal Adam.
"Takpe, cepatlah dah lewat ni. Aku ambik cangkul kejap dekat bonet."
Sedang Adam dan Johan mencari kawasan yang sesuai, tiba- tiba sebuah motosikal berhenti berdekatan dengan kereta Johan.
"Woi, korang buat apa tu?" Soal lelaki tu.
Adam dan Johan mula berasa risau takut dihalau penduduk kampung.
"Assalamualaikum bang, takde kitorang nak tanam uri ni ha." Jawab Johan sambil menuju ke arah dua orang lelaki tersebut.
"Yang korang gi tanam dekat situ kenapa ? nanti habis kena korek dengan binatang liar. Tu pergi tanam dekat depan sikit tu." arah lelaki berkenaan sambil menunjukkan arah.
"Ha , okay. Terima kasih bang." Jawab Adam.
Adam dan Johan berjalan menuju ke kawasan yang ditunjuk.
"Johan, gelap sangat ni. Jom bawak kereta parking tepi ni bukak lampu. Terang sikit." Adam bersuara. Johan hanya mengangguk tanda setuju dan berpatah balik mengambil keretanya.
Johan dan Adam saling berpandangan bilamana lampu kereta menyuluh ke arah kawasan yang ditunjuk tadi. Serentak mereka bersuara.
"KUBUR"
"Kau betul ke ni Johan?" Soal Adam keresahan.
"Jomlah! makin kita tangguh makin lambat, hari makin lewat." Johan segera keluar dari kereta.
"Johan tak payah jauh-jauh sangat, sini oklah. ada ruang ni." Adam menunjukkan ke arah tanah yang jarak kuburnya agak jauh antara satu sama lain.
Johan mencucuk-cucuk tanah dengan cangkulnya.
"Okay sini jelah. Adam kalau apa- apa kau bau, kau nampak kau buat tak tahu. Jangan tegur, jangan tegur." bisik Johan. Adam hanya mengangguk tanda faham. Johan seolah-olah sudah tahu yang sedari tadi hidungnya menghidu bau busuk yang teramat busuk. Johan meneruskan kerjanya mengali tanah. Tiba- tiba Johan berhenti. Matanya memandang Adam. Kain putih yang entah dari mana muncul di dalam tanah tersebut.
"Johan, kita cari tempat lain." Arah Adam.
Kali ni mereka bergerak sedikit jauh. Setelah menjumpai kawasan yang sesuai, Johan mula mencangkul tanah. Kali ni kerja mereka terganggu lagi.
"Allah, Jo..Johan.." Adam kelihatan pucat. Matanya terarah ke arah lubang yang di korek. Segumpal daging busuk muncul di dalam lubang tersebut. Johan hampir sahaja muntah dek kerana bau yang teramat busuk.
"Adam, jom cari tempat lain. " Kali ni mereka bergerak lagi. Lebih jauh. Cahaya lampu kereta pun sudah kelihatan agak suram.
"Johan sini jela," Adam menunjukkan tempat dia berdiri. Johan memandang Adam. Mahu saja dia mengangkat kaki meninggalkan tempat tu, tapi memikirkan kerja yang perlu disudahkan dia teruskan mengali tanah. Sedikit sebanyak dia tidak mahu Adam ketakutan walaupun dia tahu kawannya itu memang dalam ketakutan.
"Adam, kau jangan pandang mana-mana. Pandang je bawah ni." Arah Johan.
Kali ni nasib agak baik, lubang yang digali berjalan lancar. Johan memasukkan uri yang dibawanya. Dikambus rapi supaya tidak dikorek binatang liar mahupun benda itu.
"Alhamdulillah, dah setel. Adam jom cepat," Johan menarik tangan Adam. Ketika itulah baru mereka sedar yang mereka memang dah jauh ke dalam hutan. Apalagi tak cukup tanah mereka berlari.
"Johan! cepat drive!" Adam menjerit ketakutan. Mana tidaknya, masa berlari menuju kereta tadi, masa itulah dia mendengar suara orang mengilai nyaring.
"Johan, lepas ni kau jangan ajak aku pergi teman kau tanam-tanam benda macam ni. Sumpah! ni kali pertama dan kali terakhir aku teman kau." Adam memberi amaran.
Johan tidak memandang. Matanya hanya fokus ke arah jalan raya. Minyak ditekan sehabis mungkin. Kain putih yang berterbangan sambil mengejar keretanya tadi membuatkan suaranya tidak mampu diluahkan. Keduanya hanya berdiam diri sehingga tiba di destinasi.
Tamat.

sumber : fb kalimah paranormal team x
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon